Tuesday, January 5, 2010

BARRA CAFE : House Of Barramundi

Alhamdulillah.... akhirnya dapat jugak aku luangkan masa membawa isteri tercinta pergi dinner sempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang pertama. Lama jugak la nak pilih mana tempat yang sesuai dan selesa, selain makanan yang enak2. Maka, akhirnya keputusan pun dibuat.... BARRA CAFE House Of Barramundi yang terletak di area sebelah Tesco Ampang, belakang Stesyen Petronas, MRR2 highway.

Mula-mula nak jemput si Izad dan Liya Cari Menantu 2, kasi surprise sket kat my wife. But unfortunately, Izad tak sempat nak join, kene stayback kat office. So, kami makan berdua je la. Nasib baik le perjalanan lancar je, takde kesesakan pun. Then, customer pun tak ramai lagi, dalam pukul 8:45 malam kot kami sampai. Lagipun hari Isnin, ramai makan kat rumah agaknya.

Nak tahu apa kami makan? Ni le senarainya.... kami mulakan dengan menjamah fries cicah sos + mayo (biasa aku buat kat umah ni...) Besar2 saiz fries dia.... Air pulak aku order smoothie mango, wife plak order air apa ntah nama dia aku tak ingat. Spesel sket sebab kat bawah gelas tu maintain merah je.... rasa masam2 sket. Untuk menu utama, aku order Chicken D' Orient. Sedap.... ketulan ayam dimasak bersama sayur-sayuran dan kuah spesel yang masam2 manis pedas. Kene ngan selera aku. Mmmm... nyum nyum...
Wife pulak order Chicken Grilled Mushroom. Semenjak pregnant ni selera western tu memang ketara sangat. Heheheh.... anak2 nanti pun ala2 layan western menu pulak. Tapi kesian, tak larat nak habiskan sebab cepat rasa kenyang. Baby dah makin besar kot.

Untuk penutup, kami meratah fried calamari with tartar sauce. Orang kampung kata, sotong goreng tepung!


Besar kan fries ni?


Chicken D' Orient


Chicken Grilled Mushroom


Muka tak tahan nak membaham menu....


Special drinks for us....


Sotong goreng tepung... rangup dan juicy...


Saje je teropong sotong...


Alhamdulillah.... kenyang...

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS