Monday, February 28, 2011

BIRTHDAY PARTY IFTINAN & IMTINAN

Perkara: Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama
Lokasi: Mc Donalds (Berdekatan Bulatan Pahang)
Tema: Tweety & Sylvester (Yellow & Black)
Masa: 11:30 am - 1:30 pm
Menu:
Adult: McValue Meal Medium McChicken (with fries and drinks)
Kids: Happy Meals Chicken Burger with Toys
Additional: Spicy Fried Chicken & Porridge (limited order)


Birthday Girl & Boy: Dah setahun dah diaorang ni....

 Birthday Party untuk 2 Nan telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran saudara terdekat dan kawan2 my wife. Kawan2 aku tak dapat join sebab ada urusan yang tak dapat nak dielakkan. Anyway, dengan kehadiran keseluruhan dalam 30 orang dewasa dan 20 orang kanak-kanak, aku rasa dah cukup meriah. Belum pernah dalam hidup aku dan isteri aku untuk menyambut birthday macam ni. Tu la sebabnya mak bapak lak yang lebih over dalam party tu. Anak2 baru setahun, apa la yang diaorg tahu. Heheheheheh....


Apa pandang2?

Iftinan ni memang kepochi... sibuk nak ambik tahu hal sekeliling.

Invitation Card with Jungle Party Theme

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dari urusan peringkat awal, nak booking tempat, jemputan, kek, aksesori dan juga goodie bags. Dari segi kos pulak, memang menepati budget awal. Menu tu dapat harga spesel McD during lunch hour, murah sket. Sepanjang berurusan dengan person incharge, Cik Intan, semuanya ok. Rupa2nya Cik Intan ni tinggal kat blok sebelah je ngan rumah kami.

Sekeluarga meraikan bersama.

Simple game untuk kanak2 dan orang dewasa.

 Sekarang ni semua outlet McD dah renovate ikut design yang baru, yang ada kaler2 hitam. So layout kat bahagian atas tempat nak buat party tu pun dah berubah. Tak terlalu open dan ada banyak partition. Maybe sesuai untuk cater event yang kecil2 kot. Masalah utama adalah tangga yang agak tinggi untuk sampai ke 2nd floor. Untuk yang sakit kaki ke, guna tongkat atau wheelchair, agak mencabar la untuk sampai. Thanks to my mum in law and Anyah's mum in law yang sanggup 'mendaki' tangga demi menjayakan majlis tu.


Hero Malaya. Yang pakai jersey tu je bujang lagi.

Mummy's Bestfriends

Putera Puteri Mummy yang dikasihi.

Siap sedia untuk nyanyi dan potong kek.

Thanks a million kepada yang sudi datang meraikan majlis.

Yang tengah tu ada tak gaya Kato, sidekick The Green Hornet?
Mummy, Bonda & Umi of the Birthday Girl & Boy.

Couple mana paling romantis?

Members of GBM (Geng Berani Mati).... tahan maki.

Makan aiskrim kek kene muka garang macam ni ke?

 Untuk sambutan kali pertama ni, goodie bags kami buat sendiri. Selain daripada toys yang memang ada dalam set Happy meals dan jugak party pack dari McD, ada la jugak something dari kami sebagai kenang-kenangan. Isi kandungan goodie bags tu kami cari sendiri, cuma beg dan ape ke bende namanya yang distapler as a cover or topping tu... kami tempah. Personalize dengan few pics and theme colors. Tema yang dipilih adalah Tweety dan Sylvester, itu yang jadi Kuning dan Hitam.
Party Theme Packs: Rugi sapa tak dapat ni.....

Close up sket, ada yang berhajat nak order/tempah dari kami? Hehehehe....

Kek Utama

Kek aiskrim perisa vanilla yang sangat sedap, nyum nyum!

Ni nak senaraikan credits untuk mereka yang menjayakan majlis. Thanks to Ijan yang sponsor kek aiskrim yang very2 the sedap!!! Rasa vanilla... ada aiskrim lagi.... Thanks to para photographers yang beraksi mcm paparazzi: Abg Azmir dengan Nikon D7000 barunye, Yuazwan dari LBG (Lagenda Budak Gile), Dhiya opismate Mummy dan beberapa orang lagi pemilik kamera peribadi. Thanks a lot sebab mengabadikan kenangan majlis tu.

Semoga Iftinan dan Imtinan terus membesar dengan sihat, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta beriman. Tahun depan kita sambut lagi... dah mula pikir nak cari tema apa pulak lepas ni. Hehehehe.... 

Thursday, February 10, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA ANAK-ANAKKU...

