Begitu pantas masa berlalu, hari ini dah 27 Ramadhan, tanpa disedari Syawal makin menghampiri. Untuk kali ini, inilah sambutan hari raya yang pertama kali bersama isteri dan anak-anak. Last year beraya bersama isteri, anak2 baru 4 bulan dalam kandungan. Walaupun 3 bulan pertama my wife mengalami mabuk dan pening2 yang teruk, tapi waktu sambutan hari raya, anak2 dalam kandungan macam faham je nak bagi laluan pada si ibu untuk menikmati sambutan hari raya, menikmati juadah hari raya, Takde la pulak mabuk2, pening atau pun muntah2.
e-kad a.k.a kad raya virtual 2010
Jadi pada tahun ini, genap 7 bulan umur anak2 pada 9 Sept 2010. Kesibukan menyiapkan kelengkapan hari raya dah dimulai sebelum Ramadhan lagi. Makanya pada tahun ini tema rasmi kami sekeluarga pada 1 Syawal adalah berwarna kuning. Dan giliran sambutan kali ini adalah di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Rumah pak sedara my wife yang sememangnya akan jadi port kalau balik kampung ke sana. Kenangan raya 2009: Masih berdua...
Selepas solat sunat Hari Raya 2009
Perancangan cuti dah dibuat, cuti pun dah apply dan diluluskan untuk 8-17 Sept 2010. Lama kan? Hehheeheh... Alhamdulillah... bolehlah atur jadual dan perjalanan untuk beraya ke rumah saudara mara. Dari Bota kami akan turun ke Tanjung Karang, kemudian ke Sg Buloh dan area Kapar, kemudian ke Sijangkang. Lepas tu barula area lain yang belum dicover. Insyaallah pelan2 nanti dapatlah ziarah keluarga. Bawak 2 anak ni lain la sket pengalamannya.
Ketupat dan lontong kegemaranku. Tahun ni nak cari kat rumah sape ye?
Rendang kerang: pergh!!! Teringat rendang kerang dan lontong Nenek Mar la plak.
Tahun ni tak dapat bonus raya, yang ada cuma extra RM500 tu je. Jadinye banyakla kene potong kos. Duit raya, bunga api, pakaian, kuih muih. Kuih kuih la rasanya yang paling byk aku cut cost. Katalog n order list sampai kat aku, aku pass je kat org lain. Ntah la, rasa x berminat lak nak beli. Nasib la sapa yg datang raya rumah nanti, aku jamu la dgn apa yang ada. Kalau biskut, biskutla.. kalau KFC, KFC la... heheheh
Untuk semua kenalan, saudara mara dan para pembaca blog ini, diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Semoga sambutan kali ini cukup meriah dan meninggalkan seribu kenangan. Marilah kita bermaafan atas kesilapan dan keterlanjuran kata sekiranya ada. Insafkan diri kita dengan berlalunya Ramadhan dan raikan kemenangan dengan kehadiran Syawal. Teruskan aktiviti kunjung-mengunjung dan ziarah. Masa ni la nak jumpa saudara-mara dan sahabat handai. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kenangan hari raya 2008: Single but not available
No comments:
Post a Comment