Tuesday, January 26, 2010

CARI MENANTU 2 : THE REUNION

NZ Curry House, Wangsa Maju, 24 Jan 2010: Alhamdulillah.... setelah berakhirnya musim kedua Cari Menantu 2 terbitan TV9 pada April 2008, inilah kali pertama 4 pasang bekas peserta Top 10 dapat meluangkan masa bertemu semula. Yang pasti, keempat-empat pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sepanjang 2008 dan 2009. Bermula dengan pasangan Addy & Lynn pada 08.08.2008 diikuti pasangan Wan & Mas seminggu berikutnya. Kemudian pada 27 Disember 2008 menyaksikan pasangan Amin & Siti bersatu. Manakala pasangan Izat & Liya pada Mac 2009.


dari kiri: Danish & Dad, Amin Zahrin, Izat dan Wan


dari kiri: Lynn, Liya, Siti Raudhah & Mastirana


Wan ni yang paling lama kitorang tak jumpa. Tengok beriye kan dia sembang?


Mas ni pun sama. Banyak story pending ni.... nak kene update.


Jejaka-jejaka kacak tersenyum sambil menyembunyikan 'pouch bag' or spare tyre masing2. Addy, bila kita nak start masuk gym?


Say cheese...senyum...


Danish Iskandar: gelak sakan bila Liya main ketuk2 meja. Kalau Ahmad Albab suka ketuk pintu. Yang ini Ahmad Maktabah, kalau x silap la. Lama dah x study arab.


Happy Family! Mum and Dad nampak happy tapi anak nangis pulak. Addy aktif dengan aktiviti motivasinya. Lynn pulak dengan blognya, http://harlindahalim.blogspot.com/


Kapel secocok: Izat & Liya


Kapel sejiwa: Wan & Mas

Walaupun gathering tu sekejap je sebab masing2 ada program tapi silaturrahim yang terbina sepanjang perkenalan semenjak menyertai dan menjadi finalis Top 10 Cari Menantu 2 masih kekal sehingga kini. Insyaallah lain kali nak contact balik semua finalis dan nak buat gathering besar sikit. Mas dan Wan, korang jadi penganjur untuk next gathering kat PD lepas wife aku habis pantang.

Kat mana dan apa aktiviti finalis yang lain ek?
Hafiz & Ziha: Sorang mengajar di Penang dan sorang belajar di UIA Gombak. Belum ada cahaya mata lagi.
Rie & Ayu: Menetap di Kuala Terengganu. Seorang cahayamata perempuan.
Alam & Fiza: Takde update terkini. Seorang cahayamata perempuan.
Fendi & Ida: Anak pertama perempuan. Coming soon another one in April 2010
Amar & Ina: Seorang cahayamata perempuan. Menetap di Kampar, Perak.
Rahmat & Akma: Perhubungan jarak jauk. Sebelum ini sorang di Sarawak, sorang di JB. Tapi, bila yg kat Sarawak dapat balik JB, yang JB lak kene ke Selangor. Aduhai.....

1 comment:

  1. Best woooo dpt jupe uols!!! Abg Amin, sy curik gmbr2 nie utk letak kat entry sy taw!!! =p

    ReplyDelete

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS