Posts

Showing posts from June, 2011

MOBICOW

34 TAHUN YANG LALU.... AKU SAMPAI, AKU LAHIR.

Image
Petang Jumaat 17 Jun 1977, genap 34 tahun yang lalu..... aku lahir ke dunia ini kira-kira jam 6.30 petang di Kg Sungai Serdang, kapar, Klang. Itu adalah kediaman atuk dan nenek belah mak aku. Menceritakan saat2 kelahiran seperti mana yang pernah diceritakan oleh arwah nenek aku.... katanya aku seperti beriya2 tak sabar nak keluar sehinggakan nenek aku yang menjadi bidan menyambut aku agak gelabah sikit. Hinggakan baru je lahir kepala aku dah terhantuk kedinding, "gejedot" kata istilah jawa. Tapi syukur kepala aku tak teleng. Terima kasih kepada mak aku yang mengandungkan aku dan melahirkan aku.     Masa berlalu, hari berganti, dah 34 tahun rupanya aku berada di bumi Allah. Dari seorang bayi yang tak tahu apa-apa, menjadi kanak2, seterusnya menjadi remaja di sekolah lelaki berasrama. Masuk universiti belajar menjadi dewasa, masuk alam pekerjaan, bercinta, bertunang, berkahwin. Tahun 2010 menjadi bapa kepada sepasang kembar. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dibe…

Makan Makan....

Image

Anak-anak aku ni suka benor makan bubur McD dan jugak kentang goreng. Kalau dalam kereta tu, bagi la fries .... satu demi satu dikunyah. Tapi elok jugak sebab diaorang akan tenang sepanjang perjalanan. Daddy boleh memandu dengan relaks, Mummy boleh memerhati keadaan sekeliling sambil layan lagu2 di radio. Entah kenapa pada hari ni, Abang Imtinan begitu selesa pakai kain tutup kepala ala2 snowcap ni. Aku rasa dia cukup comel. Kebetulan rambut baru lepas gunting, xde dah jambul yang menutup dahi tu lagi. Apa komen korang? Ada macam rappers tak?
 Rupa-rupanya bila kami nak balik.... bersepah fries kat lantai si Imtinan taburkan. Mana tak nye.... gigit separuh, campak separuh. kesian la staf McD nak menyapu nanti. Hehehhehe.... Alhamdulillah bubur McD saiz besar diaorang berjaya habiskan. (dengan bantuan Mummy & Daddy yang telan ketulan ayamnya)  Soklan 1 : Bila la nak beli babychair dari IKEA tu...? Biar tertib sikit nak makan, takde la gerak sana sini.

p/s : Aku adalah peminat ira…

KEBETULAN

Image
Last Saturday, aku pergi menonton wayang filem X-Men: First Class di TGV Wangsa Walk. Dah lama giler rasanya tak layan movie. Kali ni aku layan sorang2 je. Show pulak yang paling awal, 10.45 pagi. Anak2 aku dah hantar kat rumah babysitter. Lepas breakfast aku dropby wife kat stesyen LRT sebab dia nak terus ke Sogo, jumpa akak ipar aku. Nak gi shopping yang lebih tepat sekali.
Lepas ambil tiket kat kaunter, aku jalan2 kat dalam Wangsa Walk tu... terjumpa lak member lama tau university. Terjumpa dengan Jai, budak HS X-Smap Kajang. Kenal dia ni sebab dulu kat univ ramai gile budak Smap Kajang masuk UIA. Pulak lagi dia player bola UIA.
Rupa-rupanya dia pun nak tgk wayang jugak. Filem yang sama, masa tayangan yang sama ngan aku. Tapi dia bukan datang sorang macam aku, dia bersama isteri dan kawan isterinya. Anak pun hantar umah babysitter jgk. Agak2 nak 10.30 pagi kami pun mintak diri gerak ke panggung. Aku beratur beli air n popcorn. Lepas tu masuk panggung, lampu dah padam... iklan tengah…