9 Mei 2018 merupakan tarikh penting bagi Malaysia. Pilihanraya Umum ke 14 bakal berlangsung. Rakyat Malaysia yang berdaftar akan menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk penggal seterusnya.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekarang dah kemaskini laman web mereka. Kali ni kita boleh buat semakan lengkap dengan nama calon yang bertanding.
Boleh le sekarang ke alamat https://pengundi.spr.gov.my/
untuk check maklumat. Nak buat semakan awal berkaitan Calon pun boleh.
Masukkan no kad pengenalan dan Klik butang SEMAK |
Maklumat Calon Bertanding seperti kelihatan didalam kotak merah. |
Pilih la dengan bijak dan wajar. Kenali dan buat lah kajian berkenaan calon-calon yang bertanding. Mereka ini yang bakal menjadi Wakil Rakyat, yang bakal membawa suara rakyat. Semoga kita diberi petunjuk dalam memilih pemimpin yang berintegriti tinggi, boleh melaksanakan tanggungjawab demi membawa kesejahteraan untuk Negeri dan Negara. Perkara baik kita teruskan, yang buruk kita benteras.
p/s: Jangan lupa bawa IC ke Pusat Pengundian.
No comments:
Post a Comment