Friday, December 11, 2009

SUATU PAGI YANG INDAH

Suatu pagi bila kuar rumah nak pegi kerja, isteri aku tiba2 ternampak satu pemandangan yang menarik ketika matahari baru mula nak memunculkan cahayanya. Langsung terus aku ambil gambar guna henfon je...SE G750. Inilah dia apa yang aku maksudkan....



Subhanallah... cantikkan gabungan warna langit dan awan yang kelihatan disebalik 2 buah bangunan yang masih dalam pembinaan tu lagi. Ni yang buat aku ngan isteri tambah beriya2 nak sambar sebijik kamera DSLR. Heehhe... bila nak dapat ek?



Yang ni pulak, bunga orkid harimau yang sedang kembang di laman rumah mak kat kampung. Raya tahun lepas pun macam ni jugak. Sampaikan my auntie berkenan, terus masuk bonet kereta bawak balik. Mak aku bagi macam tu je.... Kalau ngan orang lain mau cecah RM300-400 sepokok.

Yang ni pokok bunga siantan. Nama saintifik dia Ixora ntahapalagintah. Nama bunga yang dikaitkan dengan penamaan kereta MPV Proton, Exora. Aku panggil bunga jarum je. Kebetulan tengah berbunga banyak, aku ambik je gambar. Nampak tak kat belakang tu pasu bunga orkid harimau? Pokok orkid tu sebenarnya lagi tinggi dari aku.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS