Monday, October 25, 2010

WEEKEND YANG SANTAI : PARENTING, MAPEX2010, JOM KE DAPUR.

Kali ni aku nak menulis berkenaan apa yang kami sekeluarga alami untuk last weekend. Hari Khamis lepas, balik saja dari rumah babysitter, terus bawak Iftinan ke klinik. Demam rupanya.... temperature 38 darjah Celcius. Panas tu! Terus nurse bagi ubat ikut 'pintu belakang', cepat sikit kurang panasnya. Iftinan ni kalau demam dia diam je... takde merengek2, cuma nampak lemah, xde mood, x ceria. Kesian kakak....Dapat la ubat demam, selsema dan antibiotik.

Muka orang tak sihat.... cian dier...

KHAMIS, 21 OKT 2010
Malam tu pulak dapat call dari babysitter, Mama Ani, yang bapa mertua dia meninggal dunia. So dia n famili kene segera balik kampung. Maknanya, hari Jumaat tak dapat la nak hantar anak2 kepada babysitter. Ah sudah.... sapa nak jaga anak2 esok ni? Jadi kami ambil keputusan untuk ambil cuti je esoknya. Emergency leave le si daddy. Mummy pulak nak g klinik, nak mc jaga anak yang demam.

JUMAAT, 22 OKT 2010
Iwan balik bercuti dari hari Rabu lepas, tapi mlm ni dah nak balik Arau balik. Cuti study week jer. Mak mertua masak daging masak merah bersantan. Faveret jugak ni, dan kebanyakan famili members. Lepas solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, balik umah lunch dulu. Lepas tu kuar nak pegi Mid Valley tgk pameran MAPEX 2010. Konon nak survey2 projek perumahan yang sesuai untuk di beli. Malas nak drive, dan hujan lak tu, aku naik la komuter dari Stesyen Kampung Batu, dekat je ngan rumah aku. Tapi stesyen tu sunyi giler, xde kereta mahupun motor yang parking. So aku parking tepi jalan dekat ngan kondo berhampiran. Tiket murah je, RM 2 sampai Mid Valley tapi kene tukat tren kat KL Sentral. Tiket memang murah tapi tempoh perjalanan tu lamanye.... aku jejak kaki kat Mid Valley jam 4 petang!! Dan balik sampai ke rumah dalam 6.30 petang.

SABTU, 23 OKT 2010
Hari ni aku terpikir nak masak ikan siakap yang dah lama terperap dalam fridge. Wife ada emel resepi ikan bakar lately, nak try la. Pagi2 lagi aku dan wife dah sibuk kemas rumah siap mop lantai, gilir2 jaga dan main ngan anak2. Lama tak beriye ke dapur, so arini aku pun beriye2 nak bakar la si siakap seekor tu. Tapi bukan grill, bakar berempah/berkuah sambal jer.... bakar jugak kan walaupon atas kuali. Ala... ikan bakar kat Jalan Bellamy belakang Istana Negara pun macam tu jgk. Jadi disertakan beberapa pic yang sempat aku snap untuk tatapan pembaca sekalian.

Bahan2 untuk menu hari ini.
Inilah hasilnye....siap dengan hiasan tomato tu....

Air asam jawa
Keadaan mangsa selepas kejadian....
Alhamdulillah... itulah rezeki makan tengahari kami berdua. Belah malam untuk dinner, gunakan sambal yang sama untuk jadikan ayam masak merah pulak. So tak la membazir. Jiran baik wife aku datang bertandang, dinner sekali. Maaf ye Cik Emy Takeshi kalau menunya tak seberapa.

AHAD, 24 OKT 2010
Hari melepak dan santai bersama keluarga. Iftinan masih belum fully recovered dari demam, tapi mampu untuk senyum dan ceria. Malasnya nak pergi kerja esok......


Tuesday, October 12, 2010

FOTOBUK: Imagewrap 40 pages A4



Ini adalah projek photobook yang kedua aku buat disebabkan ada special promo daripada http://www.u-print.com.my/ . Normal price untuk yg ni adalah RM166, Imagewrap saiz A4 hardcover 40 pages. Tapi ada promosi siap dengan upgrade paper, dapat 50% off. Disebabkan promosi berakhir pada 30 Sept 2010, kupulun buat projek tu dalam 1 hari je. Kebetulan gambar2 dari Majlis Aqiqah tu belum ada yang dicuci lagi. Sedang elok la aku buat photobook ni. Banyak pages compared ngan yg last time, cuma 20 pages. Rasa macam tak puas tengok, belek2, tau2 dah kat last page.

Yang last time aku buat just as experimental je. Tapi berbaloi la sebab sempat siap sebelum majlis aqiqah berlangsung. Personally aku call dengan person in charge kat syarikat percetakan tu, En Mansor, minta dia proses dan deliver sblm majlis. Boleh tunjuk kat para tetamu yang hadir gambar2 awal sejak dari kelahiran.


Sekarang ni ramai yang dah ada digital kamera tak kiralah dari yang kompak sekecil2 saiz sampai la yang lense panjang DSLR tu. Gambar boleh ambil beratus2 snap sebab guna memory kad. Agak2 tak cantik delete je. Tapi yang betul2 cantik dan memorable takkan nak biar dalam memory kad je. Nak tengok kene bukak laptop, tengok satu-satu. Jadi, pada saya, photobook adalah medium yang paling sesuai untuk menterjemahkan segala kenangan yang dirakamkan melalui kamera. Kata orang, satu gambar itu menceritakan seribu makna dan cerita. Lebih2 lagi kalau ada letak caption dan kata2 sket on that picture. Edit simple2 bagi nampak klasik sket. Senang disimpan dan mudah untuk dibawa ke mana2. Ada macam storybook album kahwin sikit2.

Dipasaran ada banyak sebenarnya company yang menyediakan servis buat photobook ni. Antara yang paling pioneer adalah photobook malaysia http://www.photobook.com.my/ . Tapi harga dia mahal sikit la. Sebagai alternatif, boleh cuba http://www.u-print.com.my/ , sebuah anak syarikat Karangkraf. Kualiti dan pakej berbeza2 bergantung kepada citarasa dan kemampuan kita. So far, aku blom pernah lagi try photobook malaysia. Simpan untuk satu lagi projek. Dari masa ke semasa, company ni akan buat promosi dan diskaun up to 60%. Elok kalau register dulu dan tunggu emel promosi dari diaorang ni. Budget tu simpan la sket2.

Ucapkan selamat tinggal kepada album gambar fesyen lama. Cetak pulak saiz 4R, kalau saiz besar caj mahal lak tu. Tak boleh letak caption ataupun wording. Sticky album plak lebih berat nak bawak. Lepas ni nak try tempah desk calendar la plak. 2011 semakin menghampiri ni. Nak buat macam kalendar hadiah untuk tetamu masa majlis kahwin kitorg dulu. Hehehehe... Kali ni letak gambar anak2 sekali.
Kalendar meja 2009 : Front view : Wedding gift untuk tetamu.

Back view : koleksi gambar2 kenangan.

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS