Thursday, December 16, 2010

HOLIDAY @ A FAMOSA RESORT, MALACCA

Aku saje ambik cuti rehat pada 3 dan 6 Disember 2010 sebab nak jadikan cuti panjang selama 5 hari. Warga kerja tempat wife aku buat meeting dan family day kat A Famosa Resort Melaka pada 3 hingga 5 Disember 2010. Penginapan 2 malam di D' Savoy Condotel, kami dapat family studio yang ada 2 katil queen size. Ada balcony dan ruang tamu yang selesa. Parents in law n brother in law pun ikut sekali. Boleh tolong sama2 tgk2kan anak2 aku bila wife kene gi meeting.

Perjalanan bermula jam 11 pagi dari rumah dan kami sampai di condo tu dalam jam 1 tghari. Oleh kerana belum boleh checkin, kami pergi lunch dulu kat gerai tepi jalan. Ada beberapa gerai kat tepi jalan on the way ke resort tu. Boleh la beli makanan lepas ni sebab aku ngan wife je yang dapat kupon makanan. Itu pun kene drive ke clubhouse.
Singgah makan tengahari kat gerai sebelum sampai ke resort.

Imtinan ni dah pandai senyum bila camera hala ke dia.

Sengih lagi....

Iftinan & Daddy
Dalam jam 2.30 ptg selamatlah kami menjejakkan kaki ke dalam bilik condo. Nampak luas dan selesa sungguh walau pun pandangan dari luaran tidaklah berapa menarik. Macam condo lama je.... Dari segi dalaman, aku rasa puashati. Selesa dan luas...kami 5 org dewasa dan 2 babies pun tak rasa sesak. Cuma yang tak bestnye tak ada dapur, tak ada microwave. Dapur dah cantik dah... kalau dapat kita panaskan makanan segera ke...pun ok jgk. Ni kalau nak makan (breakfast/lunch/dinner) kene pergi ke Clubhouse. Jauh lak tu, kene naik kereta. Malas nak tunggu shuttle. Kawan wife i kata ada jalan short cut dari pada tower yang sebelah tower kitorg tu, tapi malas la nak menapak. So, drive je la. Makanan kira ok, banyak choice dan akan sentiasa top up. Cuma kalau byk event, guest ramai dan meja makan akan penuh. Tapi sepanjang aku kat sana, tak pergi pun breakfast. Tak sempat nak pergi sebab nak uruskan 2 Nan tu. Nasib baik ayah mertua ada belikan sarapan lepas kuar gi solat subuh kat surau/masjid kat luar.

Imtinan nyenyak tido. Cover ngan bantal...
 Jumaat malam 3 Disember 2010: Wife ada meeting dan anak2 tinggal kat bilik. So gilir2 la jaga diaorg. Kalau tidur tu lega la sikit. Pagi Sabtu 4 Disember 2010 ada lagi meeting. Aku la jadi Mr. Mama. Belah petang konon nak buat Treasure Hunt, tapi cuaca tak mengizinkan...hujan....

View dari balkoni.
 Pemandangan dari balkoni yang boleh dikatakan ok. Boleh nampak guest keluar masuk. Nak tgk kereta parking kat bawah pun boleh. Yang rendah 3 tingkat depan tu apartment. Sebelah kanan tu Tower 1, Reception kat Tower aku stay ni. Kalau malam boleh nampak persembahan bunga api dari Cowboy Town. Tepat jam 10 mlm mesti ada, setiap hari.

Ruang tamu yang selesa.

Pintu masuk dan meja makan yang agak berselerak.

Ruang dapur cantik dah.... but no cooking!

Ruang tidur: selesa dan sejuk aircond. Kipas tak ada.


Happy family. Pic blur sket...

 Pada sebelah malam ada dinner kat Istana Hall. Masalah yang patut pihak resort ambil perhatian adalah laluan untuk stroller mahupun wheelchair. Dari tempat lobi nak ke tempat makan Clubhouse dan ke Istana Hall, cuma ada tangga sahaja! Lif takada, laluan menaik pun takada. Terpaksa la angkat stroller tu. Ada budak2 waiter/waiteress yang tolong masa nak naik tangga ke Istana Hall. Camne la kalau ada yang pakai wheelchair.
Tema malam itu adalah red & black. Ada la persembahan dari few groups dan cabutan bertuah. My wife punye nombor bertuah adalah No. 7. Dapat hadiah yang agak berat jugak.

Temanya merah dan hitam.

Hadiah cabutan bertuah: Tempat ke 7.
 Cuba teka apakah hadiahnye? Memang berat... satu hal pulak nak masuk dalam bonet yang dah sememangnye fully loaded.

Nak check out dah....

 Dah ada anak kembar ni, memang la makan masa sikit nak siapkan diaorang. Pagi Ahad tu suppose kami nak join telematch kat dalam Water World. Elok2 je kami sampai kat tempat kejadian, acara paling akhir tengah baru nak mula. Ituje la acara yang kami dapat sertai, tapi tak menang pun....huhuhuh... dan bukan yg last.
Kat entrance A Famosa Water World.
 After lunch, barula bawak anak2 main air. Bukan main suka si Imtinan tu main air. Mengepak2 kaki dia, tangan pun tepuk2 kat air. Tak lama lepas tu Iwan join kitorg kat pool tempat budak2 ni, lapor rupanye dia.

Imtinan & Mummy seronok main air.
Kami tak dapat nak mandi puas2 dan lama2 sebab Anyah and Abg Azmir dah sampai. Kami nak check in kat villa yang ada swimming pool pulak utk 1 malam lagi. Kene la cepat2 keluar dari Water World.


Tak puan main air but have to go....huhuhu....

 Sempat lagi naik gajah kat entrance Water World. Sorang kene bayar RM15. Anak2 free jer. Pengalaman pertama tunggang gajah, slow n steady.... Ni baru anak gajah aku dah rasa tinggi, kalau yang dewasa tak tau la tinggi mana.


Jom naik gajah bersama anak2.
 
Panas wei... gajah ni jalan slow motion jer....




KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS