Monday, March 25, 2013

HOTEL D'KOLAM JENGKA 14: Hotel ke Motel?

23 Mac 2013, Sabtu. Oleh kerana myride si Persona Elegant masih tersadai di bengkel, mak berkongsi la kereta ke Jengka 11 untuk memenuhi jemputan kahwin mak sedara belah wife aku. Yang jadi pengantin tu sepupu wife aku la. Majlisnya hari ahad tapi kami datang awal sebab nak relaks2 sikit.
 
Lewat pulak nak booking hotel ke homestay jadinya susah la nak dapat sebab dh fully booked. Ni kan minggu start cuti sekolah, kenduri kawin pun banyak. Atas usaha gigih my wife, akhirnya dapat la 1 tmpt ni.... ngam je tinggal 2 bilik. Apalagi terus la booking. Ingat nak cari yang ada swimming pool, leh bawak 2 nan main air. Tapi tgk kat website/blog dia memang nmpk simple la.
 
 
Tempat dia memang simple and just nice. berhadapan dengan kolam pancing. Memang itula asal namanya. Owner tempat ni sebenarnya tauke construction. Tu sebab design dia mcm tu. Warna tu nak membezakan rate harga. Ada bilik yg ada queen bed, ada yang 2 single bed. Tapi semua bilik ada aircond, tv 14 inci je. Hot shower pun ada. Kira basic la, xde almari, xde iron/ironboard, xde cerek.
 
2 Nan posing depan bilik hotel. Nak g kenduri dah ni....

Saiz bilik just nice untuk 2 org dewasa, tambah sorang ok lagi, kalau berempat memang sesak.

Ada hot shower. Jubin warna warni.
Yang betul2 surprise adalah... waktu kami sampai dalam kul 1 tu....kami nmpak ada swimming pool! 2 nan dah tak sabar nak masuk kolam walaupun waktu tu tengah hari yang amat panas. Lepas solat zohor kmai terus ke rumah pengantin, makan tengahari dulu. On the way balik ke hotel singgah dulu Pasar malam Jengka. Beli seluar pendek untuk 2 nan nak mandi kolam. Beli sekali seluar 3/4 untuk aku, my wife dan Iwan. Memang kitorg tak bwk baju nak mandi kolam sebab x budget ada kolam mandi, kolam ikan pasti la ada. Beli la apa2 yang rasa nak dimakan malam nnt kat pasar malam. Rupa2nya kat sebelah bilik aku tu ada kedai makan, bukak dari jam 6 sampai 2 pagi. Kalau ku tahu takyah nak beli beriya kt pasar malam. Siap pinjam pinggan n sudu dari rumah pengantin.

Deretan hiasan luaran bilik-bilik penginapan.

Cuaca panas... kena pakai spek hitam.

Kolam untuk kanak-kanak.
 

BERSABAR DENGAN DUGAAN ALLAH

Lama sungguh tak post kat blog ni. Sibuk sangatkah aku ni? Tapi kali ni setelah tertangguh lama sangat, nak jugak rasanya post sesuatu. Ini berkenaan kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta kesayangan aku.
 
Tanggal 13 Mac 2013, aku kuar dari opis lambat sebab pagi tadi masuk lambat jugak. So, gantian masa la kiranya. Lepas jemput wife kat opis dia, lalu kat jalan utama 3 lorong dari arah Dengkil ke Puchong sebab nak masuk susur ke highway MEX. Bila nak sampai ke susur masuk ke Cyberjaya, aku nampak kat depan dah banyak kereta, lampu belakang merah2 dah menyala. Lepas je jambatan Sek Sri Puteri, terus jem, kereta aku berhenti di lorong tengah. Depan aku ada Hilux, belah kanan kosong. "Mesti depan ada accident ni...." aku bgtau isteri yang sedang main2 iPad.
"Bang, nanti belikan roti gulung sardin ye kat hentian Seri Kembangan..." pesan isteri aku. Rasanya waktu tu dalam pukul 6.15 petang.
 
Persona Elegant vs Toyota Fortuner: Jatuh eksoz keta aku. Terkepak tayar belakang, absorber bengkok.

BANG!!!!! SKREEEET!!!!! terus aku menjerit, " Apa ni?" Baru aku perasan kereta bergerak sendiri ke depan dan menuju ke sebelah kanan. Aku cuba nak tarik handbrake, tekan brek kaki, tapi kasut crocs aku dah tertanggal. " Ya Allah! Kereta aku!" sekali lagi aku jerit setelah perasan yang kereta aku kene langgar dari belakang. Isteri masih lagi terkejut, dia nampak Hilux yang kat depan aku tadi kene langgar pulak. iPad dia tercampak keluar dari casingnya. Oleh kerana isteri x pakai seatbelt, dia agak terluncur ke depan. Selepas impak tu, kereta aku terus meluncur ke kanan sehingga berhenti sendiri di atas rumput bahu jalan KM 40.7. Aku memang kecewa, sedih, marah, geram... semua ada la. Tanpa matikan enjin aku terus keluar. Ya ALLAH...... teruknya kereta aku kene langgar. Aku tengok kereta yang langgar aku, Toyota Fortuner, remuk bahagian enjin dia. Nampak minyak hitam meleleh dan mengalir atas jalan raya. Waktu tu cuaca dah mendung tapi belum hujan. Jalan masih lagi kering. Pemandu Fortuner belum keluar lagi.
 
Honda Accord, Toyota Hilux, Proton Persona dan Toyota Fortuner: Tayar tu sebenarnya sparetyre Hilux.
 
Penumpang Hilux keluar dan jumpa aku....keningnya berdarah. Terhantuk pemegang tangan sewaktu dia melihat cermin pandang belakang selepas terdengar bunyi hentaman. Masing-masing keluar dari kereta, isteri aku.... pemandu dan penumpang Hilux, dan jugak pemandu Honda Accord di depan Hilux. 4 biji kenderaan terbabit. Akak dari Hilux dah membebel, marah2. Pemandu Fortuner tak keluar2 lagi. Aku pergi kutip spoiler belakang yang tercabut dan tercampak ke belakang lebih kurang dalam jarak 15 meter. Baru la perasan, isteri suruh tutup dulu enjin kereta.
 
Jalan dah makin sesak. Gerimis dah mula turun. Callman datang sorang sorang. Barulah lepas tu pemandu Fortuner tu turun, seorang lelaki bangsa China umur dalam 40an. Muka tanpa ada perasaan bersalah atau menyesal....diam tengok kereta dia sendiri. Lepas tu baru nmpk dia telefon...kawan dia la kot. Aku masih rasa macam x percaya kereta aku jadi macam tu. Wife dah sedih, menangis kenangkan keadaan kereta. Anak2 belum ambil lg ni. Perjalanan jauh lagi nak ke KL.
 
Oh My Ride....
Hujan dah mula turun, kami ambil payung dalam kereta. Callman mula uruskan pasal towing. 3 biji kenderaan kene tarik ke Balai Polis Cyberjaya. Buat report sama2. Lama jugak nak tunggu tow truck sampai sebab jalan dah makin sesak. Aku snap gambar guna handphone dan iPad. Call babysitter, call pak mertua. Bagitau sesapa yang aku rasa perlu....
 
Jam 7 malam sampai kat Balai Polis, buat report. Terpaksa lak tunggu Sarjan Investigation balik dar Abu Bakar Baginda. Sempat aku solat maghrib dulu. Kereta dah sampai balai. Cermin belakang plak pecah retak seribu, sebab terkena bucu bonet. Cina yang langgar tu langsung tak bercakap samaada ngan aku ataupun sesapa .... cuma borak ngan kawan dia je. Aku mintak dia tuliskan nama, no.ic dan no telefon kat buku nota aku, tu je la aku ada interaksi ngan dia. Itu pun mula2 dia refuse to give his ic number.
 
Masa kat balai ni aku dapat rasa betis kiri aku sakit. Isteri dah terasa sakit2 badan, maybe kesan hentakan kot. Kepala aku pun dah berdenyut, sah tekanan darah aku naik ni. Abis selesai urusan kat balai aku mintak callman hantar kami ke klinik. Sah memang darah aku naik mendadak, 160/110. Nasib baik kami x ada cedera yang serius. Mintak ngan doktor untuk cuti sakit 2 hari. Lepas tu beli air ngan roti. Callman hantarkan kami balik ke rumah. Bagi la dia RM30 duit minyak. Sampai rumah jam 10.30 malam. Anak2 kami mintak babysitter jaga, esoknya baru jemput diaorang.
 
Walaubagainmanapun, kami syukur sangat2 sebab x melibatkan anak2. Kami pun x ada alami kecederaan yang teruk. Kereta pun x melibatkan bahagian enjin dan hadapan. Syukur Allah masih beri aku kekuatan dan kesabaran untuk tidak meluahkan kemarahan kepada lelaki Cina yang langgar tu. Lama x kuar jurus Taekwondo belt merah ni... hehehhehe....
 
Aku terima semua ni dengan sabar, InsyaAllah. Semoga ada hikmah disebaliknya. Semua ini dugaan dari Allah....
 
Mau sebulan kereta masuk bengkel ni. Hhuhuhu.....
 
Pengajaran:
  1. 1. Dalam kita berhati-hati, mungkin ada orang lain yang cuai. Janganlah kita menjadi orang yang cuai itu, menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Fikir-fikirkan lah.
  2. Jangan lupa pakai seatbelt.
  3. Berdoalah semoga perjalanan kita sentiasa di pelihara oleh Allah.
  4. Belajar mengaku kesalahan dan berani memohon maaf, berbudi bahasalah sedikit.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS