Tuesday, September 21, 2010

DULU BER2 KINI BER4.. RAYA, RAYA, RAYA!!!!

Aidilfitri 2010 kami sambut di rumah bapa saudara isteri di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Pagi Rabu 8 Sept 2010 kami bertolak dari KL dengan muatan fully loaded bukan hanya di bonet, malahan tempat letak kaki seat depan dan belakang. Boleh kata memaksimumkan penggunaan ruang yang ada. Keluar rumah dalam pukul 7.45 pagi tapi terpaksa patah balik sebab lupa nak buang sampah, alamat berbau busuk dan berulat le nanti tu. So terpaksa la buat u-turn dan settle hal sampah dulu. Dalam pukul 8.00 pagi perjalanan terus ke klinik untuk amik ubat anak sebab batuk dan berkahak. Dalam pukul 9 pagi perjalanan bermula dari klinik Taman Melawati menuju ke Bota. Perjalanan lancar walaupun di setiap hentian tu nampak banyak kenderaan berhenti. Kami pun rehat sejenak di Hentian Tanjung Malim. Bagi anak2 makan dan tukar pampers.

Nak gerak semula, Imtinan dah lalok lepas kenyang makan dan minum susu.

Iftinan bersama little dumbellnye.


Imtinan yang manja ngan mummy.

Perjalanan balik kampung aku paling selesa ikut highway PLUS. Alhamdulillah, dalam pukul 1 tgh aku sampai ke destinasi. Nak kata letih tu tak le sangat, sebab naik kereta baru kan... heheheheh auto transmission lagi....enjin upgrade dari 1.3cc ke 1.6cc tak terasa tekan pedal minyak... tau2 dah cecah 120km/j. Harap2 xdelah speedtrap.Abah, mak dan Iwan dah sampai kg semalam lagi. Anyah n Abg Azmir akan menyusul kemudian. Tapi, Along n famili akan beraya di Klang dulu.

Posing dulu sebelum pegi solat sunat hari raya.

Tema tahun ni: kuning.....

Nampak kereta baru kat belakang tu? Hehehehe... berkilat walaupon tak sempat gi carwash.

Mummy bersama puteri kesayangannya... Siti Nur Iftinan Az Zahrah. Siap berbaju kurung dan tudung karektor Pooh lagi tu....

Putera sorang ni masih lagi bergolek2 selepas disiapkan dengan sepersalinan raya.

Purple pulak... ni masa raya di Sg Besar, singgah umah sedara on the way balik dari Perak. Imtinan tu suka besarkan mata ke mmg mata dia besar?

Last year di lokasi yg sama, kami bergambar hanya ber2. Yang putra putri 2 nan masih dalam kandungan lagi. Tahun depan mesti dah pandai berjalan diaorg ni.

Mummy yang setia menenangkan perasaan Imtinan yang selalu kecoh. Bila dipegang, didukung camtu...suka la dia.... tapi serius lak tgk kat camera.

Si kakak Iftinan yang very camera friendly. Masa ni tengah stop kat traffic light. Daddy halakan hp ke dia and ask her to smile...seolah2 faham arahan daddy, Iftinan terus senyum.

Amboi lenanya hero ni tido.... dah penat jalan2 berhari raya, masuk je kereta, on aircond... terus lelap....

Keletihan berhari raya. Maklumla... tahun pertama beraya. Collection masyuk juge....heheheheh

Daddy dengan pose ala2 kepoyoan tak pandang kamera.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS