Thursday, November 12, 2009

NEEM & BELLA TURUN KL


Jumaat lepas lebih kurang jam 1 pagi kot, akak ipar aku sefamili sampai dari Kuantan. Semua org dah lena tido lama sangat menunggu kehadiran 2 orang budak comel, Tasneem dan Salsabyla. Wife aku punya la excited, rindu sangat le tu. Nak tengok perkembangan si Bella yang baru pandai jalan masa raya Aidilfitri lepas.

NURTASNEEM FIRDHAUS yang cute...
NURSALSABYLA FIRDHAUS yang comel... ni masa raya ni...berkebaya tu...


Siang hari Sabtu, Neem nak ikut aku ngan wife pegi jalan2 cari baju pregnant. Neem ni dah biasa ikut kami, "mummy & daddy". Kami sempat pegi ke Carrefour dan Jusco Wangsa Maju. Singgah kejap kat Wangsa Walk, tapi x best. Dalam pukul 6 ptg sampai kat Desa Coalfields. Neem pun sampai tertido kat belakang. Jalan jem sebab hujan lebat.
Peace no war... mesej keamanan sambil menghirup Ribena yang enak.
Neem bersama Mummy yang jelita walaupun sedang pregnant.
Bella yang kuat makan. Tengok kakak kat belakang tu... interframe saje...
Gaya seorang diva cekak pinggang sambil mengusap rambut. Iklan syampu ni....
"Kepada peminat diluar sana, undilah saya... "
Tadi iklan syampu, ni iklan pencuci muka pulak...
Tengok la hasilnye.... wajah akan maintain cute selepas menggunakan pencuci muka yang saya gunakan.
Ustazah Tasneem dengan gaya ala kangaroo.....
"Ustazah nak ajar subjek Iqra' hari ini. Comel tak saya? Macam bunga sedang kembang kan?"
Itulah dia kerenah Tasneem dan Bella. Si kakak ni dah biasa dengan kamera, kalau suruh posing tu xde masalah punye la. Cakap pun dah macam orang dewasa, keletah kemain. Lagi satu, ni dah pandai borak kat telefon dia ni. Tu yang mummy Raudhah selalu call tu. TAHNIAH juga untuk Tasneem sebab result exam baru2 ni dia ranking no 6. Peningkatan mendadak compare ngan last year. Dah pandai mengeja dia ni. Sapa sangka Neem boleh score 96% untuk subjek Bahasa Arab?
Untuk Bella si adik plak, bila la nak pandai cakap ni? Manja bukan main. Dah pandai jalan tapi kadang2 off balance. Mana taknye, sambil jalan pejam mata sebab happy giler... tu yang langgar dinding dik oi.... Sensitif n cepat merajuk lak tu. Hish!!! Bella...Bella. Peminat setia Upin dan Ipin.
Stay kat KL untuk 4 malam pun rasa macam sekejap je. Selasa lepas dah bertolak balik ke Kuantan dalam kul 10 mlm gitu. Bila la nak jumpa korang lagi? Raya haji kot....

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS