Monday, May 1, 2017

JIKA SIGNAL ROUTER UNIFI TAK CUKUP KUAT, INI GAJET YANG DIPERLUKAN DENGAN HARGA DIBAWAH RM100


Lepas install Unifi kat rumah, alangkah happynya sebab boleh berinternet tanpa had dan tak perlu risaukan lagi pasal kuota. Berbagai peranti boleh disambungkan ke Wifi Unifi. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, router Unifi diputuskan untuk diletakkan di family area tingkat atas. Bukannya berada di TV konsol ruang tamu. Router pulak dapat yang model lama 4segi warna silver tu. Yang tak ada tanduk tu. Jadi signal Wifi jadi tak berapa kuat untuk kita yang selalu berada kat tingkat bawah ni. Solusinya, sama ada beli router baru yang power tapi memerlukan modal besar beratus2. Atau pun gunakan Range Extender atau nama lainnya Wifi Repeater.

Survey2 kat internet... google sana sini tengok review kat Youtube... akhirnya jumpa la benda alah ni. Harga pun Ok, Specs pun Ok. Beli online je, senang. Terus ke rumah anda.

300 Mbps Universal Wi-Fi Range Extender Brand TP-LINK Model No. TL-WA850RE 

Jenama yang dipercayai.

Bahagian belakang kotak.

Bahagian Sisi Kotak.

Panduan Penggunaan.

Berfungsi dengan baik.

Harga ni mungkin belum ambilkira caj penghantaran. Caj standard dalam RM6 je rasanya. So total kos dalam RM83.50 and still dalam bajet. Tak lebih 100 ringgit.

Online Seller yang diyakini. Ni page di www.lelong.com.my
Secara peribadi, peranti ni amat berbaloi untuk dimiliki. Bila signal kuat, so speed pun ikut sama laju. Harga pun takdelah sampai rabak dompet. So layan video kat bawah ni untuk pemahaman lebih lanjut.





No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS