|
Segugus kunci ke rumah idamanku. |
Tarikh: 1 April 2013 (Lamanya baru nak buat entri....)
Gambar gugusan kunci diatas adalah bukti bahawa pihak developer telah menyerahkan kunci rumah kepada aku dan isteri sebagai pembeli bersama. Setelah menunggu dalam 2 tahun sejak S&P ditandatangani, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki kedalam rumah ni. Selama ini nak masuk area construction pun tak boleh. Sekadar pantau progress payment daripada Bahagian Perumahan kepada pihak pemaju.
Oh ya... rumah ni kami beli menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Pinjaman dibuat bersama atas nama suami isteri. Itu pun setelah berpusing2 mencari kawasan mana aku nak beli rumah. Akhirnya keputusan pun dibuat.... memandangkan tempat kerja aku di Cyberjaya, wife pulak di Putrajaya, so area Bandar Teknologi Kajang ni kira ok la... sebab boleh tembus kuar kat Jalan Reko Bangi. Ada SILK Highway. Kalau terus masuk ke SKVE, boleh terus balik kampung kat Telok Panglima Garang.
|
View dari living hall. Boleh parking 2 kereta side by side ni. |
Mula-mula tu rasa memangla macam jauh, tapi memandangkan harga rumah sekarang ni macam gile kadar kenaikannya, keputusan harus dibuat segera. Dengan kelayakan yang kami ada, dan jugak offer/discount dari pihak pemaju, kami pun sepakat la akan menjadi warga Kajang/Semenyih suatu hari nanti.
Dengan keluasan 20x70, unit tengah, menghadap padang... kira puas hati la. Tengok2 la gambar dulu... ni masa kami buat pemeriksaan bersama wakil pemaju. Banyk jugak crack sana sini. Pintu dan tombol pun tak elok. Ada jugak kemasan yang tak kemas langsung. So, diaorg akan tandakan mana yang perlu diperbaiki.
|
View dari pintu masuk utama. |
|
Ada 11 kaki kat belakang ni... |
Dibahagian belakang ada lagi ruang dalam 20 x11 kaki. Kami cadang nak besarkan dapur dan juga bilik utiliti kat bawah tu. Kalau dapat sampai habis tanah pun tak apa.
|
Living hall dan dining hall. |
Sekarang nampak macam luas, tengokla nanti kalau dah masuk perabot dan macam2 benda.
|
Tandas masterbedroom.
|
Puashati dengan bilik air masterbedroom. Tiles sampai ke atas. Nak kene beli cermin dan jugak toiletteries rack atau jenis compartment yang ada cermin sebagai penutupnya.
|
Luas pemandangan.... |
|
View dari masterbedroom: Ni ruang saje bagi berlubang .... kalau ada ampaian kt bawah tu, boleh cepat kering kot. |
|
Defect yang dapat dikesan. |
|
View dari masterbedroom: Jerit je nama anak suruh balik kalau masih main kat padang.
p/s: Banyak juga nak kene buat sebelum boleh masuk rumah baru ni. Ongkos....ongkos.... |
No comments:
Post a Comment