Anugerah Terindah Mummy & Daddy
Hari ini, 9 Februari 2011 merupakan ulangtahun yang pertama kelahiran pasangan kembar anak-anakku. Masa berlalu begitu pantas, anak-anak pun dah semakin membesar. Teringat lagi sewaktu mereka lahir berat masing2 cuma 1.7kg dan 2.01kg, Iftinan dan Imtinan. Nak pegang pun tak yakin... tapi aku boleh mandikan diaorang dengan hanya pegangkat tapak tangan je. Sekarang ni, bukan main lagi diaorang.... dah pandai gerak kedepan, pusing2.. macam gerak askar: side roll and forward crawl. Yang macam kuak dada pun ada. Baju dah jadi macam mop. Kalau baju putih tu.... aduyai.... dah segenap sudut rumah diredahnye...bawah meja, bawah kerusi, kedapur pun kadang lepas jugak.



Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah yang memberi anugerah ini. Dan jugak diberi kekuatan dan kesabaran menjaga dan membesarkan anak2. Dalam keseronokan dan kegembiraan melayan kerenah 2 Nan ni, terpikul satu tanggungjawab sebagai bapa untuk memastikan mereka membesar dengan sebaiknya. MOga Daddy terus tabah dan sabar serta seronok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Tahniah jugak untuk isteri tercinta yang dengan jayanya masih mengekalkan penyusuan susu ibu kepada 2 Nan tanpa bergantung kepada susu formula. Sekarang dah makin mencabar sebab mereka dah ada gigi, pandai menggigit! Keep it up, Mummy. Breastfeed is the best milk.


Naughty le dia tu......

Hensem kalau dia senyum... nampak gigi 6 batang.

Daddy doakan korang membesar dengan baik, sihat dan bijak. Jangan buat perangai mengada-ngada. Nan Abang jangan la manja sangat.... awak tu lelaki... be tough. Nan Kakak pulak, good to be active, but please behave, mummy and daddy tak suka kalau terlalu "terengkak-engkak" (istilah dari mummy). So wait for the  celebration guys. Kita enjoy!!!!!!

Monday, February 7, 2011

Kini boleh berWifi di rumah, internet di mana-mana...

Kini aku dah berjaya mewujudkan wifi di rumah dengan menggunakan 3G Broadband Maxis sedia ada. Sebenarnya dah lama nak set up benda ni memandangkan kat rumah ada 2 biji laptop. Kalau boleh nak le connected to internet sekaligus pada masa yg sama. Aku punye 1, wife punye satu. Last2 sampai ada anak 2 pun x berjaya lagi wat camtu. Ini le modem (style datacard) yang telah berkhidmat ngan aku sejak beberapa tahun lepas. Sebelum tu guna modem Maxis jenama ZTE yang besar macam router tu. Cukup la sampai abis kontrak 2 tahun. Data card ni aku bid kat lelong.com, rege masa tu kira mahal la jgk... dekat2 cecah RM400. Usb modem masa tu masih mahal dan tak banyak yang open lock lagi. Laptop HP/Compaq yang ada slot xpress data card. Semua telco aku try kat datacard ni, maxis...celcom...digi... tapi yang agak stabil, in coverage dan kos berpatutan adalah maxis. Dari jumlah caj bulanan RM78 tukar ke RM68 dan terkini RM48. Kira ok la kan.

Option Luxury GT Max 7.2 Ready Express Data Card
Baru baru ni aku beli 3G router. Dapat la yang murah dlm RM 100 je kosnya. Lama gak tunggu nak dapatkan device ni. Kalau 2-3 tahun dulu harga mesti mahal gile, cecah 3 ke 4 ratus. Gamble je beli yang jenama Aztech ni dengan harapan datacard tu boleh connect thru usb. Tapi kecewa sebab gagal. So pinjam usb modem opismate yg Huawei E167, berjaya! Aku bawak gi Kuantan, guna akak ipar punye ZTE MF627 pun sukses. Aku try usb modem maxis yang baru yang kaler putih tu, hasilnye mengecewakan. Rupa2nye kene update firmware dulu. 

Aztech HW550-3G 4-Port Wireless Router + HSPA 3G Broadband Support

Jadi untuk merealisasikan kesuksesan wifi di rumah, aku kene dapatkan 1 usb modem yang betul2 compatible ngan router yang aku beli tu. Aku bid sekali lagi di lelong.com untuk jenama Option jugak. Sama macam datacard sebelum ni, cuma yg ini zero-cd installation. Dah ready open simlock and performance so far, tidak mengecewakan. Cuma bergantung kepada speed 3G broadband Maxis je. Kadang2 aku test speed ada gak cecah 2Mbps. Dapat 800Kbps kalau stabil n maintain.... tgk Youtube sure xde buffering. Device ni dah lama release, tu yang harga pun yang paling murah aku dapat kat lelong.

Option iCon 225 USB Modem

Sekarang ni kalau nak online kat rumah, on jer router ni... bukan takat laptop je, hp yang ada wifi pun boleh get connected. My wife boleh update status facebook dia thru Nokia C3 pink dia. Nak kemana2 pun boleh bawak.. balik kg ke. Boleh la share ngan sedara mara. Cuma x mintak caj je... tapi aku punye kuota la cepat penuh. So maxis akan throttle down... slow la jadinye....

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS