Daddy dah registerkan dan buka akaun Instagram untuk anak2. 1 untuk kembar2nan dan 1 lagi khas untuk Uje. Sebelum ni si Uje ni suka tengok IG Lara Alana, anak Awal dan Scha tu. Sebaya kot...
Tapi akaun kembar2nan yang Daddy bukak dulu. Banyak gambar2 diaorang yang boleh dishare. Terutama gambar masa diaorang kecik2. Time tu geram je tengok baby kembar boy and girl. Mana2 pergi bawak stroller twin mesti orang akan tegur. Sekarang dah pandai bawak diri, orang nampak macam adik beradik biasa je.
Kembar2Nan dari kecik dah biasa didedahkan dengan kamera DSLR yang besar tu. So, rasanya takde masalah nak berposing depan kamera sekarang ni. Cuma sekarang camera kat smartphone pun dah cantik2. Pixel besar, kualiti HD lagi. Asal buat blog ni pun sebab nak abadikan kisah dan kongsikan pengalaman dapat anak kembar. Bila ada IG ni, capaian lebih tinggi sebab semua orang dah makin ramai ada smartphone. So, apa lagi? Sila lah follow IG mereka @kembar2nan
Akaun Instagram Iftinan dan Imtinan. Sila follow @kembar2nan |
Bila dah abang dan kakaknya ada, maka si adik pun nak la dibuat jugak. Barulah adil... heheheh
Silalah follow IG Uje Bambam @uzair_ramadhani
Akaun Instagram Uzair Ramadhani @uzair_ramadhani |
Ada yang nasihatkan supaya jangan dedahkan sangat anak2 di media sosial, boleh mendatangkan perkara yang tidak baik. Ada je penjenayah siber mahupun yang biasa memerhati. Pada hemat Daddy, kita sebagai penjaga yang bertanggungjawab menjaga akaun2 media sosial ni.
Tips Untuk Penjaga yang Mengawal Akaun Media Sosial Anak2:
- Jangan dedahkan LOKASI dengan kerap disetiap posting. Pergi travel letak lokasi, balik rumah letak lokasi. Ini elakkan.
- Pilih dan tapis gambar atau rakaman video sebelum diupload. Elakkan posting yang boleh menimbulkan fitnah dan sangka buruk. Kadang2 kita rasa ok, tapi keyboard warrior ni bukan kita boleh sekat, komen macam tak ada perasaan.
- Simpan dan ingat ID dan Kata Laluan setiap akaun media sosial. Ini penting untuk tujuan kemaskini dan membuat sebarang perubahan yang wajar. Akaun IG bila dah ramai follower nnt akan ada kebarangkalian untuk kena godam.
- Jaga Aib dan Namabaik Anak2. Jadikan IG medium untuk album kenangan yang mungkin kekal sehingga mereka besar. Jadi janganlah muatnaik gambar2 yang mereka sendiri akan rasa malu dan aib bila di tonton sewaktu mereka besar nanti. Senantiasa peka untuk delete mana yang sudah tidak bersesuaian.
Mungkin ada lagi beberapa tips yang boleh dikongsikan. Cuma setakat ini ni jelah yang Daddy boleh share. Semoga beroleh manfaat dan jadikan peringatan untuk kita. Serius pulak kat hujung2 ni. hehehe...
No comments:
Post a Comment