Posts

Showing posts from 2010

MOBICOW

HOLIDAY @ A FAMOSA RESORT, MALACCA

Image
Aku saje ambik cuti rehat pada 3 dan 6 Disember 2010 sebab nak jadikan cuti panjang selama 5 hari. Warga kerja tempat wife aku buat meeting dan family day kat A Famosa Resort Melaka pada 3 hingga 5 Disember 2010. Penginapan 2 malam di D' Savoy Condotel, kami dapat family studio yang ada 2 katil queen size. Ada balcony dan ruang tamu yang selesa. Parents in law n brother in law pun ikut sekali. Boleh tolong sama2 tgk2kan anak2 aku bila wife kene gi meeting. 
Perjalanan bermula jam 11 pagi dari rumah dan kami sampai di condo tu dalam jam 1 tghari. Oleh kerana belum boleh checkin, kami pergi lunch dulu kat gerai tepi jalan. Ada beberapa gerai kat tepi jalan on the way ke resort tu. Boleh la beli makanan lepas ni sebab aku ngan wife je yang dapat kupon makanan. Itu pun kene drive ke clubhouse. 


Dalam jam 2.30 ptg selamatlah kami menjejakkan kaki ke dalam bilik condo. Nampak luas dan selesa sungguh walau pun pandangan dari luaran tidaklah berapa menarik. Macam condo lama je.... Dari…

Majalah Pa&Ma Disember 2010 : Kini di Pasaran!

Image
Akhirnya pada pertengahan November, majalah Pa&Ma keluaran Disember telah berada di pasaran. Yang menariknya, cerita berkenaan kami sekeluarga di masukkan dalam segmen Dunia Kembar. Jadi, bagi sesiapa yang belum beli, cepat2 dapatkan di pasaran sebelum kehabisan stok. Kami kongsikan cerita dan kisah sejak isteri mula hamil sehingga la kehadiran si kembar, Iftinan dan Imtinan.  Pihak karangkraf hubungi my wife dalam bulan Sept untuk set appointment and photoshoot. Maklumat tentang kami diaorang dapat masa kami g pameran baby n parenthood kat midvalley. Aku pun ambil cuti rehat untuk sesi tersebut. Ala2 pegi piknik kat taman....

Tapi si kembar ni macam pelik sikit bila kamera DSLR tu dihala ke arah diaorg. Tak pernah nampak kot.... Sebelum kami guna compact digital kamera jer. Tu la sebab most of the pic dalam majalah tu diaorang nampak serius. Tambah2 lagi si abang, Imtinan. Alhamdulillah, sepanjang sesi tu diaorg tak meragam. Just merengek nak menyusu je. Jadi, kalau nak tau apa ya…

AIDIL ADHA DATANG LAGI: PENGORBANAN SEJATI

Image
Aidil Adha datang lagi.... tapi cuti cuma 1 hari ditengah2 minggu pulak tu. Dah la cuti tahunan makin kurang, agak2 cukup2 je untuk guna sampai hujung tahun ni. Terpaksalah bajet2 sket nak ambik cuti rehat ni. Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan untuk saya dan ahli keluarga sebelah wife untuk buat korban. Acara sembelihan akan berlangsung di Desa Coalfields pada petang Rabu. Sama-samalah menumbangkan dan melapah lembu korban. Bersama2 lah juga menghayati ibadah korban dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Iftinan yang tumpang fisio sekali lak yg lebih enjoy main.
Imtinan semakin tenggelam....

Sebelum nak bercuti raya, sempat lagi ada 1 sesi fisioterapi untuk 2 Nan. After that, kami terus ke SOGO. Lama weh tak jejak kaki kat sini, ni plak 1st time si kembar ke SOGO. Jalan agak sesak sebab hujan dan time orang balik kerja. 

Sambutan Aidil Adha tahun ini di Desa Coalfields. Lepas solat sunat raya, aku balik umah makan sarapan dulu. Ada nasi impit, rendang daging dan k…

WEEKEND YANG SANTAI : PARENTING, MAPEX2010, JOM KE DAPUR.

Image
Kali ni aku nak menulis berkenaan apa yang kami sekeluarga alami untuk last weekend. Hari Khamis lepas, balik saja dari rumah babysitter, terus bawak Iftinan ke klinik. Demam rupanya.... temperature 38 darjah Celcius. Panas tu! Terus nurse bagi ubat ikut 'pintu belakang', cepat sikit kurang panasnya. Iftinan ni kalau demam dia diam je... takde merengek2, cuma nampak lemah, xde mood, x ceria. Kesian kakak....Dapat la ubat demam, selsema dan antibiotik.
Muka orang tak sihat.... cian dier...
KHAMIS, 21 OKT 2010 Malam tu pulak dapat call dari babysitter, Mama Ani, yang bapa mertua dia meninggal dunia. So dia n famili kene segera balik kampung. Maknanya, hari Jumaat tak dapat la nak hantar anak2 kepada babysitter. Ah sudah.... sapa nak jaga anak2 esok ni? Jadi kami ambil keputusan untuk ambil cuti je esoknya. Emergency leave le si daddy. Mummy pulak nak g klinik, nak mc jaga anak yang demam.
JUMAAT, 22 OKT 2010 Iwan balik bercuti dari hari Rabu lepas, tapi mlm ni dah nak balik Arau bal…

FOTOBUK: Imagewrap 40 pages A4

Image
Ini adalah projek photobook yang kedua aku buat disebabkan ada special promo daripada http://www.u-print.com.my/ . Normal price untuk yg ni adalah RM166, Imagewrap saiz A4 hardcover 40 pages. Tapi ada promosi siap dengan upgrade paper, dapat 50% off. Disebabkan promosi berakhir pada 30 Sept 2010, kupulun buat projek tu dalam 1 hari je. Kebetulan gambar2 dari Majlis Aqiqah tu belum ada yang dicuci lagi. Sedang elok la aku buat photobook ni. Banyak pages compared ngan yg last time, cuma 20 pages. Rasa macam tak puas tengok, belek2, tau2 dah kat last page.
Yang last time aku buat just as experimental je. Tapi berbaloi la sebab sempat siap sebelum majlis aqiqah berlangsung. Personally aku call dengan person in charge kat syarikat percetakan tu, En Mansor, minta dia proses dan deliver sblm majlis. Boleh tunjuk kat para tetamu yang hadir gambar2 awal sejak dari kelahiran.


Sekarang ni ramai yang dah ada digital kamera tak kiralah dari yang kompak sekecil2 saiz sampai la yang lense panjang DSL…

DULU BER2 KINI BER4.. RAYA, RAYA, RAYA!!!!

Image
Aidilfitri 2010 kami sambut di rumah bapa saudara isteri di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Pagi Rabu 8 Sept 2010 kami bertolak dari KL dengan muatan fully loaded bukan hanya di bonet, malahan tempat letak kaki seat depan dan belakang. Boleh kata memaksimumkan penggunaan ruang yang ada. Keluar rumah dalam pukul 7.45 pagi tapi terpaksa patah balik sebab lupa nak buang sampah, alamat berbau busuk dan berulat le nanti tu. So terpaksa la buat u-turn dan settle hal sampah dulu. Dalam pukul 8.00 pagi perjalanan terus ke klinik untuk amik ubat anak sebab batuk dan berkahak. Dalam pukul 9 pagi perjalanan bermula dari klinik Taman Melawati menuju ke Bota. Perjalanan lancar walaupun di setiap hentian tu nampak banyak kenderaan berhenti. Kami pun rehat sejenak di Hentian Tanjung Malim. Bagi anak2 makan dan tukar pampers.
 Nak gerak semula, Imtinan dah lalok lepas kenyang makan dan minum susu.
Iftinan bersama little dumbellnye.

Imtinan yang manja ngan mummy.
Perjalanan balik kampung aku paling sele…