Posts

Showing posts from June, 2010

MOBICOW

AKHIRNYA.... KAU TIBA JUA: Cosatto You2 Sis/Bro Twin Stroller

Image
Pic.1: Front view Pic.2: Rear view Pic.3: Folded view


Alhamdulillah syukur..... penantian selama ini telah berakhir dengan ketibaan barang yang paling dinanti-nantikan sejak bulan April lepas.Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk Along di Kuantan atas sumbangan twin stroller ni. Juga terima kasih kepada kawan seperguruan dulu di UIA yang kini berada di Leichester, UK kerana sudi menolong menguruskan urusan pembelian dan penghantaran twin stroller ni. Thanks a lot Mr Mahyudin. Memang stroller ni tak ada jual kat Malaysia. Kami dah survey, twin stroller yang glamer kat sini brand Maclaren cecah harga RM1600 lepas tolak diskaun. Tapi alhamdulillah... kos twin stroller ni lagi murah dan yang penting kami suka dengan design dia... SIS & BRO with pink and blue colors. Cuma tempoh penghantaran la lama.... masuk kontena, naik kapal laut... kira2 6 minggu la jugak.
Beginilah keadaan packagingnya sewaktu sampai kat umah. Suppose to be delivered to our house kat Batu Muda. Tapi kami tak saba…

PIALA DUNIA FIFA 2010: Bola Oh Bola...

Image
Selepas 4 tahun, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 kembali. Kali ini Afrika Selatan menjadi tuan rumah setelah Jerman melakukannya pada 2006 dengan menobatkan Italy sebagai juara. Selama tempoh hampir 1 bulan bermula 11 Jun lalu, kita akan disajikan dengan 64 perlawanan bolasepak daripada 32 pasukan terbaik yang mewakili benua masing-masing. Ini merupakan trofi yang menjadi rebutan negara yang bertanding di kejohanan kali ini.
Yang ini pulak namanya ZAKUMI. Maskot bagi kejohanan tahun ini. Binatang cheetah kot... tak pasti la pulak. Maklum la, cheetah kan banyak kat negara2 Afrika.
Belanda / Holland / Dutch / Netherland : Pergh... banyak tul nama negara ni.... Sekian lamanya pasukan negara ini menjadi pilihan aku disebabkan warna jersinya yang oren. World Cup ke Euro ke... tetap ada sokongan untuk pasukan The Orenje ni. Sekarang ni suka tgk dan sokong sbb ada player Muslim dalam pasukan ini. Just to mention few of them: Khalid Boulahrouz and Ibrahim Afellay yang telah berada dalam…

MALAM GALA RETRO @ BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Image
28 Mei 2010, Dewan Sebarau, Bukit Merah Lake Town Resort: Ini kali pertama aku membawa isteri dan anak-anak ke majlis rasmi anjuran majikan aku. Pertama kali jugak anak2 aku travel jauh sampai ke Bukit Merah. Alhamdulillah diaorang tak meragam sepanjang perjalanan yang memakan masa sampai 4 jam.
Imtinan dan Daddy. Imtinan toleh tengok sape tu aarrr?
Iftinan dengan gaya retro pilihan Mummy, nak ikut tema majlis katakan.
Mummy yang kontrol ayu setia menjaga putera puteri kerana Daddy agak busy malam tu. Dalam duk dukung anak, sempat lagi tarik suara lagu Seiring Jalan apabila mic dihulur.....
Kalau kurus konon nak tiru Idlan a.k.a Abang Kassim Pon Pon. Tapi bila dah tak kurus ni ada iras2 Pak Tam Raja Lawak tak?
Iftinan dah tak sabar nak pergi join Daddy kat dinner tu. Imtinan syok layan mimpi.
Ye ye ye... dah nak pegi dinner...
Saya nak tido pun tak boleh la.... kacau je...sob!sob!...huhuhu...
BERSAMBUNG untuk aksi di Taman Tema.... TUNGGU....

BELIAN DAN SHOPPING

Image
Pakej 2 dalam 1. Steriler dan warmer.
Pelaburan untuk anak2. Set breastpump yang mudah dibawa, senang digunakan dan selesa. MEDELA freestyle Breastpump.
Comparison saiz mesin pengepam dan henfon Nokia daun. Macam saiz discman.
Medela vs. Bumble Bee
I luv Mommy je?  Mana yang luv Daddy?
Yang ni barula fair n square... Love Mommy and Daddy.

Storage bottle untuk stok susu perahan. Beli lapan dapat 2 free.
Alat permainan pertama aku beli.

JALAN JALAN CARI MAKAN - AYAM PENYET @ Wangsa Walk

Image
Akhirnya, dapat jugak aku menikmati bagaimana rasanya Ayam Penyet. Nak compare dengan ayam bakar Wong Solo. Minat makanan Indonesia sebab citarasa Jawa yang memang menebal dalam diri aku. Kami hantar anak2 kat rumah pengasuh then terus menuju ke Wangsa Walk Wangsa Maju. Sambil tu nak cari baju untuk majlis Reunion sekolah menengah wife aku esoknye. Jumpa la jugak baju yang menepati tema putih sempena back to school. Sedap betul air honeydew dengan butir2 hitam tu... kenyal2 tekstur dia.
My wife dengan air coklat blended yang cukuuuuuup manis!
Jemput makan.....
Tauhu, tempe, sambal belacan, timun dan kobis. Rangup, garing dan pedas... mmmm....
Ayam goreng berempah yang diketuk....
Crispy outside, juicy inside.
Alhamdulillah.... kenyang. yang tinggal hanya tulang. Yang ini ayam goreng, kalau Wong Solo tu ayam bakar. Aku lagi sukakan rasa ayam bakar Wong Solo. Sana ada sambal kicap sekali. Tapi tempe kat Wong Solo lepih nipis dan small in size. Lin kali boleh la rasa lagi both, Ayam Penyet dan …