Ini adalah projek photobook yang kedua aku buat disebabkan ada special promo daripada http://www.u-print.com.my/ . Normal price untuk yg ni adalah RM166, Imagewrap saiz A4 hardcover 40 pages. Tapi ada promosi siap dengan upgrade paper, dapat 50% off. Disebabkan promosi berakhir pada 30 Sept 2010, kupulun buat projek tu dalam 1 hari je. Kebetulan gambar2 dari Majlis Aqiqah tu belum ada yang dicuci lagi. Sedang elok la aku buat photobook ni. Banyak pages compared ngan yg last time, cuma 20 pages. Rasa macam tak puas tengok, belek2, tau2 dah kat last page.
Yang last time aku buat just as experimental je. Tapi berbaloi la sebab sempat siap sebelum majlis aqiqah berlangsung. Personally aku call dengan person in charge kat syarikat percetakan tu, En Mansor, minta dia proses dan deliver sblm majlis. Boleh tunjuk kat para tetamu yang hadir gambar2 awal sejak dari kelahiran.
Sekarang ni ramai yang dah ada digital kamera tak kiralah dari yang kompak sekecil2 saiz sampai la yang lense panjang DSLR tu. Gambar boleh ambil beratus2 snap sebab guna memory kad. Agak2 tak cantik delete je. Tapi yang betul2 cantik dan memorable takkan nak biar dalam memory kad je. Nak tengok kene bukak laptop, tengok satu-satu. Jadi, pada saya, photobook adalah medium yang paling sesuai untuk menterjemahkan segala kenangan yang dirakamkan melalui kamera. Kata orang, satu gambar itu menceritakan seribu makna dan cerita. Lebih2 lagi kalau ada letak caption dan kata2 sket on that picture. Edit simple2 bagi nampak klasik sket. Senang disimpan dan mudah untuk dibawa ke mana2. Ada macam storybook album kahwin sikit2.
Dipasaran ada banyak sebenarnya company yang menyediakan servis buat photobook ni. Antara yang paling pioneer adalah photobook malaysia http://www.photobook.com.my/ . Tapi harga dia mahal sikit la. Sebagai alternatif, boleh cuba http://www.u-print.com.my/ , sebuah anak syarikat Karangkraf. Kualiti dan pakej berbeza2 bergantung kepada citarasa dan kemampuan kita. So far, aku blom pernah lagi try photobook malaysia. Simpan untuk satu lagi projek. Dari masa ke semasa, company ni akan buat promosi dan diskaun up to 60%. Elok kalau register dulu dan tunggu emel promosi dari diaorang ni. Budget tu simpan la sket2.
Ucapkan selamat tinggal kepada album gambar fesyen lama. Cetak pulak saiz 4R, kalau saiz besar caj mahal lak tu. Tak boleh letak caption ataupun wording. Sticky album plak lebih berat nak bawak. Lepas ni nak try tempah desk calendar la plak. 2011 semakin menghampiri ni. Nak buat macam kalendar hadiah untuk tetamu masa majlis kahwin kitorg dulu. Hehehehe... Kali ni letak gambar anak2 sekali.
Kalendar meja 2009 : Front view : Wedding gift untuk tetamu.
Back view : koleksi gambar2 kenangan.
No comments:
Post a Comment