Pic.1: Front view
Pic.2: Rear view
Pic.3: Folded view
Alhamdulillah syukur..... penantian selama ini telah berakhir dengan ketibaan barang yang paling dinanti-nantikan sejak bulan April lepas.Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk Along di Kuantan atas sumbangan twin stroller ni. Juga terima kasih kepada kawan seperguruan dulu di UIA yang kini berada di Leichester, UK kerana sudi menolong menguruskan urusan pembelian dan penghantaran twin stroller ni. Thanks a lot Mr Mahyudin. Memang stroller ni tak ada jual kat Malaysia. Kami dah survey, twin stroller yang glamer kat sini brand Maclaren cecah harga RM1600 lepas tolak diskaun. Tapi alhamdulillah... kos twin stroller ni lagi murah dan yang penting kami suka dengan design dia... SIS & BRO with pink and blue colors. Cuma tempoh penghantaran la lama.... masuk kontena, naik kapal laut... kira2 6 minggu la jugak.
Beginilah keadaan packagingnya sewaktu sampai kat umah. Suppose to be delivered to our house kat Batu Muda. Tapi kami tak sabar nak tengok, sampai sanggup nak self pick up. Lagipun benda ni disimpan kat Puncak Alam bila dah settle documentation kat Port Klang. So kami mintak hantar je ke rumah di Desa Coalfields, Sg Buloh.
Umai memegang Iftinan yang excited nak tau apa ke bendenye yang besor ni...?
Daddy dengan pisau ditangan ketika hendak memulakan pembedahan.....
Hati-hati Daddy...pisau tu tajam.... jangan kasi calar aarr...
Mummy la orang yang paling happy dengan ketibaan stroller ni.
Ini adalah cosytoes. Kira macam selimut la...material dalam dia mmg lembut. Tapi tak sesuai untuk cuaca di Malaysia, panas.....
Beginilah rupanya setelah Daddy berusaha sampai berpeluh2 memasang stroller ni...
Cuba letakkan 2 orang kembar ni....suka la diaorg dengan kenderaan baru ni... Iftinan nampak steady tapi Imtinan agak serius jer....
Cuba pasang pulak selimut tu... alamak! cuma nampak muka je.... kesian abang....
Ni pulak kalau pasang both cosytoes tu... comel kan? Bila la agaknye kita nak jalan2 ye?....
comelnye.. buleh pinjam??? hehehhe..
ReplyDeletesalam daddy,anak kembar kita sebaya la...u lahir 9 feb kan,i plak 10 feb..so maybe we can share story k..n pasal stroller,until what age really that the can be used?i'm interested ;la..dah tgk kat amazon,murah jgk
ReplyDeletecuma dah beli stroller hr tu,tp x selawa ini..:)kim salam kat ur wife k
salam...wa bestnyer dapat sepasang...comelnye kan..hehe
ReplyDeletesalam..nak tanya stroller ni harganya berapa ye? & nak purchase kat mana
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete