Friday, December 6, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK OLEH TNB MULAI 1 JAN 2014

 Naik lagi.... selepas harga minyak naik, gula pulak naik. Nah! Sekarang elektrik pulak naik. Dengarnya lepas ni tol pun naik jugak. Nampak tak kesan berantainya? Memangla nak kurangkan subsidi... tapi kalau dah beri kesan berantai macam ni, rakyat jugak yang paling terkesan dan tersepit. Kos sara hidup meningkat sedangkan pendapatan masih macam tu jugak, Mari kita tengok siapa yang terkesan dek kerana kenaikan tariff baru ni.
 
Kadar kenaikan tariff elektrik berkuatkuasa 1 JAN 2014.
 
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, bagi pengguna yang menggunakan 300kW/h dan kebawah dalam tempoh sebulan tidak akan mengalami sebarang perubahan. Pengguna yang menggunakan 301kW/h sebulan dan ke atas yang akan terasa akan kenaikan tariff baru ini. Jadi anda didalam kategori yang mana?
 
Berikut adalah maklumat penggunaan dan caj yang dikenakan bagi tempoh Jun sehingga November 2013.
Penggunaan dan caj untuk tempoh JUN-NOV 2013.
Ini adalah alat elektrik yang terdapat dikediaman aku:
1. Peti sejuk 2 pintu
2. Mesin basuh automatik
3. Seterika
4. 3 unit Kipas Meja & 1 unit Kipas siling
5. TV/Astro
6. Laptop sekali sekala.
7. Charger untuk HP dan Ipad
TIADA PENDINGIN HAWA!
 
Mungkin dengan ketiadaan pendingin hawa, kadar penggunaan masih lagi di bawah paras 300kW/h sebulan. Maka kediaman saya tidak akan terkesan akibat daripada kenaikan tariff ini.
 
Bayangkan untuk rumah teres 2 tingkat 4 bilik. Paling tidak mesti ada kelengkapan berikut:
1. Peti sejuk
2. 5 unit kipas siling
3. TV/Astro
4. 3 unit Pendingin Hawa (at least)
5. Mesin Basuh
6. Seterika
7. Pemanas air (mungkin ada mungkin tidak)
8. dan macam-macam lagi......
Agak-agak berapa penggunaan elektrik bagi sebulan? Kawan aku kata, kalau ada walau 1 unit pendingin hawa, bil mesti cecah RM100. So kalau ada 3 unit? Kipas di setiap bilik....mau cecah RM200 ke RM300. So, pandai-pandai la jimatkan penggunaan elektrik. Tak usah nak berpesta sangat pasang lampu terang benderang sampai ke siang. Set la timer untuk aircond, xde la terpasang sentiasa. Nanti aku buat entry pasal tips nak jimatkan penggunaan elektrik pulak ye. Kita kongsi sama-sama.
 
 


flickr: STORAN BERKAPASITI 1 TERABYTE TERSEDIA UNTUK ANDA.



Punyala lama tak login flickr.... alih2 member bagitau storage yang disediakan adalah 1 Terabyte. Bapok besar gile kalau nak upload gambar dan video. Lagi besar daripada Dropbox dan Cloud.
 
Maka bermulalah proses mengupload gambar-gambar yang selama ini tersimpan didalam memory card dan hard disk drive. Bila dah masuk flickr tu, ramai la bole tengok. Nak buat photobook pun belum ada kesempatan lagi ni.
 
Kepada yang sudi tu, jenguk2 la page flickr akujaworld. Klik link berikut atau kat gambar yang bertukar2 seblah kanan page ni.
 
 

 

Thursday, December 5, 2013

SELANGOR FA 2014: MISI 33

Dengan secara rasminya, kuota 4 orang pemain import Selangor telah pun sempurna. Selain daripada kemasukan muka baru dari pasukan lain dan upgrade player dari skuad Piala Presiden. Nama2 bintang musim lepas ramai jugak yang telah berhijrah. Takpela... nama pon 'professional footballer'... mana majikan yang sanggup bagi gaji lebih, apa salahnya kan?
maklumat terkini 9/12/2013: Ramzul Zahini berpindah ke Terengganu untuk musim 2014.

Yang ni senarai penuh pasukan untuk musim depan. Banyak jugak muka2 baru, nama nama yang aku tak pernah dengar.
 
No.
Position
Player
1

3

4

5

6
Malaysia
7
Malaysia
8
Malaysia
9
Brazil
10
Indonesia
12
Malaysia
13
Malaysia
14

No.
Position
Player
15

16
Malaysia
17
Brazil
18
Malaysia
19
Malaysia
21
Malaysia
22
Malaysia
23
Malaysia
24
Malaysia
25
Malaysia
26
Malaysia
28
Malaysia
32
Malaysia

Ha... yang ni 4 orang import Selangor. Cukup kot untuk cover setiap posisi selain penjaga gol.


Dengan kembalinya Mehmet Durakovic sebagai jurulatih, semoga Selangor akan terus sukses dalam persaingan Liga Super dan seterusnya Piala Malaysia. Saingan musim 2014 Nampak lebih mencabar dengan banyak pasukan telah memperkuatkan barisan pemain terbaik mereka.JDT menampilkan banyak pemain bertaraf bintang. Kelantan pun nampak macam mantap di semua bahagian. ATM pun tak ketinggalan akan memberikan saingan juga. Pahang pasti akan berusaha untuk mengekalkan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim 2013. Jadi kita sama-sama saksikan dan meriahkan saingan dengan berkunjung ke stadium. Lama dah tak menonton bola di stadium. Rasa nak beli jersey Selangor la lepas ni.

Jangan lupa saksikan perlawanan Piala FA pada 21 Januari 2014 menentang Harimau Muda C. Pusingan awal ini adalah mengikut konsep kalah mati. Lawan kat mana pulak ye.... xde dapat lak info pasal stadium mana nak main ni. Nanti2 lah aku update.

VIVA SELANGOR! GO RED GIANT! 

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS