Posts

Showing posts from 2011

MOBICOW

BERITA BERGAMBAR : WEDDING FAIZAL & YOE

Image
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan pengantin Faizal & Yoe sempena majlis resepsi belah lelaki yang telah berlangsung pada Ahad 4 Disember 2011. Yoe ni kawan kepada wife aku. Sama tempat kerja. Rumah Faizal ni plak dekat dengan rumah mertua aku, kat Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Lokasinya betul2 selepas pintu masuk projek perumahan baru Aman Putri.
   

   

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada Faizal dan Yoe. Semoga kekal bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

GENG KEMBAR BERHARI RAYA 2011

Image
Tarikh: 24-25 Sept 2011
Lokasi: CASA RACHADO, Tanjung Biru, Port Dickson.
Aturcara:
24 Sept 2011
2pm : Ketibaan dan Pendaftaran
4pm : Sesi fotografi dan ramah mesra.
8pm : BBQ Dinner

24 Sept 2011
7am : Sarapan
8am : Mesyuarat AJK
9am : Sukaneka
12pm : Bersurai

Seramai lebih daripada 35 keluarga pasangan kembar termasuk kembar tiga telah berkumpul dan beramah mesra di Casa Rachado Beach Resort. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh berada disana. Bermacam ragam dan kerenah anak2 kembar dapat disaksikan. 2 Nan turut hadir sebagai satu-satunya pasangan kembar boy n girl yang ada. Suasana sungguh meriah dan kecoh mulai daripada sesi pendaftaran. Bilamana kaum ibu mula berjumpa setelah sibuk kenal di facebook, inilah masa bersua muka dan berkenal2an.
Nak citer banyak pun macam malasa nak tulis. Tengok gambar je la ye......         
       

PASAL RAYA

Image
Dah lepas 2 minggu raya baru aku sempat nak update blog ni. Sibuk dengan beraya dan bila masuk ofis, banyak kerje pending sebab terlalu relaks masa bulan puasa aritu.

Jadi aku story sket2 je la pasal raya tahun ni. Alhamdulillah persiapan awal sebelum Ramadhan lagi dah kami buat. Baju2 untuk anak2 settle dah. Cuma baju daddy and mummy je. Aku start cuti raya dari 27 Ogos sehinggalah 4 Sept 2011. On 27 tu sempat lagi shopping last minute sebelumnak balik kampung aku esoknya. Tahun ni giliran beraya di kampung aku, kat Sijangkang. Pagi raya kedua baru berangkat ke Titi Gantung, Bota Kiri, kampung famili belah my wife. 3 Sept barula balik ke KL ikut jalan lama sebab nak singgah rumah sedara mara kat Sg. Besar, Sekinchan dan Tanjung Karang. Kita layan gambo la dulu... malas lak nak tulis.



Gambar lain nnt la aku upload.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

Image
Ramadhan datang lagi.... Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberi lagi peluang menikmati nikmat ramadhan. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebaikan. Segala ibadah akan dilipatganda pahalanya, bagaikan bonus tahunan....betapa pemurahnya Allah Taala. Kepada semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa. Kepada mereka yang baru nak mula berpuasa, semoga berjaya dan cekalkan hati... (khusus untuk adik2 kita... bukan yang dah dewasa)
Tahun ini, selama aku hidup la rasanya.... pengumuman puasa telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru iaitu, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah. So feel tu ada sikit berbeza la sebab yang lama tu dah sinonim sangat dengan pengumuman puasa dan raya sejak dari aku kecil lagi.
Tahun ini, aku berpuasa buat kali kedua sebagai seorang ayah. Anak-anak dah pandai makan macam2 cuma harap2 tak mengganggu sangat la konsentrasi untuk bersahur dan berbuka…

Malaysia XI vs Arsenal FC : Arsenal Asia Tour 2011

Image
Pasukan bolasepak Arsenal telah menjejakkan kaki di bumi Malaysia pada 11 Julai 2011 lepas dan akan menentang pasukan Malaysia pada mlm ini jam 8.45 mlm. Kali terakhir Arsenal datang ke Malaysia ialah pada tahun 1999. Waktu tu aku masih belajar kat universiti dan belum ada sumber kewangan untuk membeli tiket menonton di stadium. Masa tu pun aku belum ada lagi pasukan bolasepak yang betul2 aku sokong atau minat. Macamana boleh jadi penyokong Arsenal? Sejak bila? Kenapa Arsenal? Kenapa bukan Man United ke Liverpool ke Chelsea ke?
Selama ini aku just ikuti Premier League biasa2 je. Kalau aku suka ngan jersi yang lawa, aku beli. Order ngan kawan2 beli kat Kelantan. Aku pernah ada jersi kelab Man U masa zaman vodafone jd sponsor, Barca dan jersi Belanda (sejak aku sokong beriya tak pernah lagi jadi juara pun, Euro ke World Cup ke...). Sejak wife akau belikan 1 jersi away Arsenal warna kuning tu, secara rasmi aku jadi penyokong Arsenal. Tapi bukan hardcore pun. Kelab2 lain aku tgk jgk game …

MENONTON WAYANG LAGI: TF3 IN 3D

Image
Hebat! Seronok! Superb! Itu yang boleh aku ungkapkan apabila keluar dari panggung menonton filem yang ketiga dalam trilogi Transformers, Dark Of The Moon. Aku sebenarnya nak ambil cuti untuk buat persediaan peperiksaan, tapi hati membuak2 nak layan wayang. Aku tak boleh miss citer ni, kene gak tengok kat wayang. Kesian to my wife.... tak dapat bawak dia pegi nonton sekali. 2 filem Transformers yang sebelum ni kami layan kat panggung jugak. Kali ni aku layan filem sorang2, tengok yg versi 3D lak tu. Harga tiket pun mahal dari yang biasa. Saje nak try apa bestnye filem 3D ni.....
Awal2 beberapa minit tengok iklan filem lain yang 3D.. wahhh!!! gile menarik efek 3D ni... gambar berlapis2, terkeluar2 dari skrin. Tapi bila dah masuk 1 jam layan... mata aku mula pedih. Nak ditanggalkan spek 3D, gambar jadi kabur pulak. Nak tak nak aku tahan sampai filem abis... 2 jam 30 minit beb! Tapi pada pendapat aku, filem 3D paling best dan berkesan kalau yang banyak guna CGI atau digital... macam Avatar…

34 TAHUN YANG LALU.... AKU SAMPAI, AKU LAHIR.

Image
Petang Jumaat 17 Jun 1977, genap 34 tahun yang lalu..... aku lahir ke dunia ini kira-kira jam 6.30 petang di Kg Sungai Serdang, kapar, Klang. Itu adalah kediaman atuk dan nenek belah mak aku. Menceritakan saat2 kelahiran seperti mana yang pernah diceritakan oleh arwah nenek aku.... katanya aku seperti beriya2 tak sabar nak keluar sehinggakan nenek aku yang menjadi bidan menyambut aku agak gelabah sikit. Hinggakan baru je lahir kepala aku dah terhantuk kedinding, "gejedot" kata istilah jawa. Tapi syukur kepala aku tak teleng. Terima kasih kepada mak aku yang mengandungkan aku dan melahirkan aku.     Masa berlalu, hari berganti, dah 34 tahun rupanya aku berada di bumi Allah. Dari seorang bayi yang tak tahu apa-apa, menjadi kanak2, seterusnya menjadi remaja di sekolah lelaki berasrama. Masuk universiti belajar menjadi dewasa, masuk alam pekerjaan, bercinta, bertunang, berkahwin. Tahun 2010 menjadi bapa kepada sepasang kembar. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dibe…