Monday, February 28, 2011

BIRTHDAY PARTY IFTINAN & IMTINAN

Perkara: Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama
Lokasi: Mc Donalds (Berdekatan Bulatan Pahang)
Tema: Tweety & Sylvester (Yellow & Black)
Masa: 11:30 am - 1:30 pm
Menu:
Adult: McValue Meal Medium McChicken (with fries and drinks)
Kids: Happy Meals Chicken Burger with Toys
Additional: Spicy Fried Chicken & Porridge (limited order)


Birthday Girl & Boy: Dah setahun dah diaorang ni....

 Birthday Party untuk 2 Nan telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran saudara terdekat dan kawan2 my wife. Kawan2 aku tak dapat join sebab ada urusan yang tak dapat nak dielakkan. Anyway, dengan kehadiran keseluruhan dalam 30 orang dewasa dan 20 orang kanak-kanak, aku rasa dah cukup meriah. Belum pernah dalam hidup aku dan isteri aku untuk menyambut birthday macam ni. Tu la sebabnya mak bapak lak yang lebih over dalam party tu. Anak2 baru setahun, apa la yang diaorg tahu. Heheheheheh....


Apa pandang2?

Iftinan ni memang kepochi... sibuk nak ambik tahu hal sekeliling.

Invitation Card with Jungle Party Theme

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dari urusan peringkat awal, nak booking tempat, jemputan, kek, aksesori dan juga goodie bags. Dari segi kos pulak, memang menepati budget awal. Menu tu dapat harga spesel McD during lunch hour, murah sket. Sepanjang berurusan dengan person incharge, Cik Intan, semuanya ok. Rupa2nya Cik Intan ni tinggal kat blok sebelah je ngan rumah kami.

Sekeluarga meraikan bersama.

Simple game untuk kanak2 dan orang dewasa.

 Sekarang ni semua outlet McD dah renovate ikut design yang baru, yang ada kaler2 hitam. So layout kat bahagian atas tempat nak buat party tu pun dah berubah. Tak terlalu open dan ada banyak partition. Maybe sesuai untuk cater event yang kecil2 kot. Masalah utama adalah tangga yang agak tinggi untuk sampai ke 2nd floor. Untuk yang sakit kaki ke, guna tongkat atau wheelchair, agak mencabar la untuk sampai. Thanks to my mum in law and Anyah's mum in law yang sanggup 'mendaki' tangga demi menjayakan majlis tu.


Hero Malaya. Yang pakai jersey tu je bujang lagi.

Mummy's Bestfriends

Putera Puteri Mummy yang dikasihi.

Siap sedia untuk nyanyi dan potong kek.

Thanks a million kepada yang sudi datang meraikan majlis.

Yang tengah tu ada tak gaya Kato, sidekick The Green Hornet?
Mummy, Bonda & Umi of the Birthday Girl & Boy.

Couple mana paling romantis?

Members of GBM (Geng Berani Mati).... tahan maki.

Makan aiskrim kek kene muka garang macam ni ke?

 Untuk sambutan kali pertama ni, goodie bags kami buat sendiri. Selain daripada toys yang memang ada dalam set Happy meals dan jugak party pack dari McD, ada la jugak something dari kami sebagai kenang-kenangan. Isi kandungan goodie bags tu kami cari sendiri, cuma beg dan ape ke bende namanya yang distapler as a cover or topping tu... kami tempah. Personalize dengan few pics and theme colors. Tema yang dipilih adalah Tweety dan Sylvester, itu yang jadi Kuning dan Hitam.
Party Theme Packs: Rugi sapa tak dapat ni.....

Close up sket, ada yang berhajat nak order/tempah dari kami? Hehehehe....

Kek Utama

Kek aiskrim perisa vanilla yang sangat sedap, nyum nyum!

Ni nak senaraikan credits untuk mereka yang menjayakan majlis. Thanks to Ijan yang sponsor kek aiskrim yang very2 the sedap!!! Rasa vanilla... ada aiskrim lagi.... Thanks to para photographers yang beraksi mcm paparazzi: Abg Azmir dengan Nikon D7000 barunye, Yuazwan dari LBG (Lagenda Budak Gile), Dhiya opismate Mummy dan beberapa orang lagi pemilik kamera peribadi. Thanks a lot sebab mengabadikan kenangan majlis tu.

Semoga Iftinan dan Imtinan terus membesar dengan sihat, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta beriman. Tahun depan kita sambut lagi... dah mula pikir nak cari tema apa pulak lepas ni. Hehehehe.... 

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS