Tuesday, May 10, 2011

PEMBELIAN MALANG : DAH ADA BUBUK


Hari ini lepas balik keje aku terus ke Tesco Ampang, beli barang dapur sikit. Beras dah nak habis..minyak masak pun sama. Aku pun eriya2 la nak mencari mashed potatoes segera sebab nak buat sendiri bagi anak2 makan. Kalau tak sempat nak beli KFC punya, boleh buat sendiri.
Aku dah mencari kat Giant dan Carefour xde pon.Yang aku jumpa brand macam kat dalam gambar atas tu. Siap ada tambahan perasa lobak dan keledek. Ada tanda halal dan masih belum expired, aku ambik masuk troli.
Bila sampai rumah aku bukak bungkusan dan tuang dalam mangkuk. Terkejut aku bila nampak ada serangga bergerak2... bukan sekor... ada rupa macam bubuk kat beras tu. Apa la malang...tak dapat merasa mashed potatoes. Tapi mungkin ada hikmahnya. Esok aku nak bawak balik ke Tesco. Nak claim refund or gantirugi. Lagipun ada free gift Milo Sejuk aku terlupa collect tadi. So tengok la reaksi Tesco camne esok.


No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS