Akhirnya pada pertengahan November, majalah Pa&Ma keluaran Disember telah berada di pasaran. Yang menariknya, cerita berkenaan kami sekeluarga di masukkan dalam segmen Dunia Kembar. Jadi, bagi sesiapa yang belum beli, cepat2 dapatkan di pasaran sebelum kehabisan stok. Kami kongsikan cerita dan kisah sejak isteri mula hamil sehingga la kehadiran si kembar, Iftinan dan Imtinan.
Mukasurat 82: Segmen Dunia Kembar. |
Cerita penuh 2 mukasurat tentang si kembar. |
Pihak karangkraf hubungi my wife dalam bulan Sept untuk set appointment and photoshoot. Maklumat tentang kami diaorang dapat masa kami g pameran baby n parenthood kat midvalley. Aku pun ambil cuti rehat untuk sesi tersebut. Ala2 pegi piknik kat taman....
Tapi si kembar ni macam pelik sikit bila kamera DSLR tu dihala ke arah diaorg. Tak pernah nampak kot.... Sebelum kami guna compact digital kamera jer. Tu la sebab most of the pic dalam majalah tu diaorang nampak serius. Tambah2 lagi si abang, Imtinan. Alhamdulillah, sepanjang sesi tu diaorg tak meragam. Just merengek nak menyusu je.
Jadi, kalau nak tau apa yang kitorang kongsi cerita, kene la beli majalah ni. Elok majalah ni, banyak info keibubapaan. Bila beli tu, jangan lupa mintak resit pembelian, boleh claim pelepasan masa declare income tax next year.
Kamera sendiri boleh plak kakak ni senyum lebar. Kalau kamera DSLR tu muka kagum semacam, serius jer. |
Imtinan tetap dengan aksi membesarkan matanya. Macam nak gi kolej kan? |
No comments:
Post a Comment