Thursday, December 13, 2012

JALAN JALAN KE SELATAN TANAHAIR


LEGOLAND....Kami datang!!!!! Alhamdulillah cuaca amat baik, tidak hujan, cuma panas yang agak terik. Ditambah dengan pokok2 yang masih belum membesar. Berpeluh sakan aku. Saksikan gambar2 menarik sepanjang berada disana. Syarat utama masuk Legoland, kene bawak kamera. Lagi satu, makanan minuman memang mahal gile! Air mineral Dasani sebotol RM2.50. Coke
/Sprite 600ml jadi sebotol RM5.00
Walaupun kat dalam tu ada official photographer yang sudi nak snap gambar kita, tapi kamera sendiri jugak yang lebih utama. Sebabnya, kalau nak beli yang cameraman diaorang ambil, harganya mahal yang amat.












Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012



VirtualCard SALAM AIDILFITRI 2012 dari Kami Sekeluarga.
 Waktu dan ketika aku menulis entry ni dah 27 Ramadhan, suasana kt pejabat dah mula sunyi. Ramai yang dah bercuti dan bergerak ke destinasi menyambut Hari Raya. Tahun ni kami sekeluarga akan berhari raya di kampung halaman famili belah isteri di Titi Gantung, Bota Perak. Haruslah mengambil giliran supaya lebih adil dan saksama. Terpaksa la pasang lagu2 hari raya untuk dapatkan mood raya ni.

Pasal cuti plak, ambik 3 hari je nak bagi cukup 9 hari mulai 18 hingga 26 Ogos. Simpan cuti sebab nak guna masa hujung bulan Sept nanti. Nak g cuti2 ke Bandung pulak.

Alhamdulillah semua persiapan dah dilakukan. Yang penting baju raya. Tahun ni temanya adalah warna biru. 2 Syawal tukar kaler hijau pulak. Tak sabor nak tgk si Kakak nak pakai kebaya hijau tu.

Doakan perjalanan sepanjang cuti perayaan ni akan berjalan lancar. Semoga kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada kaum keluarga yang menantikan kepulangan 2 Nan, kami akan tiba jua... Seronok sebab diaorang dah boleh berjalan dan berlari. Cakap pun dah macam2... mesti meriah dan kecoh nanti.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan kepada pembaca dan pengunjung blog ini semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin. Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini menjadi yang terindah buat semua. Bermaafan antara kita. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang salah silap, terguris kata dan salah bahasa yang sengaja atau pun tidak. Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal yang akan datang.

Agaknya berapa banyak duit raya 2 Nan leh kumpul tahun ni?

Tuesday, June 26, 2012

Nan Abang Rekacipta Fesyen Bajutido.

Gaya tidur yang tersendiri. Bajutido yang istimewa.
Gambar ni dah lama aku snap. Sedang aku browse folder2 gambar kat pc ofis ni, terjumpa la dengan gambar ni. Sebelah malam tu masa aku n mummy lipat2 baju, 2 Nan pun tolong la sekali. Tolong punggah adala! Kemudian diaorang belajar sarung seluar sendiri. Padahal diaorang dah pakai bajutido Angry Birds tu. Elok la si Nan Abang pakai suar pendek dan singlet yang sepadan tu, taknak lak di bukaknye sampai la tertido. Makanya.....sampai hantar ke rumah babysitter pun pakai macam tu jgk. Tak nampak la gambar Angry Birds Merah ....

Tuesday, June 19, 2012

FAMILY OUTDOOR FOTOGRAPHY

Happy Family tak? Nan Kakak buat peace...
 Sebenarnya event ni dah lama terjadi. Aku simpan tak sempat2 nak buat posting kt blog ni. Ada banyak gambar yang fotographer ambil masa hari tu. Sesi cuma 2 jam tapi rasa penat la jugak. Nak bagi 2 Nan tu mood yang ok ambil masa jgk la. Nan abang lebih dulu mood beraksi depan kamera tu datang. Nan kakak dah separuh jalan baru ok.

Kami ada la bawak buih belon yang tiup tu untuk bagi diaorang excited. Elok jugak belon tu sebab boleh wat effect tambahan bagi cantik gambar2 tu. Untuk makluman, jurugambarnye adalah daripada MyKhalish. Cari kat facebook sure jumpa. Ada buat promosi tertentu yang memang sungguh berbaloi utk kita grab. Harga ok, service ok, hasil kerja pun puashati. Lain kali leh assign diaorang lagi.

Merenung masa depan...

Lokasi yang kamipilih adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Dekat dengan rumah.... tak payah nak travel jauh2. Slot kami start pukul 11 pagi. Sebelum kami ada klien lain punye slot. Cuaca waktu tu sungguh sesuai sebab tak panas sangat, boleh nak teduh2 kat bawah pokok kalau2 tetiba jadi terik. Saksikan sendiri himpunan aksi2 mereka berdua yang dah diedit oleh aku sendiri. Malas nak cerita banyak...heheheh... 

Pelbagai gaya dan aksi Iftinan...

Ini gaya dan aksi Imtinan pulak...


Aksi bersama: sapa lebih fotogenik?

Like father like son, like mother like daugther

Apa2 pun kami enjoy dengan sesi fotografi ni. Kalau mood anak2 ok lagi best. Buatla apa aksi, biar jurugambar yang snap. Lepas ni nak pilih lokasi mana plak ye.... tema Hari Raya pulak lah. Ok tak?

Thursday, April 12, 2012

Jalan-jalan ke i-City

Salam everybody. Baru sempat nak upload entry terbaru even sebenarnya event ni dah berlalu agak lama. Tapi sekadar nak kongsi info dan jugak few pictures. Kali ni citer pasal lawatan ke iCity Shah Alam. Dah lama sekadar lalu je kat Federal Highway tu jeling2 je kat lampu2 yang warna warni kelihatan di waktu malam. Tapi kali ni famili Along pun join sekali.
Belah pagi kami ada sesi fotografi keluarga kat Taman Tasik Titiwangsa. Lepas lunch terus balik rumah bagi rest kat anak2 termasuk kami la, tido.... Lepas maghrib gerak ke Seksyen 7 Shah Alam. Jemput Iwan kat depan Jakel dan terus dinner kat Restoran Barra. Nasi goreng Barra sedap woooo... Roti Nan + Ayam Tandoori pun sedap jugak. Lepas tu baru konvoi masuk iCity ngan famili Along.

Menunggu giliran nak naik tren, bersama anak2. 
 Masuk iCity ni tak ada bayaran tiket, cuma bayar parking RM10 sekali masuk. Parking lot agak banyak tapi laluan kat parking berbumbung tu agak sempit. Rasanya banyak dah kereta yang tersagat kat dinding laluan parking tu. Oleh kerana kami pergi tu malam minggu, makanya agak ramai jugaklah pengunjung yang datang.
Happy family.
 Kereta satu lagi tu Naza Ria, Chor Zaliza yang drive. Dalam tu ada Along and Kawthar, Tasneem, Salsabyla, Mayah dan adiknya Rafana serta Opah diaorang. Ni gambar diaorang....
Anak2 kecil yang berani nak naik tren.
 Chor Zaliza belanja tket naik tren ni. Nasib baik beratur tak ramai sangat. Nan Kakak agak ketakutan bila mula duduk dalam tren tu.
Nan Kakak dah mula tenang.

Seriusnye Nan Abang...
 Ni la gambar keseluruhan ahli rombongan, tidak termasuk Iwan yang jadi tukang ambik gambar.
Bersama famili Chor Zaliza.
 Tak sangka pulak boleh berjumpa ngan geng kembar, Fatma Adele dan kembar 3nya yang comel2 belaka. Pernah jumpa diaorang few times masa gathering geng kembar sebelum ni.

Terjumpa lak geng kembar. 3 lagi!
 Sibuk jalan2 menikmati pemandangan lampu2 yang berkelipan selain daripada ambik gambar. Penat jugak la kene jalan kaki. 2Nan suka la dapat jalan kaki, kadang2 diaorang tak nak duduk dalam stroller. Nak dekat midnight baru kami berjalan balik ke parking.



Kak Neem memimpin tangan Nan Abang.
 Pic ni aku tak tau camne nak rotate bagi tegak, puas dah cuba adjust. Ni diaorang tengah pandang atas, tengok zirafah ke dinasour... gitu la.





Sapa yang rasa nak bagi anak2 excited tengok lampu, boleh la datang ke sini. Memang cantik2 lampu2 tu semua. Dari jauh nampak cantik sangat. Dari dekat okay la. Tapi kalau datang siang, cuma ranting2 je la.

Monday, March 26, 2012

CROCS: Setiap orang mendapat hak mereka.

Sekeluarga memiliki kasut Crocs.
Sepanjang hidup aku tak pernah pun memiliki kasut jenama CROCS. Pernah la beli yang fake tapi masalahnya susah nak jumpa saiz. Dah tu plak tak tahan lama. Kaki sakit lepas tu. Few days ago masa jalan2 kat Jusco Wangsa Maju, wife ajak singgah kedai Crocs ni. Sebelum ni pernah cari untuk anak2 tapi tak ada saiz.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri, aku belikan sepasang untuk setiap orang. Aku punya yang warna hitam + silver tu saiz 11 (besar kan?) Rasa betul2 comfort tang tumit.Yang kaler purple 2 tone tu untuk isteri tercinta. Last time belikan dia yang kaler oren masa tengah pregnantkan si kembar 2 Nan.
Yang kaler biru corak kartun Woody & Buzz Lightyear dari Toy Story tu untuk Nan Abang. Ada 1 pair Angry Birds design crocs sebelum ni dia pakai, tapi nanti mesti mengadu...." atit....aki atit..." sakit kaki le tu. Tapi lepas pakai yang ni, elok je tak mengadu apa2 pun. Tapi dah tak mahu duk stroller, nak jalan sendiri pulak.
Ha... yang corak kartun Pooh & Tigger tu Nan Kakak punya. Bila masa nak belikan tu, bukan main eksyen dia buata tak tahu je. Bila offer, geleng2 kepala tak nak. Tapi sekarang....siap boleh lompat2 lagi.
Ada ketika tu Nan Abang nak yang corak Dora kaler pink pulak. Hish!!! Tak macho la ko Nan Abang...
Dan untuk pertama kalinya kami semua pakai melaram kasut2 ni masa sesi fotografi outdoor keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 24 Mac 2012. Sayang wei kasut mahal2....simpan dalam rumah.

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS