Tuesday, January 26, 2010

CARI MENANTU 2 : THE REUNION

NZ Curry House, Wangsa Maju, 24 Jan 2010: Alhamdulillah.... setelah berakhirnya musim kedua Cari Menantu 2 terbitan TV9 pada April 2008, inilah kali pertama 4 pasang bekas peserta Top 10 dapat meluangkan masa bertemu semula. Yang pasti, keempat-empat pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sepanjang 2008 dan 2009. Bermula dengan pasangan Addy & Lynn pada 08.08.2008 diikuti pasangan Wan & Mas seminggu berikutnya. Kemudian pada 27 Disember 2008 menyaksikan pasangan Amin & Siti bersatu. Manakala pasangan Izat & Liya pada Mac 2009.


dari kiri: Danish & Dad, Amin Zahrin, Izat dan Wan


dari kiri: Lynn, Liya, Siti Raudhah & Mastirana


Wan ni yang paling lama kitorang tak jumpa. Tengok beriye kan dia sembang?


Mas ni pun sama. Banyak story pending ni.... nak kene update.


Jejaka-jejaka kacak tersenyum sambil menyembunyikan 'pouch bag' or spare tyre masing2. Addy, bila kita nak start masuk gym?


Say cheese...senyum...


Danish Iskandar: gelak sakan bila Liya main ketuk2 meja. Kalau Ahmad Albab suka ketuk pintu. Yang ini Ahmad Maktabah, kalau x silap la. Lama dah x study arab.


Happy Family! Mum and Dad nampak happy tapi anak nangis pulak. Addy aktif dengan aktiviti motivasinya. Lynn pulak dengan blognya, http://harlindahalim.blogspot.com/


Kapel secocok: Izat & Liya


Kapel sejiwa: Wan & Mas

Walaupun gathering tu sekejap je sebab masing2 ada program tapi silaturrahim yang terbina sepanjang perkenalan semenjak menyertai dan menjadi finalis Top 10 Cari Menantu 2 masih kekal sehingga kini. Insyaallah lain kali nak contact balik semua finalis dan nak buat gathering besar sikit. Mas dan Wan, korang jadi penganjur untuk next gathering kat PD lepas wife aku habis pantang.

Kat mana dan apa aktiviti finalis yang lain ek?
Hafiz & Ziha: Sorang mengajar di Penang dan sorang belajar di UIA Gombak. Belum ada cahaya mata lagi.
Rie & Ayu: Menetap di Kuala Terengganu. Seorang cahayamata perempuan.
Alam & Fiza: Takde update terkini. Seorang cahayamata perempuan.
Fendi & Ida: Anak pertama perempuan. Coming soon another one in April 2010
Amar & Ina: Seorang cahayamata perempuan. Menetap di Kampar, Perak.
Rahmat & Akma: Perhubungan jarak jauk. Sebelum ini sorang di Sarawak, sorang di JB. Tapi, bila yg kat Sarawak dapat balik JB, yang JB lak kene ke Selangor. Aduhai.....

Wednesday, January 20, 2010

MY WIFE IS 30 WEEKS PREGNANT - 70 DAYS TO GO

Dipetik daripada website www.babycenter.com.my

Hello, siti raudhah!


Your baby's about 15.7 inches long now, and she weighs almost 3 pounds (like a head of cabbage). A pint and a half of amniotic fluid surrounds her, but that volume will decrease as she gets bigger and takes up more room in your uterus. Her eyesight continues to develop, though it's not very keen; even after she's born, she'll keep her eyes closed for a good part of the day. When she does open them, she'll respond to changes in light but will have 20/400 vision — which means she can only make out objects a few inches from her face. (Normal adult vision is 20/20.)
 
Below is the image as at 32 weeks:

TASNEEM & BELLA AGAIN!!!!

Seronok tengok budak 2 orang ni. Actually gambar ni diambil last Disember 2009 masa diaorang stay kat umah aku. Kebetulan birthday Tasneem pun in Disember. Suka la dia dapat presents dari nenek, Mummy, Daddy, Umai, Walid dan Ayahcu. Masalahnya pulak si kecik Bella pun dengki nak hadiah jugak. Terpaksalah sediakan jugak hadiah untuk dia. Bila la korang nak datang KL lagi? Bella dah pandai cakap sekarang. Tasneem toksah cakap la... bercakap macam orang tua. Hehehehe... petah yang amat. Mummy korang pun dah rindu sangat tu. Tak sabar nak kawankan korang dengan sepupu baru...


Tasneem buat muka geram. Kejang actually... hehehehe


Aku bersama 2 org anak buah yang cute n comel. Tasneem dengan pop up eyes specs.


Ada gaya model tak?


Neem posing with Daddy after gets her birthday gift.


Peace No War! Tengok Bella dengan muka jeles kat belakang tu.

Monday, January 18, 2010

ADNAN SEMPIT : di mana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY



16 Januari 2010: Brem Mall Kepong: Aku and my wife dah pegi tengok movie ni. Boring duk rumah dan setelah letih kemas rumah, kami pergilah melayan filem komedi ni. Not bad la... banyak jgk scene yang aku gelak. Panggung tu agak besar, mengingatkan aku pada panggung REX kat depan Kotaraya dulu. Yang datang tengok pun ramai jugak, dalam 90% fully occupied. Budak2 motor (aku rasa) ramai jgk la. Diaorang ni kecoh sikit. Tu yang kalau ada lawak, bantai gelak sakan. Meriah panggung. Mau kutipan banyak ni... untung David Teoh... untung jugak Ahmad Idham yang mengarahnya. Aku paling suka tengok Angah Raja Lawak. Asal dia nyanyi je mesti ,orang gelak. Untuk filem ni aku bagi rating 3.6/5.

Tuesday, January 5, 2010

BARRA CAFE : House Of Barramundi

Alhamdulillah.... akhirnya dapat jugak aku luangkan masa membawa isteri tercinta pergi dinner sempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang pertama. Lama jugak la nak pilih mana tempat yang sesuai dan selesa, selain makanan yang enak2. Maka, akhirnya keputusan pun dibuat.... BARRA CAFE House Of Barramundi yang terletak di area sebelah Tesco Ampang, belakang Stesyen Petronas, MRR2 highway.

Mula-mula nak jemput si Izad dan Liya Cari Menantu 2, kasi surprise sket kat my wife. But unfortunately, Izad tak sempat nak join, kene stayback kat office. So, kami makan berdua je la. Nasib baik le perjalanan lancar je, takde kesesakan pun. Then, customer pun tak ramai lagi, dalam pukul 8:45 malam kot kami sampai. Lagipun hari Isnin, ramai makan kat rumah agaknya.

Nak tahu apa kami makan? Ni le senarainya.... kami mulakan dengan menjamah fries cicah sos + mayo (biasa aku buat kat umah ni...) Besar2 saiz fries dia.... Air pulak aku order smoothie mango, wife plak order air apa ntah nama dia aku tak ingat. Spesel sket sebab kat bawah gelas tu maintain merah je.... rasa masam2 sket. Untuk menu utama, aku order Chicken D' Orient. Sedap.... ketulan ayam dimasak bersama sayur-sayuran dan kuah spesel yang masam2 manis pedas. Kene ngan selera aku. Mmmm... nyum nyum...
Wife pulak order Chicken Grilled Mushroom. Semenjak pregnant ni selera western tu memang ketara sangat. Heheheh.... anak2 nanti pun ala2 layan western menu pulak. Tapi kesian, tak larat nak habiskan sebab cepat rasa kenyang. Baby dah makin besar kot.

Untuk penutup, kami meratah fried calamari with tartar sauce. Orang kampung kata, sotong goreng tepung!


Besar kan fries ni?


Chicken D' Orient


Chicken Grilled Mushroom


Muka tak tahan nak membaham menu....


Special drinks for us....


Sotong goreng tepung... rangup dan juicy...


Saje je teropong sotong...


Alhamdulillah.... kenyang...

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU : Ahmad Yusri & Aida Azura







Tahniah diucapkan kepada bekas fotografer majlis perkahwinan aku dulu, Ahmad Yusri dan pasangannya Aida Azura. Majlis di belah lelaki telah berlangsung pada 27 Dis 2009 di Bukit Jelutong, Shah Alam. Secara kebetulan, majlis ini adalah genap setahun selepas majlis perkahwinan aku dulu. Yusri ni ada iras-iras macam Yusri KRU, kan? Maka ramaila team fotografer dia, whitesignature, turun padang. Keliling ada cameraman... tapi mana videografer? Takde buat rakaman video ke Yusri? Majlis nampak meriah... dengan pasukan kompang yang mantap, persembahan silat, pelamin yang simple tetapi cantik. Makanan... memang sedap dan ada banyak pilihan. Nasi putih ada... nasi beriani ada... cuma tak sempat nak tunggu rasa kambing panggang. Dengarnya mereka nak honeymoon ke New Zealand. Wah.... bestnye....

Kami ucapkan kepada pasangan mempelai semoga berbahagia selamanya. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Ahmad Yusri & Aida Azura.




KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS