Monday, January 6, 2014

OMPONG: KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI TELAH TERJADI.

31 DISEMBER 2013
Lokasi: Rumah babysitter.
Masa: lebihkurang jam 11 pagi.
 
Naluri keibuan Mummy menguatkan rasa untuk menghubungi anak2 melalui telefon pada sebelah pagi tu. Nan Kakak yang dulu bercakap dengan Mummy. Kemudian baru la Nan Abang cerita yang giginya patahsebab jatuh kat bilik air. Apa?!!! Terkejut Mummy...anak beranak terus emosi dan sayu berbual ditelefon menceritak saat2 kejadian tersebut. Mama Ani, babysitter 2 Nan sejak baby lagi cuba buat penjelasan nak bagi Mummy relaks sikit. Lepas tu sah2 Mummy call Daddy report apa yang dah jadi.
Masa balik dari kerja tu, Mummy dah tak sedap hati...hatinya kecewa kerana Nan Abang kehilangan gigi. Selama ni memeang dipuji2 gigi abang cantik, senyum nampak comel. Berderailah air mata Mummy meluahkan perasaan kat Daddy masa on the way nak balik tu.
Petang tu hujan. Jalan jem. So lambat sikit kami sampai nak jemput 2 Nan. Rupa-rupanya diaorg dah tunggu dalam kereta. Sampai je umah baby sitter, Daddy keluar nak jemput 2Nan dari dalam kereta Abah (panggilan untuk suami Mama Ani). Nan Abang terus peluk Daddy.... Ya Allah..... bengkak mulut dia. Daddy pun sama peluk Nan Abang... sayu Daddy rasa. 2 batang gigi dah hilang, dah patah. Nan Abang kata, " gigi abang patah.... " dengan nada sedih.
Daddy kata, " Abang.... abang dah tak ensem....."
Terus dia peluk Daddy. Mummy peratikan je dari dalam kereta.

.................................................................................

Masa dalam kereta on the way nak k rumah, Nan Abang tutup je muka dia kt belakang seat Daddy. Bila bagi peluang cakap dengan Nenek Tok Wan, nada dia sedih je... Nenek pon nangis sama. Aduh.... syahdunya Daddy dengan perbualan Nan Abang bersama Nenek.
 
Bila diselidik, Nan Abang kata dia panjat kerusi merah dibilik air masa nak mandi pagi. Dia terjatuh, tersembam ke depan. Konfliknya timbul bila Mama Ani kata 2 Nan berebut nak mandi, Nan Kakak yang tolak. Nan Abang kata dia jatuh sendiri.
 
Malam tu jugak bawak ke klinik. Doktor bagi ubat tahan sakit, krim dan ubat sapu dalam mulut. Tapi ada hati nak makan mee pedas! Abai.... Abai....(nama lain untuk Nan Abang)
 
 
Darah beku kat atas. Kuning-kuning tu ingatkan sapu ubat kuning, rupanya makan asam.
Bibir bengkak. Ada darah beku kat gusi atas.

 

Ada kesan luka kat atas dagu.

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS