Detik hari ini, isteriku tercinta sudah mula memasuki tempoh 19 minggu mengandungkan pasangan kembar bakal zuriat kami. Rasanya macam masih baru lagi mengenangkan tarikh pernikahan kami pada tanggal 27 Disember 2008 yang lalu. Kini, bakal pewaris kami sudah pun berusia 19 minggu.
Masih ingat lagi saat-saat doktor mengesahkan bahawa isteri saya hamil. Macam tak percaya.... berkali2 meminta kepastian daripada doktor. Alhamdulillah... penantian selama hampir 6 bulan akhirnya telah terjawab. Okla tu... sempat pegi honeymoon 2-3 kali. Ke Langkawi, Sabah dan Kelantan. Hehehehe....
Walaupun isteriku mengalami morning sickness yang agak teruk, namun ketabahan dan daya tahan beliau sangat aku kagumi. Mana taknye, sentiasa standby beg plastik dalam beg tangan dan dalam kereta. 3 bulan nak hadapi morning sickness tu.... dugaan... tapi itulah yang akan tingkatkan lagi kasihsayang terhadap anak-anak kita. Bila dikenang susah payah, perit jerih mengandungkan anak-anak tersayang, kan?
No comments:
Post a Comment