Monday, July 26, 2010

MENIARAP DAN STUDY

Aku rasa seronok tak terhingga bila dapat saksikan perkembangan anak-anak yang dah pandai meniarap dengan sendiri. Mula2 tu aku perasan si kakak Iftinan dah suka tidur mengereng. Nampak dia betul2 comfortable ngan posisi tu. Beberapa kali jugak la kami betulkan bagi dia telentang. Tapi tiap kali itu jugaklah dia mengereng balik. Sehinggalah satu hari tu (aku tak ingat bila... kalau tanya wife mesti dia ingat.) si kakak berjaya memusingkan badan dan meniarap walaupun tangannya yang sebelah masih tersangkut ditindih badan sendiri. Disebabkan fizikal Iftinan yang agak ringan berbanding Imtinan, dia la yang lebih dulu berjaya meniarapkan badan. Bila dah biasa meniarap, belajar2 la jgk nak angkat kepala. Tengok mcm gambar kat bawah ni, dah steady angkat kepala. Nampak macam tengah buat revision kan... study anak dara Daddy ni....

Iftinan membaca dengan tekun (kata daddynya...)

Ni la kalau tak boleh nak fokus, sekejap je dah mengelamun, fikiran ke lain.....

Akhirnya.....dari study ke stado.....

Bagi Imtinan, dengan fizikalnya yang lebih besar dan berat berbanding Iftinan, dia agak terkemudian untuk berjaya meniarapkan dirinya. Tapi nampak usaha yang ditunjukkan, asal baring je terus mengereng. Tapi, Imtinan lebih cekap mengeluarkan tangannya daripada tertindih apabila berpusing ke posisi meniarap. Alhamdulillah, sekarang ni kedua2 anak kami dah pun berjaya meniarap tanpa bantuan sesiapa. Cuma kene perhatikan selalu sebab diaorang cepat letih dan untuk elakkan daripada muka tertekup dan menyukarkan pernafasan.

Gaya seorang bakal doktor pakar ortopedik sedang mentelaah.

Semakin khusyuk, tawadduk dan mengantuk...

Sambil telentang pun boleh baca jugak.

Harap-harap lepas ni cepatlah diaorang ni boleh belajar merangkak pulak. Tapi, dari pemerhatian aku, rasa2nya la si kakak Iftinan akan pandai berjalan dahulu. Si abang Imtinan pulak akan terlebih dulu pandai bercakap. Sekarang pun dah banyak menceceh, mengomel. Tapi bunyinye macam bahasa Pingu. Daddy pun layan sama, sampai macam Papa Pingu bunyinye. Kita tengok Imtinan sebagai Pingu the Penguin yang tembam....

Dan ini pula Iftinan sebagai Tigger the Tiger...
Siap ada ekor lagi tu....


No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS