Thursday, May 4, 2017

SUKA MAKAN NANDO'S? INI CARANYA UNTUK DAPATKAN HIDANGAN PERCUMA


Pertama kali merasa Nando's sebab dicabar oleh member untuk habiskan hidangan Extra Hot Peri-Peri. Itu tahap kepedasan tertinggi yang dihidangkan Nando's. Bagi aku itu tak ada masalah sebab aku memang suka makanan pedas. Tapi tak dapatlah nak makan selalu sebab harganya agak mahal. Sampai sekarang pun masih dirasakan mahal. Yang bestnya air dia free refill, atau istilah diaorang "bottomless".

Makin lama makin banyak cawangan yang dibuka. Lepas tu ada keluarkan loyalty card untuk pelanggan setia macam aku ni. Akhirnya mereka beralih kepada aplikasi di smartphone pulak. Tak perlu dah nak bawak dan tunjukkan kad masa order. Kalau belum muatturun, sila ke Google Play. Download and Install. Jangan lupa Register. Baru boleh claim 'Chillies' setiap kali datang makan di Nando's.

Selepas berjaya download dan Install di smartphone.

Peri-Vilege: Nama dan Id akan nampak di page ini.


Rekod kedatangan  dan Penebusan Rewards.

Apa yang boleh kita dapat sebenarnya?

Nando's akan berikan Rewards setiap kali kita makan di Nando's. 1 kali makan akan dapat 1 Chilli dengan syarat bil mestilah sekurang-kurangnya RM30 (tidak termasuk Caj Perkhidmatan). Setiap kali kumpul 3 Chillies akan melayakkan kita claim Rewards.

Secara mudahnya,
datang 3 kali, Percuma 1/4 ekor Ayam
datang 6 kali, Percuma 1/2 ekor Ayam
datang 9 kali, Percuma 1 ekor Ayam

Mari kumpulkan cili.

For me, ianya berbaloi sebab setelah membelanjakan beratus ringgit, kita akan kembali untuk menuntut reward pulak. Makanlah ayam panggang Nando's sepuasnya. Tapi yang free tu ayam sahaja tau, tak ada menu sampingan. Ada juga menu yang sesuai untuk selera anak2. Mushroom soup dia sedap! Cicah garlic bread sekali.

Boleh lawati laman web rasmi Nando's Malaysia untuk tengok lokasi terhampir, senarai menu dan harganya sekali. Sila KLIK disini.





Wednesday, May 3, 2017

JOM FOLLOW IG KEMBAR2NAN, TIPS UNTUK PENJAGA YANG BUKA AKAUN IG ANAK

Daddy dah registerkan dan buka akaun Instagram untuk anak2. 1 untuk kembar2nan dan 1 lagi khas untuk Uje. Sebelum ni si Uje ni suka tengok IG Lara Alana, anak Awal dan Scha tu. Sebaya kot...
Tapi akaun kembar2nan yang Daddy bukak dulu. Banyak gambar2 diaorang yang boleh dishare. Terutama gambar masa diaorang kecik2. Time tu geram je tengok baby kembar boy and girl. Mana2 pergi bawak stroller twin mesti orang akan tegur. Sekarang dah pandai bawak diri, orang nampak macam adik beradik biasa je. 

Kembar2Nan dari kecik dah biasa didedahkan dengan kamera DSLR yang besar tu. So, rasanya takde masalah nak berposing depan kamera sekarang ni. Cuma sekarang camera kat smartphone pun dah cantik2. Pixel besar, kualiti HD lagi. Asal buat blog ni pun sebab nak abadikan kisah dan kongsikan pengalaman dapat anak kembar. Bila ada IG ni, capaian lebih tinggi sebab semua orang dah makin ramai ada smartphone. So, apa lagi? Sila lah follow IG mereka @kembar2nan

Akaun Instagram Iftinan dan Imtinan. Sila follow @kembar2nan

Bila dah abang dan kakaknya ada, maka si adik pun nak la dibuat jugak. Barulah adil... heheheh
Silalah follow IG Uje Bambam @uzair_ramadhani

Akaun Instagram Uzair Ramadhani @uzair_ramadhani

Ada yang nasihatkan supaya jangan dedahkan sangat anak2 di media sosial, boleh mendatangkan perkara yang tidak baik. Ada je penjenayah siber mahupun yang biasa memerhati. Pada hemat Daddy, kita sebagai penjaga yang bertanggungjawab menjaga akaun2 media sosial ni. 

Tips Untuk Penjaga yang Mengawal Akaun Media Sosial Anak2:
  1. Jangan dedahkan LOKASI dengan kerap disetiap posting. Pergi travel letak lokasi, balik rumah letak lokasi. Ini elakkan.
  2. Pilih dan tapis gambar atau rakaman video sebelum diupload. Elakkan posting yang boleh menimbulkan fitnah dan sangka buruk. Kadang2 kita rasa ok, tapi keyboard warrior ni bukan kita boleh sekat, komen macam tak ada perasaan.
  3. Simpan dan ingat ID dan Kata Laluan setiap akaun media sosial. Ini penting untuk tujuan kemaskini dan membuat sebarang perubahan yang wajar. Akaun IG bila dah ramai follower nnt akan ada kebarangkalian untuk kena godam.
  4. Jaga Aib dan Namabaik Anak2. Jadikan IG medium untuk album kenangan yang mungkin kekal sehingga mereka besar. Jadi janganlah muatnaik gambar2 yang mereka sendiri akan rasa malu dan aib bila di tonton sewaktu mereka besar nanti. Senantiasa peka untuk delete mana yang sudah tidak bersesuaian.
Mungkin ada lagi beberapa tips yang boleh dikongsikan. Cuma setakat ini ni jelah yang Daddy boleh share. Semoga beroleh manfaat dan jadikan peringatan untuk kita. Serius pulak kat hujung2 ni. hehehe...


Tuesday, May 2, 2017

1 MEI 2017... ADA APA DENGAN 1 MEI?

Masa terus berlalu. Usia kita makin bertambah. Maknanya kita ni semakin tua. Anak-anak pun makin membesar. Serius plak opening kali ni... hehehehe

Genap 2 tahun kami sekeluarga menetap di HillPark 2 Kajang. Rumah sebelum ni di KL dah jarang sangat kami jenguk dan tinggal kt sana. Pernah juga sebelum ni time cuti sekolah berulang dari KL ke tempat kerja. 2 Nan request sebab rindu dengan rumah lama, rindu nak stay dengan babysitter diaorang. 

Tadi siang hantar tempahan kerepek pisang tanduk kat Flat Sri Kelantan, Sentul. Drive dalam KL membuatkan kenangan lama tu muncul balik. Sentul, Gombak, Jalan Tun Razak, SOGO, Wangsa Maju, Greenwood, Taman Melati. Tu semua tempat2 yang selalu pergi.

Sekarang dah jadi warga Kajang. IC pun dah renew guna alamat sini. Suasana dah lain. Nak ke KL pun terasa jauh. Nak jalan2 kita ke Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya. Tu area yang sekarang.

Jadinya setiap kali cuti umum Hari Pekerja mesti akan teringat ini lah juga tarikh kami masuk ke rumah sendiri. Yang best tahun ni cuti bersambung, Sabtu Ahad dan Isnin. 

Kalau nak baca posting sebelum ni berkaitan masuk rumah, klik link yang ni.


Open House Raya 2016

Dining area.

Nampak lapang bila kerusi dan settee semua tolak tepi.




Monday, May 1, 2017

FACEAPP: TULAR SEKARANG DI IG, FB DAN MEDIA SOSIAL YANG LAIN

Minggu hujung April 2017, tular di media sosial berkenaan aplikasi edit wajah. Selebriti pun ramai yang buat dan diupload di akaun Instagram masing2 untuk tontonan dan komen daripada follower mereka. Gigihla siapa yang buat aplikasi ni.

Daddy dan anak2 pun tak terkecuali mencuba FaceApp ni. Saja nak tengok dan gelakkan orang. Kita tengok apa yang jadi....

Yang first ni... Normal>Old>Young>Female



Yang second ni plak... Normal>Old>Female> Spark




Qaqaq pulak nak cuba... Normal>Old>Spark> Smile


Ni Abai punya... Normal>Old>Spark> Smile


Rasa-rasanya kalau ada kembar, macam ni la kot.... hehehehe. Yang selebriti punya tu korang tengoklah sendiri kat IG diaorang, ramai yang dah buat. Sementara tengah tular ni layankan je la untuk suka2. 

Kompilasi Selebriti di FaceApp KLIK DISINI




JIKA SIGNAL ROUTER UNIFI TAK CUKUP KUAT, INI GAJET YANG DIPERLUKAN DENGAN HARGA DIBAWAH RM100


Lepas install Unifi kat rumah, alangkah happynya sebab boleh berinternet tanpa had dan tak perlu risaukan lagi pasal kuota. Berbagai peranti boleh disambungkan ke Wifi Unifi. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, router Unifi diputuskan untuk diletakkan di family area tingkat atas. Bukannya berada di TV konsol ruang tamu. Router pulak dapat yang model lama 4segi warna silver tu. Yang tak ada tanduk tu. Jadi signal Wifi jadi tak berapa kuat untuk kita yang selalu berada kat tingkat bawah ni. Solusinya, sama ada beli router baru yang power tapi memerlukan modal besar beratus2. Atau pun gunakan Range Extender atau nama lainnya Wifi Repeater.

Survey2 kat internet... google sana sini tengok review kat Youtube... akhirnya jumpa la benda alah ni. Harga pun Ok, Specs pun Ok. Beli online je, senang. Terus ke rumah anda.

300 Mbps Universal Wi-Fi Range Extender Brand TP-LINK Model No. TL-WA850RE 

Jenama yang dipercayai.

Bahagian belakang kotak.

Bahagian Sisi Kotak.

Panduan Penggunaan.

Berfungsi dengan baik.

Harga ni mungkin belum ambilkira caj penghantaran. Caj standard dalam RM6 je rasanya. So total kos dalam RM83.50 and still dalam bajet. Tak lebih 100 ringgit.

Online Seller yang diyakini. Ni page di www.lelong.com.my
Secara peribadi, peranti ni amat berbaloi untuk dimiliki. Bila signal kuat, so speed pun ikut sama laju. Harga pun takdelah sampai rabak dompet. So layan video kat bawah ni untuk pemahaman lebih lanjut.





KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS