Kali ni aku nak menulis berkenaan apa yang kami sekeluarga alami untuk last weekend. Hari Khamis lepas, balik saja dari rumah babysitter, terus bawak Iftinan ke klinik. Demam rupanya.... temperature 38 darjah Celcius. Panas tu! Terus nurse bagi ubat ikut 'pintu belakang', cepat sikit kurang panasnya. Iftinan ni kalau demam dia diam je... takde merengek2, cuma nampak lemah, xde mood, x ceria. Kesian kakak....Dapat la ubat demam, selsema dan antibiotik.
Muka orang tak sihat.... cian dier...
KHAMIS, 21 OKT 2010
Malam tu pulak dapat call dari babysitter, Mama Ani, yang bapa mertua dia meninggal dunia. So dia n famili kene segera balik kampung. Maknanya, hari Jumaat tak dapat la nak hantar anak2 kepada babysitter. Ah sudah.... sapa nak jaga anak2 esok ni? Jadi kami ambil keputusan untuk ambil cuti je esoknya. Emergency leave le si daddy. Mummy pulak nak g klinik, nak mc jaga anak yang demam.
JUMAAT, 22 OKT 2010
Iwan balik bercuti dari hari Rabu lepas, tapi mlm ni dah nak balik Arau balik. Cuti study week jer. Mak mertua masak daging masak merah bersantan. Faveret jugak ni, dan kebanyakan famili members. Lepas solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, balik umah lunch dulu. Lepas tu kuar nak pegi Mid Valley tgk pameran MAPEX 2010. Konon nak survey2 projek perumahan yang sesuai untuk di beli. Malas nak drive, dan hujan lak tu, aku naik la komuter dari Stesyen Kampung Batu, dekat je ngan rumah aku. Tapi stesyen tu sunyi giler, xde kereta mahupun motor yang parking. So aku parking tepi jalan dekat ngan kondo berhampiran. Tiket murah je, RM 2 sampai Mid Valley tapi kene tukat tren kat KL Sentral. Tiket memang murah tapi tempoh perjalanan tu lamanye.... aku jejak kaki kat Mid Valley jam 4 petang!! Dan balik sampai ke rumah dalam 6.30 petang.
SABTU, 23 OKT 2010
Hari ni aku terpikir nak masak ikan siakap yang dah lama terperap dalam fridge. Wife ada emel resepi ikan bakar lately, nak try la. Pagi2 lagi aku dan wife dah sibuk kemas rumah siap mop lantai, gilir2 jaga dan main ngan anak2. Lama tak beriye ke dapur, so arini aku pun beriye2 nak bakar la si siakap seekor tu. Tapi bukan grill, bakar berempah/berkuah sambal jer.... bakar jugak kan walaupon atas kuali. Ala... ikan bakar kat Jalan Bellamy belakang Istana Negara pun macam tu jgk. Jadi disertakan beberapa pic yang sempat aku snap untuk tatapan pembaca sekalian.
Bahan2 untuk menu hari ini.
Inilah hasilnye....siap dengan hiasan tomato tu....
Air asam jawa
Keadaan mangsa selepas kejadian....
Alhamdulillah... itulah rezeki makan tengahari kami berdua. Belah malam untuk dinner, gunakan sambal yang sama untuk jadikan ayam masak merah pulak. So tak la membazir. Jiran baik wife aku datang bertandang, dinner sekali. Maaf ye Cik Emy Takeshi kalau menunya tak seberapa.
AHAD, 24 OKT 2010
Hari melepak dan santai bersama keluarga. Iftinan masih belum fully recovered dari demam, tapi mampu untuk senyum dan ceria. Malasnya nak pergi kerja esok......
No comments:
Post a Comment