Thursday, May 4, 2017

SUKA MAKAN NANDO'S? INI CARANYA UNTUK DAPATKAN HIDANGAN PERCUMA


Pertama kali merasa Nando's sebab dicabar oleh member untuk habiskan hidangan Extra Hot Peri-Peri. Itu tahap kepedasan tertinggi yang dihidangkan Nando's. Bagi aku itu tak ada masalah sebab aku memang suka makanan pedas. Tapi tak dapatlah nak makan selalu sebab harganya agak mahal. Sampai sekarang pun masih dirasakan mahal. Yang bestnya air dia free refill, atau istilah diaorang "bottomless".

Makin lama makin banyak cawangan yang dibuka. Lepas tu ada keluarkan loyalty card untuk pelanggan setia macam aku ni. Akhirnya mereka beralih kepada aplikasi di smartphone pulak. Tak perlu dah nak bawak dan tunjukkan kad masa order. Kalau belum muatturun, sila ke Google Play. Download and Install. Jangan lupa Register. Baru boleh claim 'Chillies' setiap kali datang makan di Nando's.

Selepas berjaya download dan Install di smartphone.

Peri-Vilege: Nama dan Id akan nampak di page ini.


Rekod kedatangan  dan Penebusan Rewards.

Apa yang boleh kita dapat sebenarnya?

Nando's akan berikan Rewards setiap kali kita makan di Nando's. 1 kali makan akan dapat 1 Chilli dengan syarat bil mestilah sekurang-kurangnya RM30 (tidak termasuk Caj Perkhidmatan). Setiap kali kumpul 3 Chillies akan melayakkan kita claim Rewards.

Secara mudahnya,
datang 3 kali, Percuma 1/4 ekor Ayam
datang 6 kali, Percuma 1/2 ekor Ayam
datang 9 kali, Percuma 1 ekor Ayam

Mari kumpulkan cili.

For me, ianya berbaloi sebab setelah membelanjakan beratus ringgit, kita akan kembali untuk menuntut reward pulak. Makanlah ayam panggang Nando's sepuasnya. Tapi yang free tu ayam sahaja tau, tak ada menu sampingan. Ada juga menu yang sesuai untuk selera anak2. Mushroom soup dia sedap! Cicah garlic bread sekali.

Boleh lawati laman web rasmi Nando's Malaysia untuk tengok lokasi terhampir, senarai menu dan harganya sekali. Sila KLIK disini.





No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS