Friday, November 26, 2010

Majalah Pa&Ma Disember 2010 : Kini di Pasaran!

Akhirnya pada pertengahan November, majalah Pa&Ma keluaran Disember telah berada di pasaran. Yang menariknya, cerita berkenaan kami sekeluarga di masukkan dalam segmen Dunia Kembar. Jadi, bagi sesiapa yang belum beli, cepat2 dapatkan di pasaran sebelum kehabisan stok. Kami kongsikan cerita dan kisah sejak isteri mula hamil sehingga la kehadiran si kembar, Iftinan dan Imtinan.
Mukasurat 82: Segmen Dunia Kembar.

Cerita penuh 2 mukasurat tentang si kembar.
Pihak karangkraf hubungi my wife dalam bulan Sept untuk set appointment and photoshoot. Maklumat tentang kami diaorang dapat masa kami g pameran baby n parenthood kat midvalley. Aku pun ambil cuti rehat untuk sesi tersebut. Ala2 pegi piknik kat taman....


Tapi si kembar ni macam pelik sikit bila kamera DSLR tu dihala ke arah diaorg. Tak pernah nampak kot.... Sebelum kami guna compact digital kamera jer. Tu la sebab most of the pic dalam majalah tu diaorang nampak serius. Tambah2 lagi si abang, Imtinan. Alhamdulillah, sepanjang sesi tu diaorg tak meragam. Just merengek nak menyusu je.
Jadi, kalau nak tau apa yang kitorang kongsi cerita, kene la beli majalah ni. Elok majalah ni, banyak info keibubapaan. Bila beli tu, jangan lupa mintak resit pembelian, boleh claim pelepasan masa declare income tax next year.

Kamera sendiri boleh plak kakak ni senyum lebar. Kalau kamera DSLR tu muka kagum semacam, serius jer.

Imtinan tetap dengan aksi membesarkan matanya. Macam nak gi kolej kan?


Thursday, November 25, 2010

AIDIL ADHA DATANG LAGI: PENGORBANAN SEJATI

Aidil Adha datang lagi.... tapi cuti cuma 1 hari ditengah2 minggu pulak tu. Dah la cuti tahunan makin kurang, agak2 cukup2 je untuk guna sampai hujung tahun ni. Terpaksalah bajet2 sket nak ambik cuti rehat ni. Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan untuk saya dan ahli keluarga sebelah wife untuk buat korban. Acara sembelihan akan berlangsung di Desa Coalfields pada petang Rabu. Sama-samalah menumbangkan dan melapah lembu korban. Bersama2 lah juga menghayati ibadah korban dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Imtinan dalam kolam bola. Tengok muka gabra dia tu... heheheheh

Iftinan yang tumpang fisio sekali lak yg lebih enjoy main.

Imtinan semakin tenggelam....


Sebelum nak bercuti raya, sempat lagi ada 1 sesi fisioterapi untuk 2 Nan. After that, kami terus ke SOGO. Lama weh tak jejak kaki kat sini, ni plak 1st time si kembar ke SOGO. Jalan agak sesak sebab hujan dan time orang balik kerja.

1st time anak2 masuk SOGO.

Sambutan Aidil Adha tahun ini di Desa Coalfields. Lepas solat sunat raya, aku balik umah makan sarapan dulu. Ada nasi impit, rendang daging dan kurma daging. Sambal kacang yang pedas berapi Along sempat masak walaupon malam tadi sampai agak lewat dari Kuantan. Dalam pukul 10 pagi dah pergi ke kawasan sembelihan sebelah surau Al Hidayah, Desa Coalfields. Ada 11 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk disembelih. Tempat tu agak becak sebab malam tadi hujan. Aku sorong stroller bawak anak2 g ke kawasan sembelihan. Tapi tak lama sebab cuaca panas. Dalam 20 minit camtu, aku hantar anak2 balik umah.

Kesian anak2 aku, kepanasan dengan baju rayanye.....

Suasana di tempat kejadian. AJK pakai tshirt merah, camne lembu tak naik angin...

Lembu no 3: Ada bahagian aku dan isteri telah disembelih.

Tok Wan memerhati dari dekat....
Sehingga beberapa ekor lembu disembelih, aku dan ipar serta biras masing2 tak tau nak tolong kat mana. Dah tak bawak pisau/parang. At last, bila dah ada committee yang gantungkan kaki lembu tu, aku pun tolong lah memotong daging tu guna pisau spare yang disediakan. Tapi hampeh tak tajam, sakit tangan aku je. Akhirnya muncul Iwan bawak pisau dari rumah. Sejak pada tu asal ada kaki yang sampai kami pun potong la daging pisahkan dari tulang. Kalau ikutkan semua mesti ada 44 kaki lembu!

Iwan n Zaliza mengerjakan kaki yang ke 38!
 
Bagusnya komuniti warga kariah sini, siap disediakan makanan dan minuman. Siap ada air tebu fresh lagi. Mesin kat situ jugak. Keliling surau ada banyak pokok tebu, so diaorang g perah masuk mesin, dapatla rasa airnya. Dalam kul 12 camtu, aku pun balik umah. Lembu semua dah sembelih, tinggal nak uruskan agihan daging dan tulang2 je. Letih gak la melapah daging ni....
Lepas zohor baru agihan daging korban di buat gunakan kupon yang dah diedarkan lepas solat sunat pagi tadi. Tapi, waktu yang sama hujan turun dengan lebatnya.... aku terperangkap kat surau tak dapat kemana2.

KOLEKSI TOPENG IMTINAN

Nak tau ada berapa banyak topeng dalam koleksi Imtinan? Sila tonton....

POPULAR POSTS