Monday, July 26, 2010

ONLINE PURCHASE : MUDAHNYA SEKARANG

Aku nak menulis disini berkenaan online purchase yang sekarang ni dah mula berkembang di Malaysia. Majoriti masyarakat Malaysia sudah celik IT dan faham apa itu e-dagang. Perniagaan melalui internet sememangnya satu peluang perniagaan yang luas skopnya. Dah beberapa kali aku mambuat pembelian di internet. Dari segi barang teknologi, pakaian, beg, gift delivery dan juga barang2 breastfeeding wife aku punye. Nak pegi cari kedai agak memakan masa, dah tu blom tentu stok ada. Jadi, kita browse je mana2 website dan compare harga. Kalau yakin dengan site tu, buat tempahan, buat bayaran then... tunggu je barang sampai kat rumah ke opis ke.

Baru2 ni, wife dah komplen yang softfit breastshilds untuk medela freestyle breastpump dah rosak. Tak boleh mengepam dengan baik. Sikit je dapat... tu pun kene pegang elok2 dan dengan kerje keras sket. Mana tak nye, ada kebocoran... memang la angin lain yang masuk...
Masa tu dah petang, esok nak keje kena bawak breastpump dan kene pump kat pejabat. Bila nak pegi beli soffit yang dah uzur tu.Ni le rupa softfit yang aku maksudkan...
Nampak ada 2 garisan di kanan dan kiri bulatan kecik tu? Lama dah guna benda ni...anak2 pun nak masuk 6 bulan dah.Kaler pun dah naik kuning. Heheheheh...

Berbalik pada cerita bila nak beli yang baru. Aku pun bukak le laptop, cari website yang ada jual barang ni. Call person in charge confirmkan stock ada ke tak. Lepas tu emel terus sertakan alamat utk delivery. Cakap nak barang tu esok jgk, same day delivery. Esoknya, pagi2 aku masuk ofis terus transfer duit (sbb gaji baru masuk) then inform the seller thru emel. Nasib baik seller ni pun cekap jgk, cepat dia reply and take action. Akhirnya dalam pukul 3 ptg posmen hantar barang tu ke rumah guna POSLAJU SDD (same day delivery). Cuma kene caj lebih sket la tang harga delivery tu. Tapi takpe la, aku tak payah susah2 bawak kereta, parking, beli barang. Benda pun terus sampai ke rumah.


Aku dah makin yakin dengan perkhidmatan atau perniagaan internet ni. Ada teknologi, ada kemudahan, ada produk, ada idea yang hebat (mcm iklan TM si Afdlin tu) insyaallah boleh berjaya. Bila bisnes online aku nak start ni?...Hehehehe

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS