Friday, June 17, 2011

34 TAHUN YANG LALU.... AKU SAMPAI, AKU LAHIR.


Petang Jumaat 17 Jun 1977, genap 34 tahun yang lalu..... aku lahir ke dunia ini kira-kira jam 6.30 petang di Kg Sungai Serdang, kapar, Klang. Itu adalah kediaman atuk dan nenek belah mak aku. Menceritakan saat2 kelahiran seperti mana yang pernah diceritakan oleh arwah nenek aku.... katanya aku seperti beriya2 tak sabar nak keluar sehinggakan nenek aku yang menjadi bidan menyambut aku agak gelabah sikit. Hinggakan baru je lahir kepala aku dah terhantuk kedinding, "gejedot" kata istilah jawa. Tapi syukur kepala aku tak teleng. Terima kasih kepada mak aku yang mengandungkan aku dan melahirkan aku.
Di rumah ini aku dilahirkan.

Rindu suasana kampung la....

Kenangan bersama arwah nenek yang menyambut kelahiran aku dulu.

Arwah abah. Aku tak pernah mengucapkan Selamat Hari Bapa kepadanya.

Masa berlalu, hari berganti, dah 34 tahun rupanya aku berada di bumi Allah. Dari seorang bayi yang tak tahu apa-apa, menjadi kanak2, seterusnya menjadi remaja di sekolah lelaki berasrama. Masuk universiti belajar menjadi dewasa, masuk alam pekerjaan, bercinta, bertunang, berkahwin. Tahun 2010 menjadi bapa kepada sepasang kembar. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan segala nikmat kehidupan dan kesihatan selama berada di bumi Allah ini.

Aku darjah 6
 
Aku Form 3

Aku Form 5

Alamak rasa tangkap syahdu plak. Hehehhe... Umur dah makin lanjut (istilah kawan aku, Zulkhairi Supaat, masa buat ucapan sempena wedding aku dulu, recorded tau!) makin meningkat umur, makin singkat baki nyawa kita. Fikir-fikirkan....
Apa yang istimewa sambutan tahun ni ye? Last year was the first time celebrate as a dad. Tahun ni, anak2 dah pandai berinteraksi dan komunikasi walau pun apa ntah yang di bebelkan. Dah boleh diajak main sama2, gelak2.. itu yang seronok. Jadi, yang istimewa adalah meluangkan masa bersama keluarga, bersama isteri dan anak2. Esok we are off to Port Dickson, stay 1 nite at Tiara Beach Resort. Saje nak bagi anak2 main air mandi kolam. Harap2 cuaca ok, tak hujan dan x panas sangat.
Satu lagi, gajet yang aku dah lama idamkan akhirnya telah berjaya dimiliki. Aku dan wife dah lama teringinkan benda ni. Sejak tengok krew2 yang sporting masa wedding kitorang, macam best je.... agak2 korang tau ke apekebendenye? Ha... ini la yang aku maksudkan... DSLR Camera NIKON D5100.


Depan

Sisi


Atas

Bawah

Belakang

Set yang sebenar.

Close up sket.

 Untuk beginner macam aku ni, cukupla model yang ni. Terkial2 nak study all the function yang ada. Anak2 pun happy je, elok je senyum bila dihalakan kamera ke arah diaorang. Pandai posing lak tu.

Amacam pose ni? (Taken by SE G705 bukan DSLR)



1 comment:

  1. semangat gile nak kuar sampai gejedut.. agak2 benjol tak? =D

    ReplyDelete

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS