Posts

Showing posts from June, 2013

MOBICOW

My Ride: Selepas dibaikulih.

Image
Setelah berada 2 bulan didalam bengkel, akhirnya aku berjaya menjemput pulang kereta kesayangan ini pada 23 Mei 2013. Aku sampai je dari Kuantan, Pak Mertua jemput kat Jalan Duta dan terus ke Bengkel di Balakong. Sampai masanya aku pulangkan Preve Pak Mertua yang dipinjam selama tempoh Persona ni dibengkel.

 Sudah tak ada spoiler TRD kat bonet belakang tu. Insurans tak cover benda2 aksesori macam tu. So ngan sapa aku nak claim? Lagi satu, sticker tulisan "1.6" dan "Persona" pun tak ada. Kosong je .... Masa mula2 bawa keluar asal langgar bumper ke lobang ke... mesti ada bunyi mcm tikus kat bahagian belakang... Dalam hati kata, camni la kereta kalau dah lepas accident. Tapi rupa-rupanya diaorg tak ikat spare tyre betul2 kat bonet tu. Lepas aku ikat ketat2 barule xde bunyi mcm tikus tu. Oleh kerana cermin belakang baru ganti, so kene la buat tinted. Alang2 g buat servis, cuci kereta dan lepas tu buat tinted. Cermin depan dan belakang ganti baru. Cermin sisi tambah …

HILL PARK 2 : AMBIL KUNCI RUMAH

Image
Tarikh: 1 April 2013 (Lamanya baru nak buat entri....)
Gambar gugusan kunci diatas adalah bukti bahawa pihak developer telah menyerahkan kunci rumah kepada aku dan isteri sebagai pembeli bersama. Setelah menunggu dalam 2 tahun sejak S&P ditandatangani, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki kedalam rumah ni. Selama ini nak masuk area construction pun tak boleh. Sekadar pantau progress payment daripada Bahagian Perumahan kepada pihak pemaju. Oh ya... rumah ni kami beli menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Pinjaman dibuat bersama atas nama suami isteri. Itu pun setelah berpusing2 mencari kawasan mana aku nak beli rumah. Akhirnya keputusan pun dibuat.... memandangkan tempat kerja aku di Cyberjaya, wife pulak di Putrajaya, so area Bandar Teknologi Kajang ni kira ok la... sebab boleh tembus kuar kat Jalan Reko Bangi. Ada SILK Highway. Kalau terus masuk ke SKVE, boleh terus balik kampung kat Telok Panglima Garang.  Mula-mula tu rasa memangla macam jauh, tapi memandangkan harga ruma…