Thursday, February 10, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA ANAK-ANAKKU...

Anugerah Terindah Mummy & Daddy
Hari ini, 9 Februari 2011 merupakan ulangtahun yang pertama kelahiran pasangan kembar anak-anakku. Masa berlalu begitu pantas, anak-anak pun dah semakin membesar. Teringat lagi sewaktu mereka lahir berat masing2 cuma 1.7kg dan 2.01kg, Iftinan dan Imtinan. Nak pegang pun tak yakin... tapi aku boleh mandikan diaorang dengan hanya pegangkat tapak tangan je. Sekarang ni, bukan main lagi diaorang.... dah pandai gerak kedepan, pusing2.. macam gerak askar: side roll and forward crawl. Yang macam kuak dada pun ada. Baju dah jadi macam mop. Kalau baju putih tu.... aduyai.... dah segenap sudut rumah diredahnye...bawah meja, bawah kerusi, kedapur pun kadang lepas jugak.



Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah yang memberi anugerah ini. Dan jugak diberi kekuatan dan kesabaran menjaga dan membesarkan anak2. Dalam keseronokan dan kegembiraan melayan kerenah 2 Nan ni, terpikul satu tanggungjawab sebagai bapa untuk memastikan mereka membesar dengan sebaiknya. MOga Daddy terus tabah dan sabar serta seronok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Tahniah jugak untuk isteri tercinta yang dengan jayanya masih mengekalkan penyusuan susu ibu kepada 2 Nan tanpa bergantung kepada susu formula. Sekarang dah makin mencabar sebab mereka dah ada gigi, pandai menggigit! Keep it up, Mummy. Breastfeed is the best milk.


Naughty le dia tu......

Hensem kalau dia senyum... nampak gigi 6 batang.

Daddy doakan korang membesar dengan baik, sihat dan bijak. Jangan buat perangai mengada-ngada. Nan Abang jangan la manja sangat.... awak tu lelaki... be tough. Nan Kakak pulak, good to be active, but please behave, mummy and daddy tak suka kalau terlalu "terengkak-engkak" (istilah dari mummy). So wait for the  celebration guys. Kita enjoy!!!!!!

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS