Tuesday, May 31, 2011

PUKUNG : ADAT BANJAR MENIDURKAN BAYI

Last weekend aku pegi wedding sepupu wife kat Felda Gunung Besout 3, Trolak. Maka berjumpalah sedara mara belah mak mertua aku yang sememangnya aku baru nak tahu. Maklumlah, aku kan ahli keluarga baru. Kebetulan lepas kenduri tu pak mertua ajak kerumah satu lagi saudara di kawasan tu jugak. Keluarga tu baru menerima kehadiran orang baru, cucu baru. Keluarga ni memang keturunan Banjar dan kalau dah mula "bersurah" (bersembang/borak) memang aaku senyum2 je la sebab tak paham. Bukan kawasan aku.. kalau cakap jawa barulah aku senyum2 jugak. Tapi sebab paham...heheheh

Yang speselnye aku dapat tengok satu adat orang Banjar yang dikenali sebagai 'pukung' atau 'dipukung'. Ini adalah kaedah menidurkan bayi yang lain daripada kebiasaannya kita nampak. Biasanya bayi tidur baring diatas tilam ataupun dalam buaian, tapi yang ini bayi ditidurkan dalam buaian dengan keadaan seperti duduk menegak. Menurut mereka yang mengamalkan adat ini, bayi akan dapat tidur dengan lebih nyenyak dan lama.
Macam best je baby ni dipukung.
Generasi muda sekarang ni dah tak ada kemahiran nak mengikat bayi macam gambar kat atas tu. Tu yang makin lama nanti adat ni semakin dilupakan dan tinggal sejarah. Jadi, belajarlah dari orang lama yang pakar dan berpengalaman supaya dapat diperturunkan kepada generasi akan datang selain mengekalkan adat dan budaya Banjar ni.
Kakak Iftinan posing sebelah baby sambil tangan mencapai puting.
Dalam aku surf di internet mencari maklumat berkenaan adat pukung ni, terjumpa satu blog yang menulis berkenaan adat ni. Memang pemilik blog tersebut adalah orang asal tempat yang aku pegi kenduri aritu, Felda Trolak Selatan. Ni aku petik kandungan entry beliau (mohon dengan izin ye tuan tanah.....)




PERHATIAN : INI BUKANLAH KES PENDERAAN BAYI !!!....... tetapi inilah suatu kaedah menidurkan bayi yang diamalkan oleh orang-orang banjar. Kaedah ini dikenali sebagai PUKUNG. Walau bagaimanapun kaedah ini hampir dilupakan oleh generasi banjar masa kini. Akibatnya amat jarang sekali kita dapat melihat bayi dipukung walau di kalangan masyarakat banjar sekalipun. Hal ini terjadi kerana kemahiran memukung ini tidak diperturunkan kepada generasi muda disamping kurangnya keyakinan diri untuk memukung bayi berkenaan di kalangan generasi banjar sekarang.

TEKNIK MEMUKUNG :

Buai yang digunakan mestikah bertali dua supaya kedudukan bayi dan ayunan buai stabil. Kain buai biasanya kain batik atau kain pelikat.

Sehelai kain batik atau pelikat yang lain juga digunakan sebagai tali pengikat di bahagian leher atau bawah dagu.

Bayi yang ingin dipukung diletakkan di dalam buai secara duduk. Lebihan belakang kain buai dikemaskan ke bahagian tepi menjadikan bahagian belakang seolah-olah tempat bersandar bayi ketika dalam buaian.

Kain batik atau pelikat kedua digulung kemas sebelun dililit di bahgian bawah dagu bayi. Pastikan lilitan ini kemas dan selesa untuk bayi. (tidak terlalu ketat atau terlalu longgar serta ketinggian yang sesuai).

Kini bayi di dalam buaian seolah-olah dibedung atau dipeluk oleh kain buaian berkenaan.


KEBAIKAN BERPUKUNG :

1. Mudah untuk menidurkan bayi dengan cara menimang.


2. Biasanya bayi akan mudah tidur, tidur lama dan nyenyak.



PENGAKUAN :


* Semua anak saya pernah dipukung sekurang-kurangnya sekali. Itupun kerana terpaksa ..... dah tak tahu nak buat macamana ...... asyik menangis dan tak mahu tidur ...... akhirnya kena pukung ....... alhamdulillah tidur nyenyak.........

1 comment:

  1. Mmg pelik tgk cara baby tu d'tidurkan..xsakit ke pinggang dia..tgk cam tercekik je..huhuhu

    ReplyDelete

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS