Posts

Showing posts from May, 2011

MOBICOW

PUKUNG : ADAT BANJAR MENIDURKAN BAYI

Image
Last weekend aku pegi wedding sepupu wife kat Felda Gunung Besout 3, Trolak. Maka berjumpalah sedara mara belah mak mertua aku yang sememangnya aku baru nak tahu. Maklumlah, aku kan ahli keluarga baru. Kebetulan lepas kenduri tu pak mertua ajak kerumah satu lagi saudara di kawasan tu jugak. Keluarga tu baru menerima kehadiran orang baru, cucu baru. Keluarga ni memang keturunan Banjar dan kalau dah mula "bersurah" (bersembang/borak) memang aaku senyum2 je la sebab tak paham. Bukan kawasan aku.. kalau cakap jawa barulah aku senyum2 jugak. Tapi sebab paham...heheheh 
Yang speselnye aku dapat tengok satu adat orang Banjar yang dikenali sebagai 'pukung' atau 'dipukung'. Ini adalah kaedah menidurkan bayi yang lain daripada kebiasaannya kita nampak. Biasanya bayi tidur baring diatas tilam ataupun dalam buaian, tapi yang ini bayi ditidurkan dalam buaian dengan keadaan seperti duduk menegak. Menurut mereka yang mengamalkan adat ini, bayi akan dapat tidur dengan lebih…

PEMBELIAN MALANG : DAH ADA BUBUK

Image
Hari ini lepas balik keje aku terus ke Tesco Ampang, beli barang dapur sikit. Beras dah nak habis..minyak masak pun sama. Aku pun eriya2 la nak mencari mashed potatoes segera sebab nak buat sendiri bagi anak2 makan. Kalau tak sempat nak beli KFC punya, boleh buat sendiri. Aku dah mencari kat Giant dan Carefour xde pon.Yang aku jumpa brand macam kat dalam gambar atas tu. Siap ada tambahan perasa lobak dan keledek. Ada tanda halal dan masih belum expired, aku ambik masuk troli. Bila sampai rumah aku bukak bungkusan dan tuang dalam mangkuk. Terkejut aku bila nampak ada serangga bergerak2... bukan sekor... ada rupa macam bubuk kat beras tu. Apa la malang...tak dapat merasa mashed potatoes. Tapi mungkin ada hikmahnya. Esok aku nak bawak balik ke Tesco. Nak claim refund or gantirugi. Lagipun ada free gift Milo Sejuk aku terlupa collect tadi. So tengok la reaksi Tesco camne esok.