Monday, March 26, 2012

CROCS: Setiap orang mendapat hak mereka.

Sekeluarga memiliki kasut Crocs.
Sepanjang hidup aku tak pernah pun memiliki kasut jenama CROCS. Pernah la beli yang fake tapi masalahnya susah nak jumpa saiz. Dah tu plak tak tahan lama. Kaki sakit lepas tu. Few days ago masa jalan2 kat Jusco Wangsa Maju, wife ajak singgah kedai Crocs ni. Sebelum ni pernah cari untuk anak2 tapi tak ada saiz.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri, aku belikan sepasang untuk setiap orang. Aku punya yang warna hitam + silver tu saiz 11 (besar kan?) Rasa betul2 comfort tang tumit.Yang kaler purple 2 tone tu untuk isteri tercinta. Last time belikan dia yang kaler oren masa tengah pregnantkan si kembar 2 Nan.
Yang kaler biru corak kartun Woody & Buzz Lightyear dari Toy Story tu untuk Nan Abang. Ada 1 pair Angry Birds design crocs sebelum ni dia pakai, tapi nanti mesti mengadu...." atit....aki atit..." sakit kaki le tu. Tapi lepas pakai yang ni, elok je tak mengadu apa2 pun. Tapi dah tak mahu duk stroller, nak jalan sendiri pulak.
Ha... yang corak kartun Pooh & Tigger tu Nan Kakak punya. Bila masa nak belikan tu, bukan main eksyen dia buata tak tahu je. Bila offer, geleng2 kepala tak nak. Tapi sekarang....siap boleh lompat2 lagi.
Ada ketika tu Nan Abang nak yang corak Dora kaler pink pulak. Hish!!! Tak macho la ko Nan Abang...
Dan untuk pertama kalinya kami semua pakai melaram kasut2 ni masa sesi fotografi outdoor keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 24 Mac 2012. Sayang wei kasut mahal2....simpan dalam rumah.

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS