Posts

Showing posts from 2014

MOBICOW

INSAN BARU DALAM KELUARGA, SELAMAT DATANG UZAIR...

Image
Tanggal 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 menjadi saksi kehadiran ahli baru keluarga kami. Dengan berat 2.64kg dia muncul kedunia ini pada jam 5:08 petang di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Alhamdulillah si anak dan ibunya sihat. Namun... malangsekali lagi buat si ayah apabila tidak berpeluang menyaksikan saat-saat kelahiran tersebut. Kenapa? Nanti diceritakan lebih details macam posting berkenaan kelahiran kembar 2 Nan dulu. Klik SINI untuk baca saat kelahiran 2 Nan.

Dimasyhurkan kesegenap pelusuk alam dan media, kami menamakan putra kami ini AHMAD UZAIR RAMADHANI.


LEGOLAND TRIP 2012

Lama dah simpan video ni. Baru nak upload ke youtube. Masa ni Water Park Legolad belum ada lagi. Kawasan sekitar pun amatlah panasnya.

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH: PANTAI TIMUR..... Bahagian 2

Image
Ini adalah sambungan daripada entry yang sebelumnya. Klik sini untuk baca bahagian 1.

Rabu, 26 Mac 2014: Kota Bharu - Kuala Terengganu.
Lepas selesai sarapan dan punggah masuk barang yang telah memenuhi sebahagian bonet kereta, kami meneruskan perjalanan pulang. Tetapi takdelah direct ke Kuantan ataupun KL. Rasa nak repeat lagi kat Pasar Payang. Tu yang book hotel Tanjong Vista kat Kuala Terengganu. Perjalanan balik ni kami ikut tepi laut... pemandangan yang cantik sekali. Akan tetapi... Nan Qaqaq dah termuntah pulak kat dalam kereta. Waktu tu masih lagi di Kelantan... minum air milo kotak katanya.... Nan Abang yang bagi dia kata. Habis satu kereta bau muntah.....

Dalam perjalanan balik tu kami tapau Satar Goreng dan kapok lekor kat Besut. Untuk kudap-kudapan dalam perjalanan. Bila lalu je kat Pantai Penarek tu ternampak pulak kedai jual Sotong Goreng Tepung... apalagi... buat U-turn. Makan sambil menikmati keindahan pantai dan bayu laut yang menyegarkan. Sampai KT terus ke Pasar Pa…

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH: PANTAI TIMUR....KAMI DATANG.

Image
Cuti sekolah cuma satu minggu, tapi kami pun jalan-jalan pun satu minggu. Bermula dari 22 Mac 2014 sehinggalah 30 Mac 2014 baru jejak kaki balik ke rumah.


Sabtu, 22 Mac 2014: KL-Kuantan

Perjalanan dimulakan dari kediaman ke rumah kakak ipar di Teluk Sisek, Kuantan, dah dekat dah ngan pantai Teluk Cempedak. Singgah dan bermalam disini. Sempat la nak bersukan di padang rumah Along yang luas tu.

Ahad, 23 Mac 2014: Kuantan-Kuala Terengganu

Kami sekeluarga memulakan jelajah Pantai Timur menuju ke Kuala Terengganu. Target nak sampai sana, terus singgah Kedai Pasar Payang. Aku ikut laluan tepi pantai la cadangnya. Tapi apasalla lama sangat nak sampai. Abang Azmir, Anyah, Iwan bawak Neem dan Bella sekali ke KT jugak. Diaorang gerak lambat, tapi bole sampai dulu.
 Tapi oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku drive kereta masuk ke negeri Terengganu, maka perjalanan tu ambil masa dekat 5 jam! Siap berhenti-henti dan juga menukar haluan di saat akhir.

 Disini kami check in di Permai Ho…

OMPONG: KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI TELAH TERJADI.

Image
31 DISEMBER 2013 Lokasi: Rumah babysitter. Masa: lebihkurang jam 11 pagi. Naluri keibuan Mummy menguatkan rasa untuk menghubungi anak2 melalui telefon pada sebelah pagi tu. Nan Kakak yang dulu bercakap dengan Mummy. Kemudian baru la Nan Abang cerita yang giginya patahsebab jatuh kat bilik air. Apa?!!! Terkejut Mummy...anak beranak terus emosi dan sayu berbual ditelefon menceritak saat2 kejadian tersebut. Mama Ani, babysitter 2 Nan sejak baby lagi cuba buat penjelasan nak bagi Mummy relaks sikit. Lepas tu sah2 Mummy call Daddy report apa yang dah jadi. Masa balik dari kerja tu, Mummy dah tak sedap hati...hatinya kecewa kerana Nan Abang kehilangan gigi. Selama ni memeang dipuji2 gigi abang cantik, senyum nampak comel. Berderailah air mata Mummy meluahkan perasaan kat Daddy masa on the way nak balik tu. Petang tu hujan. Jalan jem. So lambat sikit kami sampai nak jemput 2 Nan. Rupa-rupanya diaorg dah tunggu dalam kereta. Sampai je umah baby sitter, Daddy keluar nak jemput 2Nan dari dalam…