Sunday, April 30, 2017

DADDY YANG SAKIT GIGI, 2 NAN PULAK YANG KENA CABUT GIGI

Sabtu, 29 April 2017
Pagi pagi Daddy bangun tidur rasa sakit gigi geraham atas belah kanan. Gigi ni dulu dah pernah tampal. Few months back masa makan lunch kat pantry ada rasa tergigit batu. Menyumpah le kat cafe bawah tu ingatkan dalam nasi atau lauk tu ada batu. Bila dah siap makan baru perasan yang simen tampal tu dah pecah dan tanggal. Berlubang la balik gigi tu. Tapi rasa nyut2 tu mengganggu sangat. Nak berus gigi pun rasa sakit. So plan nk gi klinik untuk tampal atau cabut je.

Google sat cari klinik panel. Call dan set appointment untuk kembar 2 Nan sekali. Alhamdulillah... ada slot untuk rawatan di Klinik Pergigian Azila, Bandar Baru Bangi. Jam 12 tghari call utk temujanji jam 3 petang.

Daddy dah lama tak pegi jumpa dentist. Last rasanya dalam 2004-2005 kat Greenwood, Gombak. Gigi dah berlubang dan goyang tapi tak sakit. Doktor bagi bius, tekan siskit je gigi dah tercabut. Geraham le jugak. Kali ni pulak doktor korek2 lepas tu tertanggal habis baki tampalan yang lama. Lubang makin besar. Akhirnya baru tahu yang lubang dah sampai ke lapisan ketiga, pulpa yang ada urat saraf. Maka cadangan doktor adalah teruskan untuk Root Canal Treatment. Nak cabut sayang sebab gigi masih kuat lagi tertanam, cuma lubang tu ada kesan pada saraf. Tu yang nyut2 berdenyut. Mahal jugak rawatan ni.. panel tak cover plak tu. Adoiyai... rabak dompet. Takpe nanti sambung citer detail pasal RCT ni kat posting yang lain.

Baru register bukan main happy lagi. Qaqaq rambut serabai sebab getah rambut putus katanya.

Bila sampai turn Imtinan @ Abai, dia takut takut je, muka pun nampak sangat yang hati tak tenteram. Kes Abai ni, ada gigi kanan sebelah gigi arnab dia tu dulu dah goyang. Bila gigi arnab yang 2 batang kt depan tu tumbuh membesar, gigi yang goyang tu masih belum tanggal. Jadi gigi tu macam terjongkit keluar. Makanya, gigi itu yang mesti dicabut. Kejap je doktor buat, cuci gigi macam gosok gigi tu tapi pakai mesin, guna ubat gigi rasa strawberi. Lepas tu letak bius keliling gigi. Kepit ngan playar... nah! dah berjaya cabut. Abai relaks je. Lepas tu dapat gelang getah ada bekas simpan gigi.


Abai takut takut tu sebenarnya.

Lain citer ngan si Iftinan @ Qaqaq.2 batang gigi dia kena cabut. 1 gigi kapak/arnab yang dah tinggal separuh. Rupa-rupanya dah goyang jugak. 1 lagi gigi bawah betul betul bawah gigi kapak yang kena cabut tu. Mula-mula Qaqaq ok je masa kena cuci dan letak bius. Tapi bila kena tarik gigi tu dengan playar besar, dia menjerit sakit. Tak nangis pun. Perempuan kot... drama lebih. Bila Daddy tunjuk balik video Qaqaq tu, dia punya terkejut tengok saiz playar tu. Hahahaha... poyo la kamu ni Qaqaq.

Peace sign dulu sebelum menjerit.


Lain temujanji diaorang kena datang untuk tampalan gigi geraham yang banyak dah rosak. Nak tunggu gigi kekal lambat lagi, ada la dalam 3-4 tahun lagi. So repair dulu gigi susu yang sekarang ni. Harap diaorang tak rasa serik dan takut untuk jumpa dentist lagi.

Dulu zaman Daddy memang cuak kalau kena naik lori yang datang sekolah tu. Rasa macam sakit gila bila buat cuci (scaling). Kita rasa doktor tu macam garang je. Zaman dah berubah, doktor sekarang dah ok kot, peramah and profesional. 

Jagalah kesihatan gigi. Rajin rajinlah gosok gigi. Gigi cantik, senyum pun cantik.

Selesai sudah.











No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS