Monday, December 21, 2009

HUJUNG MINGGU YANG MELETIHKAN

MA'AL HIJRAH 1431 : ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Salam Ma'al Hijrah 1431 buat semua Muslimin dan Muslimat. Tanggal itu jugalah menandakan genapnya 1 tahun hijrah majlis perkahwinan yang telah dilangsungkan di kampungku, Sijangkang. Kalau ikutkan kalendar Masihi, kene tunggu 27, 28 dan 29 Disember nanti. Maklumlah, sambutan kenduri kahwin 3 hari 3 malam. Heheheheh....


Cuti umum seluruh Malaysia sempena Awal Muharram aku duk rumah je. Pukul 2 .30 ptg barulah keluar ke KL. Arah dituju adalah SOGO KL. Jalan masuk KL agak sesak waktu petang tu. Tapi, alhamdulillah.... dapat jgk parking kat SOGO. Dah plan nak shopping byk, boleh dapat diskaun parking charge. Sampai2 je terus ke bahagian pakaian bayi dan kanak2. Pilih tu, pilih ni, pegang itu, pegang ini. Dalam tak sedar bila masa bayor baru tahu cecah ratus2 gak baju2 bayi ni. Ni le betul2 punye shopping. Ada sale, up to 70% diskaun. Ok la kan?

Friday, December 11, 2009

SUATU PAGI YANG INDAH

Suatu pagi bila kuar rumah nak pegi kerja, isteri aku tiba2 ternampak satu pemandangan yang menarik ketika matahari baru mula nak memunculkan cahayanya. Langsung terus aku ambil gambar guna henfon je...SE G750. Inilah dia apa yang aku maksudkan....



Subhanallah... cantikkan gabungan warna langit dan awan yang kelihatan disebalik 2 buah bangunan yang masih dalam pembinaan tu lagi. Ni yang buat aku ngan isteri tambah beriya2 nak sambar sebijik kamera DSLR. Heehhe... bila nak dapat ek?



Yang ni pulak, bunga orkid harimau yang sedang kembang di laman rumah mak kat kampung. Raya tahun lepas pun macam ni jugak. Sampaikan my auntie berkenan, terus masuk bonet kereta bawak balik. Mak aku bagi macam tu je.... Kalau ngan orang lain mau cecah RM300-400 sepokok.

Yang ni pokok bunga siantan. Nama saintifik dia Ixora ntahapalagintah. Nama bunga yang dikaitkan dengan penamaan kereta MPV Proton, Exora. Aku panggil bunga jarum je. Kebetulan tengah berbunga banyak, aku ambik je gambar. Nampak tak kat belakang tu pasu bunga orkid harimau? Pokok orkid tu sebenarnya lagi tinggi dari aku.

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDIL ADHA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha ditujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Tahun ini merupakan sambutan Aidil Adha yang pertama bagi aku sebagai seorang suami. Dan yang lebih menggembirakan lagi apabila isteri tercinta kini sudah masuk 22 minggu mengandungkan pasangan kembar anak kami. Sempat la shopping jubah raya untuk isteri kerana dah tak muat dah nak pakai baju kurung. Nasib baik jumpa kat Sogo KL.

Lepas solat raya kami makan ramai2.... mmm... kenyang... Then sambung lak ngan acara berposing. Acara wajib. Perasan la konon wat posing time penyingkiran Sehati Berdansa. Tasneem dan Salsabyla pun sibuk nak interframe jugak. Yang lelaki cuma aku ngan abah je pakai baju melayu siap bersampin. Yang lain berjubah.



Tasneem dengan gaya Ustaz Rock....

Raya AidilAdha jatuh hari Jumaat. Lepas solat Jumaat aku layan tido.... dah le cuaca panas. Sedar2 dah pukul 3 petang. Sempat la jugak nak balik kg, jumpa mak2 sedara aku yang dah lama tak jumpa. Merasa le aku makan rendang kerang, lontong, ketupat dan jugak sup gearbox. Pergh.... siap ngan perut dan kaki lembu.... Makan/hirup sup panas2 dengan bubuh sikit sambal kicap. Memang nikmat.


Esoknya pulak buat BBQ. 2 ekor daging ayam aku dah perap malam tadi. Separuh marinate ala ayam madu, separuh lagi marinate BBQ. Tapi dugaan sungguh nak buat bara. Tak jadi saje... angin punya la kuat sampai terpadam api. So, tak sempat nak jadi bara, dah padam. Pegi cari minyak tanah kat kedai pun takde. At last aku guna tiub getah tayar motor. Mintak kat kedai motor sebelah kedai runcit yang takde jual minyak tanah.

Nasib baik kali ni bukan aku buat sorang. Bila agak2 tak sempat nak siap bakar masa lunch, aku terpaksa gunakan plan B. Ayam madu aku masak guna dapur elektrik convection mak mertua aku punye. Confirm dalam 40 minit siap!! Cuma daging je biarkan di bakar atas arang. Tapi bila dah masak.... Ya Allah... liat yang amat. Sesuai untuk senaman rahang.






Thursday, November 12, 2009

NEEM & BELLA TURUN KL


Jumaat lepas lebih kurang jam 1 pagi kot, akak ipar aku sefamili sampai dari Kuantan. Semua org dah lena tido lama sangat menunggu kehadiran 2 orang budak comel, Tasneem dan Salsabyla. Wife aku punya la excited, rindu sangat le tu. Nak tengok perkembangan si Bella yang baru pandai jalan masa raya Aidilfitri lepas.

NURTASNEEM FIRDHAUS yang cute...
NURSALSABYLA FIRDHAUS yang comel... ni masa raya ni...berkebaya tu...


Siang hari Sabtu, Neem nak ikut aku ngan wife pegi jalan2 cari baju pregnant. Neem ni dah biasa ikut kami, "mummy & daddy". Kami sempat pegi ke Carrefour dan Jusco Wangsa Maju. Singgah kejap kat Wangsa Walk, tapi x best. Dalam pukul 6 ptg sampai kat Desa Coalfields. Neem pun sampai tertido kat belakang. Jalan jem sebab hujan lebat.
Peace no war... mesej keamanan sambil menghirup Ribena yang enak.
Neem bersama Mummy yang jelita walaupun sedang pregnant.
Bella yang kuat makan. Tengok kakak kat belakang tu... interframe saje...
Gaya seorang diva cekak pinggang sambil mengusap rambut. Iklan syampu ni....
"Kepada peminat diluar sana, undilah saya... "
Tadi iklan syampu, ni iklan pencuci muka pulak...
Tengok la hasilnye.... wajah akan maintain cute selepas menggunakan pencuci muka yang saya gunakan.
Ustazah Tasneem dengan gaya ala kangaroo.....
"Ustazah nak ajar subjek Iqra' hari ini. Comel tak saya? Macam bunga sedang kembang kan?"
Itulah dia kerenah Tasneem dan Bella. Si kakak ni dah biasa dengan kamera, kalau suruh posing tu xde masalah punye la. Cakap pun dah macam orang dewasa, keletah kemain. Lagi satu, ni dah pandai borak kat telefon dia ni. Tu yang mummy Raudhah selalu call tu. TAHNIAH juga untuk Tasneem sebab result exam baru2 ni dia ranking no 6. Peningkatan mendadak compare ngan last year. Dah pandai mengeja dia ni. Sapa sangka Neem boleh score 96% untuk subjek Bahasa Arab?
Untuk Bella si adik plak, bila la nak pandai cakap ni? Manja bukan main. Dah pandai jalan tapi kadang2 off balance. Mana taknye, sambil jalan pejam mata sebab happy giler... tu yang langgar dinding dik oi.... Sensitif n cepat merajuk lak tu. Hish!!! Bella...Bella. Peminat setia Upin dan Ipin.
Stay kat KL untuk 4 malam pun rasa macam sekejap je. Selasa lepas dah bertolak balik ke Kuantan dalam kul 10 mlm gitu. Bila la nak jumpa korang lagi? Raya haji kot....

Tuesday, November 3, 2009

SATU LAGI SAAT-SAAT INDAH TERCIPTA



Detik hari ini, isteriku tercinta sudah mula memasuki tempoh 19 minggu mengandungkan pasangan kembar bakal zuriat kami. Rasanya macam masih baru lagi mengenangkan tarikh pernikahan kami pada tanggal 27 Disember 2008 yang lalu. Kini, bakal pewaris kami sudah pun berusia 19 minggu.


Masih ingat lagi saat-saat doktor mengesahkan bahawa isteri saya hamil. Macam tak percaya.... berkali2 meminta kepastian daripada doktor. Alhamdulillah... penantian selama hampir 6 bulan akhirnya telah terjawab. Okla tu... sempat pegi honeymoon 2-3 kali. Ke Langkawi, Sabah dan Kelantan. Hehehehe....


Walaupun isteriku mengalami morning sickness yang agak teruk, namun ketabahan dan daya tahan beliau sangat aku kagumi. Mana taknye, sentiasa standby beg plastik dalam beg tangan dan dalam kereta. 3 bulan nak hadapi morning sickness tu.... dugaan... tapi itulah yang akan tingkatkan lagi kasihsayang terhadap anak-anak kita. Bila dikenang susah payah, perit jerih mengandungkan anak-anak tersayang, kan?

Wednesday, October 14, 2009

SESUATU YANG BARU



Lama dah rasanya hati ni berangan-angan nak ada blog sendiri. Tapi, x sempat2 nak buat. Asyik baca orang punye, follow orang punye. Rasanya aku ni ada gak bakat menulis, cuma belum terserlah sampai tahap novel atau wartawan la.



Ni masa aku berumur 12 tahun. Comel tak? Heheheheh....



Masa aku 15 tahun, batch terakhir yang ambil SRP. Lepas tu dikenali sebagai PMR.



Yang ni pulak masa aku form 5. Duduk asrama aku boleh diet....slim je wei masa tu....




Jadi untuk permulaan, aku citer la sket serba sedikit perkara2 berkaitan diri aku ni.

Nama (mcm dalam IC): AMIN ZAHRIN BIN MUHAMMAD ZAM ZAM
DOB: 17 JUN 1977 gemini
Tempat Lahir: Rumah nenek aku, Kg Sg Serdang, Kapar Klang.
Masa Lahir: 6:45 ptg

Pendidikan: Aku mmg tidak berdaftar dgn mana2 sekolah tadika.



  1. Sekolah Kebangsaan Sijangkang (Darjah 1 je...)

  2. Sekolah Rendah Agama Sijangkang


  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang (Darjah 2-6)


  4. Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang


  5. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam

  6. Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Program Ekonomi)


  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. (Bach. In Buss. Admin)

Pengalaman Kerja:


  1. Southern Edible Oil Sdn Bhd : Purchasing Officer


  2. Burger King Malaysia : Procurement Officer


  3. LHDNM : Executive Officer

Minat / Kegemaran:



  1. Muzik : Layan semua jenis lagu. Yang keras, metal, soundtrack, indie, alternative, rock, pop, instrumental, nasyid, hiphop, rap... semua boleh... ikut kesesuaian masa la...

  2. Filem : Aku suka filem aksi dan fiksyen.


  3. Seni : Suatu ketika dulu aku suka melukis dan membuat kerja2 kreatif. Buat greeting cards, posters n bookmarks. Sekarang ni mcm dah bz x sempat nak buat benda2 tu semua. Sekarang ini minat baru yang mula bersemi adalah berkaitan fotografi dan videografi.


  4. Kembara : Aku suka mengembara atau berjalan2 ke tempat2 yang tak pergi sebelum ini. Rasa seronok dapat tengok tempat orang.

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS