Friday, March 4, 2011

PIMP MY RIDE : SPOILER TRD V3 ON MY PERSONA ELEGANCE

Apa lagi sebenarnya yang boleh di tambah aksesori pada kereta Proton Persona Elegance? Model yang aku beli dah siap ngan skirting keliling. Sport rims pun rasanya dah lawa, tak payah kuar duit nak tukar. Kalau aku tengok model BLM tu, macam2 dah boleh jadi bila di upgrade atau modified. Mungkin oleh kerana Persona ni lebih kepada famili car or excecutive car, tu yang tak banyak nak di modified. Yang asal pun dah kira ok. BLM pulak kebanyakan ownernye orang muda, orang bujang, jadi tahap kegilaan me'modified' tu lebih ekstrem.

Mulanya aku ada nampak Persona yang dah dipasang spoiler TRD V3 (untuk Vios), nampak smart plak. Tapi dipasang pada Persona basic yang memang tak ada spoiler langsung kat bonet belakang. Ada tengok kat internet, sorang owner ni pasang pada keta yang sma kaler mcm keta aku. Terus aku berkenan. Tak lama lepas tu ada pulak sebiji kereta hitam kat perumahan aku ni, pun dah pasang spoiler tu tanpa buang yang asal.
Rujukan aku berkenaan pasang spoiler TRD tanpa buang yang asal.

Pada 19 Feb 2011, on the way balik Klang aku singgah kat Seksyen 24 Shah Alam. Ada 1 kedai aksesori, Layang Auto. Aku pegi la tanya berapa kos kalau siap pasang. Salesperson tu caj RM250 siap cat dan pasang. Yang ni jenis ada lampu brek, jadi nak pasang  kene buat wiring sket sambung ke lampu brek. Ni dah kira lampu brek ke 4!

Installation in progress.

After 1 week, kedai telefon aku kata spoiler dah siap. So apa lagi... time to get pimp my car. Adala dalam sejam nak pasang. Itu ambil kira masa menunggu budak tu siapkan kereta orang lain lagi. Nak sambung wayar bagi lampu brek tu berfungsi tu pun ambil masa jugak. Tapi diaorang ni dah biasa buat, kira cekap la. Lepas buat payment, aku terus dive back ke Taman Melati, nak gi gunting rambut. Kenapa dari Shah Alam aku perlu ke Taman Melati semata2 nak gunting rambut? Sebab barber tu dah biasa gunting rambut aku. Dah tau dah gaya mana yang aku nak. Rasanya sejak aku menyewa kat Taman Melati dalam tahun 2003 aku dah jadi customer kat situ.

Dalam perjalanan ke Taman Melati tu, mata asyik perati je kat cermin pandang belakang. Biasala barang baru, rasa thrill sket..... heheheheh....

Pandangan dari cermin pandang belakang.
 So inilah rupa kereta aku setelah pasang spoiler tu. Amacam...cun tak? Wife aku kata macam kereta nak terbang je. Dia tanya aku apasal macam nampak berkepak sangat? Design tu mmg la macam tu. Boleh buat sidai baju kalau keadaan terdesak.

My car officially pimped.

2 comments:

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS