Saturday, January 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU : Ahmad Yusri & Aida Azura







Tahniah diucapkan kepada bekas fotografer majlis perkahwinan aku dulu, Ahmad Yusri dan pasangannya Aida Azura. Majlis di belah lelaki telah berlangsung pada 27 Dis 2009 di Bukit Jelutong, Shah Alam. Secara kebetulan, majlis ini adalah genap setahun selepas majlis perkahwinan aku dulu. Yusri ni ada iras-iras macam Yusri KRU, kan? Maka ramaila team fotografer dia, whitesignature, turun padang. Keliling ada cameraman... tapi mana videografer? Takde buat rakaman video ke Yusri? Majlis nampak meriah... dengan pasukan kompang yang mantap, persembahan silat, pelamin yang simple tetapi cantik. Makanan... memang sedap dan ada banyak pilihan. Nasi putih ada... nasi beriani ada... cuma tak sempat nak tunggu rasa kambing panggang. Dengarnya mereka nak honeymoon ke New Zealand. Wah.... bestnye....

Kami ucapkan kepada pasangan mempelai semoga berbahagia selamanya. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Ahmad Yusri & Aida Azura.




No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS