Monday, July 26, 2010

ONLINE PURCHASE : MUDAHNYA SEKARANG

Aku nak menulis disini berkenaan online purchase yang sekarang ni dah mula berkembang di Malaysia. Majoriti masyarakat Malaysia sudah celik IT dan faham apa itu e-dagang. Perniagaan melalui internet sememangnya satu peluang perniagaan yang luas skopnya. Dah beberapa kali aku mambuat pembelian di internet. Dari segi barang teknologi, pakaian, beg, gift delivery dan juga barang2 breastfeeding wife aku punye. Nak pegi cari kedai agak memakan masa, dah tu blom tentu stok ada. Jadi, kita browse je mana2 website dan compare harga. Kalau yakin dengan site tu, buat tempahan, buat bayaran then... tunggu je barang sampai kat rumah ke opis ke.

Baru2 ni, wife dah komplen yang softfit breastshilds untuk medela freestyle breastpump dah rosak. Tak boleh mengepam dengan baik. Sikit je dapat... tu pun kene pegang elok2 dan dengan kerje keras sket. Mana tak nye, ada kebocoran... memang la angin lain yang masuk...
Masa tu dah petang, esok nak keje kena bawak breastpump dan kene pump kat pejabat. Bila nak pegi beli soffit yang dah uzur tu.Ni le rupa softfit yang aku maksudkan...
Nampak ada 2 garisan di kanan dan kiri bulatan kecik tu? Lama dah guna benda ni...anak2 pun nak masuk 6 bulan dah.Kaler pun dah naik kuning. Heheheheh...

Berbalik pada cerita bila nak beli yang baru. Aku pun bukak le laptop, cari website yang ada jual barang ni. Call person in charge confirmkan stock ada ke tak. Lepas tu emel terus sertakan alamat utk delivery. Cakap nak barang tu esok jgk, same day delivery. Esoknya, pagi2 aku masuk ofis terus transfer duit (sbb gaji baru masuk) then inform the seller thru emel. Nasib baik seller ni pun cekap jgk, cepat dia reply and take action. Akhirnya dalam pukul 3 ptg posmen hantar barang tu ke rumah guna POSLAJU SDD (same day delivery). Cuma kene caj lebih sket la tang harga delivery tu. Tapi takpe la, aku tak payah susah2 bawak kereta, parking, beli barang. Benda pun terus sampai ke rumah.


Aku dah makin yakin dengan perkhidmatan atau perniagaan internet ni. Ada teknologi, ada kemudahan, ada produk, ada idea yang hebat (mcm iklan TM si Afdlin tu) insyaallah boleh berjaya. Bila bisnes online aku nak start ni?...Hehehehe

MENIARAP DAN STUDY

Aku rasa seronok tak terhingga bila dapat saksikan perkembangan anak-anak yang dah pandai meniarap dengan sendiri. Mula2 tu aku perasan si kakak Iftinan dah suka tidur mengereng. Nampak dia betul2 comfortable ngan posisi tu. Beberapa kali jugak la kami betulkan bagi dia telentang. Tapi tiap kali itu jugaklah dia mengereng balik. Sehinggalah satu hari tu (aku tak ingat bila... kalau tanya wife mesti dia ingat.) si kakak berjaya memusingkan badan dan meniarap walaupun tangannya yang sebelah masih tersangkut ditindih badan sendiri. Disebabkan fizikal Iftinan yang agak ringan berbanding Imtinan, dia la yang lebih dulu berjaya meniarapkan badan. Bila dah biasa meniarap, belajar2 la jgk nak angkat kepala. Tengok mcm gambar kat bawah ni, dah steady angkat kepala. Nampak macam tengah buat revision kan... study anak dara Daddy ni....

Iftinan membaca dengan tekun (kata daddynya...)

Ni la kalau tak boleh nak fokus, sekejap je dah mengelamun, fikiran ke lain.....

Akhirnya.....dari study ke stado.....

Bagi Imtinan, dengan fizikalnya yang lebih besar dan berat berbanding Iftinan, dia agak terkemudian untuk berjaya meniarapkan dirinya. Tapi nampak usaha yang ditunjukkan, asal baring je terus mengereng. Tapi, Imtinan lebih cekap mengeluarkan tangannya daripada tertindih apabila berpusing ke posisi meniarap. Alhamdulillah, sekarang ni kedua2 anak kami dah pun berjaya meniarap tanpa bantuan sesiapa. Cuma kene perhatikan selalu sebab diaorang cepat letih dan untuk elakkan daripada muka tertekup dan menyukarkan pernafasan.

Gaya seorang bakal doktor pakar ortopedik sedang mentelaah.

Semakin khusyuk, tawadduk dan mengantuk...

Sambil telentang pun boleh baca jugak.

Harap-harap lepas ni cepatlah diaorang ni boleh belajar merangkak pulak. Tapi, dari pemerhatian aku, rasa2nya la si kakak Iftinan akan pandai berjalan dahulu. Si abang Imtinan pulak akan terlebih dulu pandai bercakap. Sekarang pun dah banyak menceceh, mengomel. Tapi bunyinye macam bahasa Pingu. Daddy pun layan sama, sampai macam Papa Pingu bunyinye. Kita tengok Imtinan sebagai Pingu the Penguin yang tembam....

Dan ini pula Iftinan sebagai Tigger the Tiger...
Siap ada ekor lagi tu....


Wednesday, July 14, 2010

MAJLIS KESYUKURAN & AQIQAH PUTERA PUTERI KEMBAR KAMI

MAJLIS KESYUKURAN & AQIQAH
Tarikh: 10 JULAI 2010
Lokasi: Desa Coalfields, Sg Buloh, Kuala Selangor.
Nama bayi:
SITI NUR IFTINAN AZ ZAHRAH & MUHAMMAD IMTINAN ZUL ADNI

Beginilah rupa design poskad jemputan majlis kami. Hasil kreatif didaijaudesign at http://tokeybaju.blogspot.com/


Kanopi dengan tema biru dan pink.

Kanopi tempat BBQ kambing.

Susah nak cari cradle yang sesuai untuk twin actually, tapi akhirnya my lovely wife berjaya juga daptkan yang ini. Buaian berendoi yang ni aku namakan konsep heavenly garden. Hasil sentuhan reka oleh Make A Wish Event at http://makeawishbabies.wordpress.com/

Bila aku pasang je suis lampu2 tu semua, macam segmen surprise Deko Bersama Eric la pulak....
Iftinan dah test dulu pada malam sebelum majlis, ambik feel katakan... nak rehearse dulu.

Mummy membawa puteri Iftinan yang memakai gaun panjang menuruni tangga menuju ke singgahsana...

Daddy menggunting sedikit rambut putera Imtinan yang nyenyak tidur. Steady lah Imtinan! Tak meragam langsung. Daddy lak serius giler....

Tok Wan yang begitu happy....

Tasneem menjalankan tugas memberikan lolipop kepada tetamu2 kecil dengan jayanya.

Nenek bersama 3 orang puteri kesayangan: Rafidah, Hamidah, Ghasidah... jalan dah... tunjuk bagus konon...

Keluarga bahagia: Daddy with Imtinan & Mummy with Iftinan.

Tergolek2 terkangkang 2 ekor bear ni... tak senonoh...

Mummy bersama Bella yang mengalami kecederaan bibir.

Puteri Siti Nur Iftinan Az Zahrah... comel tak saya?

Putera Muhammad Imtinan Zul Adni...hensem tak saya?

Imtinan lena beradu di buai mimpi. Iftinan mengelamun angan2 indah... hehehe poyo kan?

Baru siap pasang ni.

Pandangan dari hadapan.

Macam keluarga Sidiq Sigaraga bersama anak menantu.

Sesi outdoor fotografi.

Jangan pandang belakang.... Imtinan pandang tepat ke kamera.

Sapa pandai berjalan dulu nanti ni?

Ala timang tinggi-tinggi....

Ini le kambing yang dimasak masala... yang betul2 tenung kita tu...

Kembar setelah dibotakkan kepala. Still cute kan? Tq to Cik Ayang... baju tu memang ngam dan sepadan...

Tuesday, July 13, 2010

RAMALANKU BENAR BELAKA... LA FURIA ROJA.. VIVA ESPANA!

Kemeriahan demam bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 berakhir dengan pasukan Sepanyol berjaya menjadi juara untuk edisi kali ini. Sepanyol berjaya menewaskan Belanda dengan keputusan jaringan 1:0 hasil rembatan Andres Iniesta pada minit ke 116 masa tambahan. Belanda sekali lagi gagal menjadi juara setelah beraksi di final pada 1974 dan 1978.

Iker Casillas selaku ketua pasukan menjulang Piala Dunia bersama rakan sepasukan. Masih lagi aku ingat kata2 roomate aku kat univ dulu, Casillas dah berada dalam skuad senior tapi coach tak senaraikan dia sebab masih terlalu muda. Kawan aku kata Casillas sebenarnya lagi bagus dari penjaga gol yang diturunkan pada waktu itu. Tak pasti lak masa bila.... World Cup 1998 kot...

Pose dari pasukan Sepanyol.
Kita tengok pulak senarai penerima anugerah untuk kejohanan kali ini.


Champion: Spain
Runners Up: Netherlands
Third: Germany
Fourth: Uruguay

FIFA Fair Play Award : Spain
Final Match, Man of the Match: Andeas Iniesta


adidas Golden Glove
(Best Goalkeeper)
Iker CASILLAS
The Spain keeper has conceded just two goals at South Africa 2010. Under pressure after La Roja opened up with a shock defeat to Switzerland, Casillas has since answered his critics with a string of superb displays that have proved crucial to his Spain’s progress to a Final they have long dreamed about.



adidas Golden Ball
(Best Player)

Diego FORLAN
Diego Forlan has been named Best Player at the 2010 FIFA World Cup. The Uruguay striker topped the prestigious poll of accredited media representatives ahead of the Netherlands’ Wesley Sneijder and Spain hitman David Villa. The 31-year-old Forlan took the starring role in his country’s heroic performance at the FIFA World Cup finals.


 
adidas Golden Boot
(Top Scorer)

Thomas MUELLER
Thomas Muller’s opening goal for Germany against Uruguay in the third-place play-off proved enough to earn the Bayern Munich starlet the adidas Golden Boot. Muller finished on five goals at the 2010 FIFA World Cup in South Africa, but claimed the top scorer accolade thanks to no fewer than three assists, leaving him ahead of Spain marksman David Villa and Dutch hitman Wesley Sneijder, both of whom finished on five goals but with only one assist apiece.




Hyundai Best Young Player

Thomas MUELLER
Thomas Muller has been named as the Hyundai Best Young Player for his performances at South Africa 2010, in which he helped Germany to a third place finish.



Jadi, berjumpa lagi di kejohanan yang sama pada 2014 di Brazil.



KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS