Wednesday, July 13, 2011

Malaysia XI vs Arsenal FC : Arsenal Asia Tour 2011




Pasukan bolasepak Arsenal telah menjejakkan kaki di bumi Malaysia pada 11 Julai 2011 lepas dan akan menentang pasukan Malaysia pada mlm ini jam 8.45 mlm. Kali terakhir Arsenal datang ke Malaysia ialah pada tahun 1999. Waktu tu aku masih belajar kat universiti dan belum ada sumber kewangan untuk membeli tiket menonton di stadium. Masa tu pun aku belum ada lagi pasukan bolasepak yang betul2 aku sokong atau minat. Macamana boleh jadi penyokong Arsenal? Sejak bila? Kenapa Arsenal? Kenapa bukan Man United ke Liverpool ke Chelsea ke?

Selama ini aku just ikuti Premier League biasa2 je. Kalau aku suka ngan jersi yang lawa, aku beli. Order ngan kawan2 beli kat Kelantan. Aku pernah ada jersi kelab Man U masa zaman vodafone jd sponsor, Barca dan jersi Belanda (sejak aku sokong beriya tak pernah lagi jadi juara pun, Euro ke World Cup ke...). Sejak wife akau belikan 1 jersi away Arsenal warna kuning tu, secara rasmi aku jadi penyokong Arsenal. Tapi bukan hardcore pun. Kelab2 lain aku tgk jgk game kat TV. Sejak ada beberapa nama player yang beragama Islam dalam Arsenal, aku lagi la sokong. Termasuk la dalam list berikut:

1. Habib Kolo Toure (dah pindah ke Man City) Ivory Coast
2. Abou Diaby: Perancis
3. Bakary Sagna : Perancis
4. Samir Nasri : Perancis
5. Armand Traore : Senegal lahir di Perancis
6. Marouane Chamakh : Perancis/Maghribi
7. Nicholas Anelka :  Pernah berada di Arsenal, masuk Islam selepas keluar, main kat Turki.

Terima kasih banyak2 untuk isteri tercinta sebab sponsor baju untuk aku pakai tengok game malam ni. Bukan jersi tapi baju training je. Yang penting original Nike. Yang tak ori takde saiz untuk aku. Huhuhu...
Tiket pun dah ada, training pass dapat sekali. Looking forward for tonight match. Lama tak pergi stadium tengok bola ni. Team Malaysia pun tengah mantap sekarang ni. Harap ada saingan yang hebat, bagi Arsene Wenger menggelabah sikit.

Arsenal showtime shirt 2011/2012

Harimau Malaya 2011
Agak-agak nak duduk belah mana ye? Kategori A

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS