Posts

Showing posts from December, 2009

MOBICOW

HUJUNG MINGGU YANG MELETIHKAN

MA'AL HIJRAH 1431 : ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Salam Ma'al Hijrah 1431 buat semua Muslimin dan Muslimat. Tanggal itu jugalah menandakan genapnya 1 tahun hijrah majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan di kampungku, Sijangkang. Kalau ikutkan kalendar Masihi, kene tunggu 27, 28 dan 29 Disember nanti. Maklumlah, sambutan kenduri kahwin 3 hari 3 malam. Heheheheh....

Cuti umum seluruh Malaysia sempena Awal Muharram aku duk rumah je. Pukul 2 .30 ptg barulah keluar ke KL. Arah dituju adalah SOGO KL. Jalan masuk KL agak sesak waktu petang tu. Tapi, alhamdulillah.... dapat jgk parking kat SOGO. Dah plan nak shopping byk, boleh dapat diskaun parking charge. Sampai2 je terus ke bahagian pakaian bayi dan kanak2. Pilih tu, pilih ni, pegang itu, pegang ini. Dalam tak sedar bila masa bayor baru tahu cecah ratus2 gak baju2 bayi ni. Ni le betul2 punye shopping. Ada sale, up to 70% diskaun. Ok la kan?

SUATU PAGI YANG INDAH

Image
Suatu pagi bila kuar rumah nak pegi kerja, isteri aku tiba2 ternampak satu pemandangan yang menarik ketika matahari baru mula nak memunculkan cahayanya. Langsung terus aku ambil gambar guna henfon je...SE G750. Inilah dia apa yang aku maksudkan....


Subhanallah... cantikkan gabungan warna langit dan awan yang kelihatan disebalik 2 buah bangunan yang masih dalam pembinaan tu lagi. Ni yang buat aku ngan isteri tambah beriya2 nak sambar sebijik kamera DSLR. Heehhe... bila nak dapat ek?


Yang ni pulak, bunga orkid harimau yang sedang kembang di laman rumah mak kat kampung. Raya tahun lepas pun macam ni jugak. Sampaikan my auntie berkenan, terus masuk bonet kereta bawak balik. Mak aku bagi macam tu je.... Kalau ngan orang lain mau cecah RM300-400 sepokok.
Yang ni pokok bunga siantan. Nama saintifik dia Ixora ntahapalagintah. Nama bunga yang dikaitkan dengan penamaan kereta MPV Proton, Exora. Aku panggil bunga jarum je. Kebetulan tengah berbunga banyak, aku ambik je gambar. Nampak tak kat belaka…