Wednesday, June 16, 2010

PIALA DUNIA FIFA 2010: Bola Oh Bola...

Selepas 4 tahun, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 kembali. Kali ini Afrika Selatan menjadi tuan rumah setelah Jerman melakukannya pada 2006 dengan menobatkan Italy sebagai juara. Selama tempoh hampir 1 bulan bermula 11 Jun lalu, kita akan disajikan dengan 64 perlawanan bolasepak daripada 32 pasukan terbaik yang mewakili benua masing-masing.
Ini merupakan trofi yang menjadi rebutan negara yang bertanding di kejohanan kali ini.

Yang ini pulak namanya ZAKUMI. Maskot bagi kejohanan tahun ini. Binatang cheetah kot... tak pasti la pulak. Maklum la, cheetah kan banyak kat negara2 Afrika.

Belanda / Holland / Dutch / Netherland : Pergh... banyak tul nama negara ni....
Sekian lamanya pasukan negara ini menjadi pilihan aku disebabkan warna jersinya yang oren. World Cup ke Euro ke... tetap ada sokongan untuk pasukan The Orenje ni. Sekarang ni suka tgk dan sokong sbb ada player Muslim dalam pasukan ini. Just to mention few of them: Khalid Boulahrouz and Ibrahim Afellay yang telah berada dalam skuad utama. Ramai lagi yang muda2 berada dalam liga Belanda, kadang2 dipanggil untuk mewakili skuad utama. Maklumla, ramai imigran dari Maghribi menetap di Belanda. Untuk info, kapten kali ini, Giovanni Christiaan van Bronckhorst merupakan pemain Belanda yang mempunyai darah keturunan Indonesia.

 Walaubagaimanpun, pasukan pilihan untuk menjadi juara edisi kali ini bagi aku adalah Sepanyol/Spain/Espana. Kalau dikaji dengan terperinci, setiap posisi dibarisi oleh pemain yang berpengalaman dan berwibawa. Mereka bermain mewakili kelab2 besar dan ternama di Eropah. Saingan mungkin datang daripada pasukan negara Brazil, Jerman, Italy dan England. Pasukan dari benua Afrika juga menampakkan saingan selain pasukan dari Asia yang dilihat menunjukkan peningkatan.
Sama-sama lah kita saksikan dan alamilah demam piala dunia yang menyebabkan mata layu ketika masuk kerja. Selamat bersengkang mata. Ala... 1 bulan jer dalam 4 tahun. heheheh

p/s: Elok jugak kalau buat tahajjud sblm game start.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS