Tuesday, May 2, 2017

1 MEI 2017... ADA APA DENGAN 1 MEI?

Masa terus berlalu. Usia kita makin bertambah. Maknanya kita ni semakin tua. Anak-anak pun makin membesar. Serius plak opening kali ni... hehehehe

Genap 2 tahun kami sekeluarga menetap di HillPark 2 Kajang. Rumah sebelum ni di KL dah jarang sangat kami jenguk dan tinggal kt sana. Pernah juga sebelum ni time cuti sekolah berulang dari KL ke tempat kerja. 2 Nan request sebab rindu dengan rumah lama, rindu nak stay dengan babysitter diaorang. 

Tadi siang hantar tempahan kerepek pisang tanduk kat Flat Sri Kelantan, Sentul. Drive dalam KL membuatkan kenangan lama tu muncul balik. Sentul, Gombak, Jalan Tun Razak, SOGO, Wangsa Maju, Greenwood, Taman Melati. Tu semua tempat2 yang selalu pergi.

Sekarang dah jadi warga Kajang. IC pun dah renew guna alamat sini. Suasana dah lain. Nak ke KL pun terasa jauh. Nak jalan2 kita ke Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya. Tu area yang sekarang.

Jadinya setiap kali cuti umum Hari Pekerja mesti akan teringat ini lah juga tarikh kami masuk ke rumah sendiri. Yang best tahun ni cuti bersambung, Sabtu Ahad dan Isnin. 

Kalau nak baca posting sebelum ni berkaitan masuk rumah, klik link yang ni.


Open House Raya 2016

Dining area.

Nampak lapang bila kerusi dan settee semua tolak tepi.




No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS